Categories
SELANGOR

Perjuangan Subuh MBI lahir pemimpin muda cemerlang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 OKT: Generasi muda dengan semangat kepimpinan cemerlang bakal dilahirkan menerusi Program Perjuangan Subuh anjuran Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Program digerakkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu dijadualkan bermula akhir bulan ini dengan menyasarkan 600 penyertaan bagi setiap daerah.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali, berkata program digerakkan menitikberatkan pembentukan disiplin tinggi dalam kalangan peserta seperti mana ketokohan dan kepribadian terpuji bekas pemimpin Islambol, Sultan Muhammad Al Fatih,

ust jaafar 2 web“Kita mahu melahirkan peserta muda dengan semangat juang tinggi dan perwatakan hebat dari segi keagamaan dan akademik demi membela agama, bangsa dan negeri serta negara.

“Sedia maklum, solat subuh berjemaah adalah waktu solat paling mencabar dilaksanakan umat Islam. Maka program ini mewajibkan perkara itu supaya menjadi rutin dalam kehidupan peserta,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, peserta ditempatkan di masjid terpilih di setiap daerah akan kendalian tenaga pengajar pakar dalam bidang masing-masing dengan aturcara ditetapkan dalam tempoh tiga hari iaitu dari Jumaat ke Ahad.

SOLAT JEMAAH“Kita akan membimbing peserta mengikut konsep dan disiplin betul untuk diikuti seperti bersolat jemaah, berqiamullail serta forum kepimpinan dan sebagainya.

“Paling kurang lima peserta setiap daerah akan terpilih sebagai peserta cemerlang. Dengan itu kita akan memperoleh 45 peserta seluruh Selangor,” katanya.

Sultan Muhammad Al Fatih adalah Muhammad II iaitu raja yang memerintah Empayar Uthmaniyyah yang menakluk Constantinople pada umur 21 tahun membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Selain muncul sebagai pemimpin hebat, warak dan tawaduk, baginda juga mementingkan kekuatan dalaman dan luaran kumpulan tentera serta mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin).

Diceritakan baginda tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hingga akhir hayat begitu juga tenteranya.

-NR-