Categories
NASIONAL SELANGOR

Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

2. Penduduk Bukit Botak yang berhasrat untuk menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh agen perumahan.

3. Badan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengugurkan pendakwaan jenayah terhadap penganjur himpunan aman membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

4. Kerajaan Negeri mahu perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza, Gombak dihentikan serta-merta berikutan lesen perlombongan di kawasan itu tidak pernah dikeluarkan.

Categories
NASIONAL

Tsunami Malaysia, Bukan Tsunami Cina – BULETIN 13


 

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 07052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penganalisis setuju keputusan PRU13 mirip Tsunami Malaysia, bukan Tsunami Cina

2. Tinjauan TV Selangor keatas laporan media dan di laman maya mendapati ada tren menyalahkan masyarakat Cina keatas prestasi buruk Barisan Nasional pada PRU13.

Categories
NASIONAL

Projek Tebatan Banjir : Zin Jadi ‘Pak Lawak’

Debat Dengan Abdul Khalid 04

PELABUHAN KLANG 1 MEI : Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad disifatkan sebagai ‘pak lawak’ oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek tebatan di Kota Kemuning di sini.

Beliau turut mencabar Zin membawa perkara itu ke mahkamah.

“Dia boleh pergi ke mahkamah dan jadi ‘pak lawak’ di sana.

” Boleh jadi pengalaman dia tidak dalam dalam hal ini. Itu sebab kenapa dia tidak dipilih menjadi Menteri Besar,” sindir Abdul Khalid.

Sebelum ini, Zin menuntut penjelasan menteri besar berhubung urus niaga yang didakwa membabitkan tapak seluas 1,960 hektar untuk projek tebatan banjir dikenali sebagai Canal City ketika zaman kerajaan sementara ini.

Menurut Abdul Khalid urus niaga penjualan tanah bagi projek tebatan banjir berkenaan dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan.

Beliau menegaskan, tindakan itu bukan merupakan satu kesalahan memandangkan ia hanya melibatkan pelaksanaan projek yang sudah diputuskan hujung tahun lalu.

?Ia tak salah, saya ingat, kita kena faham bahawa keputusan-keputusan ini dibuat pada hujung tahun lepas, ini adalah pelaksanaan.

?Seperti juga yang dilakukan oleh (Datuk Seri) Najib ( Razak) yang memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), keputusan itu telah dibuat masa (pembentangan) bajet dulu. Selepas bubar Parlimen pun BR1M bagi diberikan,? katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Manifesto dan Pembentangan Laporan Kecemerlangan Pakatan Rakyat (PR), di sini.

Hadir sama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Categories
NASIONAL

Tolak Kajian : Najib Rasa Beliau Lagi Layak Jadi PM – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan hasil tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Dikala Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir, sokongan daripada masyarakat Cina di Tanjong Karang semakin meningkat dan positif terhadap calon Pas bagi kerusi Parlimen kawasan itu.

3. Calon Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi DUN Penampang, Darrel Iking, percaya lelaki Sabah yang disebut Menteri Pertahanan Zahid Hamidi terlibat dalam isu pencerobohan Lahad Datu itu merujuk kepada beliau.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Anwar : Tiada Kompromi Untuk Penyokong Ganas – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 26042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi terhadap penyokongnya yang didapati terlibat dalam mana-mana keganasan politik.

2. Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berpendapat bom menjadi taktik baru pihak tidak bertanggungjawab selepas taktik samseng gagal memberi kesan keatas pengundi.

3. Dua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.

4. Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mengenalpasti lebih ramai yang memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baru berbanding Datuk Seri Najib Abd Razak.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Rodziah : Najib Jangan Sekat Dana Pembangunan Ke Selangor – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 25042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu membangkitkan isu baikpulih prasarana di Selangor selagi Kerajaan Pusat terus menyekat peruntukan kepada Kerajaan Negeri.

2. Ekoran manifesto yang hampir sama ditawarkan Pakatan Rakyat dan BN bagi PRU13 ini, rakyat sewajarnya memilih Pakatan Rakyat kerana gabungan tersebut adalah penggubal sebenar manifesto tersebut.

3. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memuatnaik dua video penerangan menjelaskan komitmen badan itu kepada kebajikan masyarakat Melayu.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rosmah Mansor Didakwa Ada Tunggakan Saman AES

rosmah saman aes

SHAH ALAM, 24 APR : PKR hari ini mendakwa isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri mempunyai tunggakan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendakwa tunggakan tersebut menunjukkan Kerajaan Persekutuan Umno-BN mengamalkan dwi-standard dalam penguatkuasaan sistem itu yang ditentang oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, bukti tersebut diperoleh melalui semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hasil semakan itu menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 yang didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan Rosmah mempunyai tunggakan saman.

Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah masih tidak membayar dua saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.

“Perkara ini dilihat sebagai satu prinsip dwi standard apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES.

?Sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat,” kata Rafizi di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya selepas PRU-13 ini.

Dalam pembentangan manifestonya baru-baru ini, Barisan Nasional juga tidak menyentuh mengenai AES walaupun pelaksanaannya masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

“Saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato? Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.”

Categories
NASIONAL

Iklan RM1 Juta, BN Digesa Kemuka Sumber – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 24042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ahli Parlimen Selayang, William Leong menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kemuka sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai iklan kempen pilihanraya Barisan Nasional di internet.

2. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat melahirkan kebimbangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melindungi calon harapan team transformasi, Zulkifli Noordin dari siasatan polis.

3. Calon PKR bagi Dun Pelabuhan Klang, Abdul Khalid Ibrahim bertekad menamatkan episod pengabaian kerajaan Persekutuan terhadap kawasan DUN itu sekiranya menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

4. Menyentuh isu lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang mana-mana projek Kerajaan Persekutuan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Lima Calon BN Selangor Didakwa Dapat Sijil Pendidikan Daripada “Kilang Ijazah”

Ong Kian Ming 01

SHAH ALAM, 17 APRIL : DAP hari ini tampil mempersoalkan kredibiliti dan integriti lima calon BN Selangor, termasuk seorang Timbalan Menteri yang didakwa ‘membeli’ sijil kelayakan pendidikan tinggi mereka.

Ketua Strategi Pilihanraya DAP, Dr. Ong Kian Ming berkata calon-calon itu disifatkan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai barisan yang kuat.

Tetapi sebenarnya mendapat sijil pendidikan daripada institusi-institusi yang digelar ‘kilang ijazah’ kerana mengeluarkan ijazah palsu.

Mereka ialah Penyandang Timbalan Menteri Luar, A. Kohillan Pillay, Penyelaras Parlimen Klang, Teh Kim Pooh, Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian, Ab Wahab Ibrahim dan juga calon-calon MCA; Ching Eu Boon serta Lee Ban Seng.

“Tiada peruntukan dalam undang-undang yang mewajibkan setiap calon wajib mempunyai ijazah jika ingin bertanding jawatan awam.

“Jika calon-calon ini tanpa rasa bersalah menipu kelayakan sijil mereka, tidak mustahil mereka juga akan melakukan perkara sama dalam urusan kepentingan awam seperti pengurusan dana,” tegas Kian Ming dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Kian Ming menggesa kelima-lima mereka tampil untuk menjelaskan atau menafikan dakwaan bahawa sijil mereka ?dibeli?.

“Jika mereka gagal menjelaskan semua ini, saya desak mereka untuk menarik diri daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum 13 nanti,” sambungnya.

Calon Parlimen Puchong, Kohillan dikatakan membeli Ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Industri dan Perdagangan daripada Pacific Western University di Amerika Syarikat (US). Insitusi ini pernah didakwa di mahkamah dan diarahkan tutup setelah didapati bersalah menjual sijil.

Calon Parlimen Klang, Kim Pooh juga didakwa membeli Ijazah Doktor Falsafahnya (PHD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada New Port University di US sebuah lagi institusi yang dianggap ?kilang ijazah?.

Calon Umno, Ab Wahab bagi DUN Taman Medan didakwa mendapat PHD beliau dalam bidang Perkhidmatan Awam daripada sebuah institusi di Ireland yang disenaraikan sebagai kilang ijazah oleh British Broadcasting Channel (BBC) pada tahun 2008, iaitu Irish International University.

Sementara itu, calon bagi DUN Pandamaran Eu Boon dikatakan memperoleh PHD Pemasaran Rangkaian daripada St George University International, US yang juga dilaporkan sebagai kilang ijazah.

Begitu juga dengan calon DUN Kajang, Ban Seng yang didakwa mendapatkan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada sebuah kilang ijazah yang lain iaitu Rutherford University, US.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Gesa Umno-BN Janji Hormati Proses Demokrasi Sepanjang Tempoh Kempen PRU-13

pakatan putrajaya 01

SHAH ALAM, 4 APR : Pakatan Rakyat (PR) menggesa semua pihak terutamanya Umno-BN untuk sama-sama berjanji mematuhi etika kempen yang betul dan menghormati proses demokrasi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya semua pihak mematuhi piawaian pilihan raya yang ditetapkan, keselamatan dan keamanan negara dapat dipertahankan dan amalan tidak bertanggungjawab tidak dapat diatasi.

Malah tegasnya, peralihan kuasa kerajaan juga dijamin akan berlaku secara aman sekiranya PR memenangi PRU-13 nanti.

“Pakatan Rakyat sememangnya mempunyai keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan adil dalam memastikan kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan sepanjang tempoh berkempen.

“Ini adalah selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan mereka oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi proses demokrasi dan memastikan rakyat terus mempunyai kebebasan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk menggunakan peluang keemasan ini dengan memilih kerajaan baru yang bukan hanya berupaya memajukan negara, malah bertekad untuk membersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ujarnya, beliau yakin rakyat akan memilih kerajaan yang bertindak adil dalam semua perkara merentasi setiap lapisan masyarakat.

Malah beliau sekali lagi melanjutkan jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melibatkan diri dalam perbahasan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan yang betul sebelum memilih kerajaan baru.

“Sepanjang Parlimen ke-12, Pakatan Rakyat telah membentangkan pilihan yang jelas untuk rakyat dengan tawaran blue print yang komprehensif untuk reformasi ekonomi, politik dan sosial.

“Malah keempat-empat negeri yang ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat juga mempunyai rekod yang membanggakan dari segi kemajuan ekonomi dan sosial, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Kami percaya rakyat mampu menilai perubahan positif yang telah dan akan terus dibawa oleh Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Badan Kebebasan Maklumat : Terjemah Ketelusan Kerajaan Selangor – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 26032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bagi merealisasikan prinsip ketelusan di dalam pentadbiran, Pakatan Rakyat Selangor melantik enam tokoh dalam Badan Maklumat Negeri bagi melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011.

2. Kerajaan Selangor akan memberi insentif RM 15,000 kepada pelumba remaja, Muhammad Firdaus Mohd Zonis yang merangkul pingat emas dalam acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, baru-baru ini.

3. Apa kata rakyat mengenai pemberian permit teksi bersyarat oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini?

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 27022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 27 FEBRUARI 2013 :

1. Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.

2. Kajian Merdeka Center mendapati sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mencatatkan penurunan.

3. Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Isnin lalu, secara jelas mengiktiraf sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum itu.

4. Bagi menangani rasuah dan kronisme daripada terus berleluasa di negara ini, Pakatan Rakyat menerusi Manifesto yang dibentangkan Isnin lalu bakal memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) yang akan memberdayakan sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).