Categories
NASIONAL

PR sepakat sokong calon Permatang Pauh & Rompin

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 20 APR: Pakatan Rakyat (PR) mencapai kata sepakat menyokong calon ditampilkan gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, pada 5 dan 7 Mei ini.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan masing-masing kepada Majlis Setiausaha PR dan disepakati dalam mesyuarat.

rafizi 01“Majlis Setiausaha memberi komitmen seluruh jentera di Rompin dan Permatang Pauh akan bekerja kuat bagi memenangkan calon PR,” kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Mustafa berkata, calon PAS bagi Rompin akan diumumkan malam ini, manakala Rafizi menjelaskan calon PKR untuk Permatang Pauh hanya akan diketahui pada 24 April ini sebelum penamaaan keesokannya.

mustafa ali“PR sepakat calon bagi dua parlimen ini akan ditandingi PAS dan PKR iaitu parti asal yang bertanding di situ.

“Kempen PR bagi pilihan raya ini membabitkan isu dominan dengan keadaan semasa iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Tun Dr Mahathir serta Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PAS tak ada komplot singkir Abdul Hadi

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya kumpulan yang ingin menyingkirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Katanya, perkara terbabit tidak dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat.

hadi“Tidak, tidak ada. Saya tidak pakai semua dakwaan itu,” katanya kepada media selepas Mesyuarat AJK PAS, di sini.

Beliau turut memaklumkan Abdul Hadi akan turut sama dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Pada sebelah pagi, Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan komplot jahat yang didakwa dilakukan untuk menguasai PAS Pusat serta menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi.

Beliau juga menamakan beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat didakwa mendalangi komplot jahat itu melalui kerja khianat dan di luar batasan Islam.

mustafa aliMenyentuh initipati mesyuarat, beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan muktamar dan pemilihan PAS yang akan berlangsung tahun ini.

“Tempat muktamar adalah Selangor. Buat masa ini tempat yang dicadangkan adalah Kuala Selangor yang dijangka adakan diadakan pada Jun,” katanya.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

MB Selangor tetap milik PKR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OGOS: PAS Pusat menegaskan parti itu tetap konsisten dengan pendirian kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Memetik Harakah Daily, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata pihaknya akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baru.

Grafik-Selangor-PakatanKatanya, PAS akan menghantar senarai berkenaan kepada pihak istana sebelum tarikh akhir berbuat demikian, pada 3 September ini.

“Kita tidak akan calonkan ADUN PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini dan ia adalah muktamad.

“Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama (calon Menteri Besar), itu tak betul,” jelasnya.

Beliau dilaporkan mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman, malam tadi.

mustafa aliMustafa berkata, mesyuarat itu tidak menyentuh berkenaan isu Menteri Besar Selangor, sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar, sebelum 3 September ini.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut menyatakan calon yang dinamakan itu perlu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baru ditentukan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Hadi & Abdul Khalid bincang macam-macam tapi tak sentuh isu MB

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan pertemuan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid di kediamannya di Bukit Damansara untuk berbincang berkenaan kemelut kepimpinan negeri terbabit.

Sebaliknya, Mustafa berkata, pertemuan berkenaan adalah kunjungan balas kerana sebelum itu Abdul Khalid melawat Abdul Hadi ketika beliau sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

khalid“Kalau nak mesyuarat, mesti waktunya panjang dan awal. Saya datang, jam dah pukul 11 malam selepas solat sunat Terawih.

“Biasalah orang politik macam-macam diperkatakan. Tetapi tidak menyentuh isu itu (kedudukan menteri besar),” katanya.

Pada malam 12 Julai lalu, Abdul Khalid melalui laman Facebooknya memuat naik gambar kunjungan Presiden PAS dan rombongan ke rumah beliau yang menarik perhatian ramai pihak selepas kontroversi berkenaan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor hangat diperkatakan.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dr Halimah : “Taubatlah Umno”

halimah ceramah green 01

KLANG 14 APRIL : Pemimpin Umno-BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka, saran Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali.

Ujar Exco Pendidikan,, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insah,  gagasan itu seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

“Patut rasa malu, orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara ini, cara yang jijik. Jangan guna isu seks, malu sikit dengan budak-budak, dengan anak-anak muda.

“Kalau ada video Chua Soi Lek pun tidak patut ditayangkan, inikan pula pemimpin PAS yang berpuluh tahun memperjuangkan Islam,” sambung Halimah tegas dalam satu sidang media semalam.

Sambil mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan jijik, Halimah berkata video tersebut merupakan fitnah terbaru untuk menjatuhkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Dulu saya juga pernah dituduh berkhalwat di Crystal Crowne, Klang sedangkan ketika itu saya menghadiri satu forum bersama rakan-rakan lain.

“Kami dalam PAS tiada tujuan lain melainkan perjuangkan Islam, jika Umno benar-benar mampu perjuangkan Islam, PAS boleh bubar,” tambahnya lagi.

Terbaru, beberapa blog pro-Umno memuatkan video yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

“Taubatlah Umno dan mana-mana pihak yang terlibat. Tak takut bala diturunkan? Mereka patut tahu,” ujar Halimah. sekali lagi meminta Umno bertaubat.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Facebook PALSU “Mustafa Ali” Paparkan Klip Video, Pengakuan

fb palsu mustafa ali 03

SHAH ALAM, 13 APR: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama ‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.

Lebih mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam klip video berkenaan.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.

Akaun berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.

Laman akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534 fb palsu mustafa ali 01

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah menjijikan.

“Dalam mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha memenangi PRU-13.

Dalam pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

fb palsu mustafa ali 02Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks tersebut.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ciplak Manifesto Pakatan, Umno-BN Ketandusan Idea – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 08042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Barisan Nasional yang terus menyalin idea dari Pakatan Rakyat sekali lagi menunjukkan agenda yang disusun dalam Manifesto Rakyat bertepatan dan mampu dilaksanakan.

2. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan diumumkan tiga hari sebelum penamaan calon. END

3. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan Kerajaan Umno-BN dahulu mengamalkan pentadbiran secara rahsia berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang.

4. Kecemerlangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor diharap dapat terus dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti demi membawa lebih manfaat kepada rakyat.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR

mustafa ali

KUALA LUMPUR 7 APRIL : Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Calon Pakatan Rakyat Diumum Esok

anwar persidangan pru 13 03

PETALING JAYA 4 APRIL : Senarai calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum Ke -13 akan dimuktamadkan esok selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau turut akan mengumumkan calon bagi kerusi parlimen Permatang Pauh.

“Esok. Kita akan beritahu calon kerusi Permatang Pauh,” katanya sebelum meninggalkan Ibu Pejabat PKR, di sini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu senarai calon kini hampir selesai.

“Mesyuarat hari ini kita hanya membincangkan tentang program-program yang akan dijalankan selepas ini.

“Untuk calon, esok kita akan bincang,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar: Sedia Hadapi Fitnah, Berundur Tidak Sekali

Forum 5 tahun pakatan Dataran Shah Alam 02

SHAH ALAM, 10 MAC: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berhadapan dengan sebarang putar belit kenyataan yang bakal dimainkan media Pro-Umno-BN termasuk mengaitkannya berhubung konflik di Lahad Datu, Sabah.

“Saya akan hadapi, namun berundur tidak sekali. Kita doa Allah akan bagi kekuatan.

“Siapa mahu diaibkan hampir 15 tahun? Setiap malam mereka (media Pro-Umno/BN) maki saya. Saya fikir mengenai (Datuk Seri) Azizah, anak-anak, kawan-kawan yang setia.

“Tetapi bagi saya ada pengajarannya, ada hikmahnya,” katanya.

Forum 5 tahun pakatan Dataran Shah Alam 01Awal minggu ini menyaksikan pihak media memanipulasikan lagu ‘Sabah Nak Hilang’ dendangan Anwar yang sering dinyanyikan dalam siri ceramah umum sejak enam bulan lalu selain ‘menyembunyikan’ bait lirik ‘Umno Melayang, Najib Jadi Ketua Pembangkang’.

Selain itu, Anwar turut mengemukakan saman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3 bernilai RM100 juta setiap agensi.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut memuji integriti kekuatan yang diamalkan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tidak mampu dicabar Umno-BN.

“Inilah kekurangan asas yang tidak mampu dicabar Umno-BN. Dia tidak boleh pertikai integriti Tan Sri (Abdul Khalid),” tambahnya dalam ucapan sempena malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Kerajaan Selangor.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memaklumkan pada peringakat ini pembahagian kerusi di antara ketiga-tiga parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) sudah mencapai 90 peratus selesai dan masih dalam proses rundingan.

Jelas Anwar, proses pembahagian ini masih diperingkat rundingan di antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

“Yang penting bila keputusan dibuat, kita ambil keputusan dan muafakat kita kerja sedaya upaya sebagai satu pasukan.

“Calon PKR adalah calon PAS. Calon PAS adalah calon DAP dan Calon DAP adalah calon semua ketiga-tiga parti ini,” katanya

Tegasnya, sekiranya wujud mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan keputusan calon seperti yang telah dipersetujui ketiga-tiga parti jelas membuktikan mereka tidak memahami kerangka sebenar perjuangan dan menyekat usaha kemenangan PR ke Putrajaya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Hadi: Krisis Pentadbiran Kedah Hanya ‘Berita Pilihan Raya’

PAS Lancar Treler Jelajah 03

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu pergolakan pentadbiran PAS Kedah yang menjadi tumpuan media sebagai satu ‘berita pilihan raya’.

Dengan nada sinis beliau menegaskan, PAS sentiasa menyelesaikan masalah parti dan tidak seperti Umno-BN yang terpaksa ‘memanggil’ mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“(Penolakan Azizan) kita anggap sebagai berita pilihan raya. Biasalah orang PAS masuk Umno, orang Umno masuk Umno.

“Kita boleh juga kata krisis antara (Presiden Umno Datuk Seri) Najib dan (Timbalan Presiden Umno Tan Sri) Muhyiddin itu perlu disiarkan juga,” katanya selepas merasmikan treler ‘PAS Negara Berkebajikan’ di hadapan Ibu Pejabat PAS.

Laporan media semalam mendakwa 11 daripada 15 kawasan PAS negeri mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Ini kerana kegagalan beliau mentadbir Kedah selain menyelesaikan masalah dalaman PAS di peringkat negeri.

Menurut Abdul Hadi lagi, nama Azizan turut tersenarai di dalam nama calon bertanding pada PRU-13.

Beliau yakin rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Negeri kini untuk terus mentadbir Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada ahli PAS Kedah berhubung pergeseran dalaman parti negeri.

Categories
NASIONAL

Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan


PETALING JAYA, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihanraya parlimen kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Kerajaan Selangor telah menyediakan dana “Selangorku Bersih” untuk membersihkan daftar pemilih, SPR masih gagal bertindak terhadap pengundi yang statusnya diragui.

“Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

?Bahawa Selangor tidak akan menyertai pilihanraya DUN bersama Persekutuan kerana SPR gagal bertindak untuk menyelesaikan penipuan yang berlaku di negeri itu.

“Justeru, saya menyokong pendirian mereka (Kerajaan Negeri) untuk tidak meneruskan Pilihan raya dalam jangka masa pendek,” katanya di sidang media selepas mesyuarat presiden Pakatan
ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah mengumumkan akan membuat pilihanraya hanya selepas daftar pemilih dibersihkan dan peruntukan belanjawan 2012 telah digunakan.

Tambah Anwar, Kerajaan Pulau Pinang juga sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya DUN secara berasingan atau pada yang sama dengan pilihanraya pusat.

Di Kelantan, Mustafa berkata, Menteri Besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Di Kedah, kita belum bincang dengan Menteri Besar. Kita akan berhubung. Pilihan raya juga kita tidak tahu bila, tetapi saya yakin kita tiada masalah untuk buat sebarang keputusan,” ujarnya.

Video Berkaitan: http://www.youtube.com/watch?v=ZYcrBvYfX7M