(ADVERTORIAL)
SHAH ALAM, 8 FEB: Universiti Multimedia (MMU) menganjurkan karnival kerjaya secara dalam talian yang mendedahkan pelajar kepada permintaan pasaran semasa.
Pusat pengajian tersebut dalam kenyataan memaklumkan MMU Virtual Career Fair ’21 menjadi landasan bagi membina rangkaian dan merekrut pelajar cemerlang.
Berlangsung pada 11 hingga 29 Januari lalu, program terbesar itu menghimpunkan lebih 30 syarikat terkemuka seperti Western Digital, Foodpanda, Top Glove dan OCBC Bank.
“Peserta berpeluang menghadiri pelbagai sesi perkongsian oleh syarikat platinum dan emas serta rakan strategik berhubung topik intelektual yang menarik perhatian pencari kerja,” kata universiti itu.
Jelas MMU, semua syarikat yang mengambil bahagian memaparkan profil melalui ConnectNOW dan pelajar yang berminat memohon menggunakan aplikasi berkenaan.
Menurut universiti itu, seramai 948 peserta mendaftar sepanjang dua minggu program berlangsung dengan lebih 85 peratus berjaya memaparkan butiran diri lengkap.
Bertemakan ‘Your Future Starts Here’, program disempurnakan penasihat karnival Baktiar Hasnan dan turut menawarkan e-baucar kepada 200 peserta terawal.