Categories
SELANGOR

Kerjasama penting jayakan tandas, premis bersih sekitar Subang Jaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 20 NOV: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memohon semua pihak memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha mewujudkan tandas dan premis makanan bersih di bandar ini.

Timbalan Datuk Bandar, Abdullah Marjunid berkata, setiap rakyat perlu mengamalkan budaya penjagaan kebersihan demi kepentingan bersama.

Katanya, MPSJ akan terus memainkan peranan mempergiatkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan premis makanan di seluruh kawasan pentadbiran.

Tandas 3“Sehingga Oktober lalu, 2,061 premis diperiksa dan kebanyakannya mendapat Gred B dengan 54 peratus, sementara 17 lagi diarah tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

“Bagi pemeriksaan tandas awam pula, dalam tempoh sama, 1,496 tandas dinilai dan kita dapati hanya 55 tandas sahaja mendapat lima bintang,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kebersihan Tandas dan Premis Makanan sempena Hari Tandas Sedunia 2014 di IOI Boulevard, di sini, semalam.

Majlis anjuran bersama Rotary Club itu turut dihadiri ADUN Kinrara, Ng Sze Han; wakil World Toilet Organization (WTO), Amandine Brunet dan wakil Rotary Club Puchong Centennial, Alan Chan.

Sementara itu, Sze Han pula mengingatkan semua pihak untuk menghargai kemudahan tandas yang disediakan demi kepentingan bersama.

20141119_144850“Kita bertuah Malaysia ada sediakan banyak kemudahan tandas awam tidak seperti di tempat lain yang kurang bernasib baik.

“Tetapi cabarannya adalah sama ada kita dapat pastikan tandas ini cukup bersih,” katanya.

Sempena Hari Tandas Sedunia kali ini, MPSJ dan Rotary Club turut mengadakan pemeriksaan tandas serta premis makanan sekitar Jalan Kenari, Puchong Jaya, sejak 18 November lalu.

Sepuluh daripada premis yang diperiksa diiktiraf dan menerima penghargaan MPSJ antaranya Neway KTV, Kafe Donut, Restoran Imperial dan Kafe U Dessert.

Sementara itu, tiga buah sekolah turut menerima penghargaan sama kerana mempunyai tandas terbersih hasil pemeriksaan sempena Pertandingan Anugerah Sekolah Sejahtera, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan adaalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, SMK USJ 13, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yak Chee.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Biaya projek MRT berbilion ringgit, gagal sedia hub selesa pemandu bas

Oleh: NORHAYATI UMOR

PUCHONG, 9 MEI : Beberapa pemandu sebuah syarikat pengangkutan bas transit tertekan apabila terpaksa menjadikan pondok kecil di kawasan paya sebagai tempat rehat di Puchong Prima, di sini, sejak tujuh tahun lalu.

Mereka mendakwa terpaksa menjadikan pondok itu sebagai tempat rehat ekoran syarikat gagal menyediakan hub khusus untuk menempatkan bas dan bilik khas bagi tempat berehat pemandu.

Tinjauan Selangor Kini mendapati, 18 pemandu terbabit terpaksa tinggal di sebuah pondok kayu yang kotor dan usang, selain kawasan persekitaran yang terdedah dengan ancaman binatang berbisa.

02Koordinator lalu lintas syarikat terbabit, Nor Azman Seteh, berkata pihaknya berharap syarikat lebih prihatin dengan kebajikan pekerja mereka kerana pemandu yang keletihan kerana bekerja sejak jam 5 pagi hingga malam perlu sebuah tempat khas dengan segera untuk mandi, berehat dan makan.

“Kami di sini berehat bertemankan tikus dan ular. Bila musim hujan, kami juga takut pondok kayu ini runtuh dan binatang berbisa yang banyak.

“Dengan waktu bekerja yang padat, kami tiada masa rehat yang cukup. Contohnya, di sini 16 pemandu memandu untuk laluan utama dan dua lagi untuk laluan tempatan.

“Di dalam bas pula, ruang yang disediakan majikan sebagai tempat rehat pemandu kedua hanya kerusi seperti penumpang lain, jadi kami memang ingin satu ruang yang selesa untuk berehat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

10Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata masalah itu bukan perkara yang sukar diselesaikan kerajaan kerana kos untuk menyediakan hub untuk keselesaan pemandu tidak mahal jika dibandingkan dengan projek MRT yang menelan kos berbilion ringgit.

“Kita sedia maklum, syarikat ini kaya. Jika projek MRT boleh dibiayai berbilion ringgit kenapa perkara ini dipandang remeh.

“Jika pemandu tidak mendapat rehat secukupnya, bagaimana mereka hendak melaksanakan tugas dengan baik. Tempat rehat yang selesa amat perlu, bukan mewah tetapi tidak juga hanya guna papan untuk dijadikan pondok.

“Kita risau jika mereka tidak dapat keselesaan kerana kurang rehat, ia boleh mengakibatkan keselamatan penumpang tergugat,” katanya yang melawat tempat rehat itu bersama ADUN Bukit Gasing, R Rajiv.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemimpin Umno, Perkasa patut mohon maaf hina jenazah Karpal Singh

SHAH ALAM, 18 APRIL: Tindakan dua pemimpin UMNO-BN dan Perkasa yang menghina jenazah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh tidak patut berlaku dan amat memalukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata tindakan dua individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan.

“Sebagai pemimpin beragama Islam, dua individu ini harus menunjukkan nilai baik Islam yang menghormati permergian seseorang dan bukan membuat kenyataan yang akan mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

ng sze hanBeliau mendesak dua individu itu memohon maaf atas tindakan berkenaan

“Saya juga mendesak UMNO dan Perkasa untuk memberi penjelasan atas tindakan dua individu itu,” katanya.

Sze Han berkata, pemergian Karpal bukan menandakan penamat, tetapi semangat perjuangan beliau akan teruskan.

“Saya berharap keluarga Karpal akan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Karpal adalah tokoh yang gigih memperjuangkan keadilan.

Karpal maut dalam kemalangan dekat Tapah, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Pembantunya, Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan.

Anaknya, Ram Karpal dan pemandu kereta pula dilapor cedera dalam kemalangan yang berlaku berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

-NFN-

Categories
SELANGOR

ADUN DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor.

Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).

ng sze han“Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.

“Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi.

“Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, ketika ucapan penggulungan Titah Tuanku Sultan Selangor oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali, Sze Han mencelah memohon elaun guru KAFA dinaikkan.

halimah sidang dunHalimah dalam responnya berkata, perkara berkenaan kenaikan itu memang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat dan sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Ketika era BN, elaun guru agama KAFA di Selangor hanya RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari tahun lalu, sekali lagi menaikan elaun guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Saranan laksana ‘tol percuma sehari’ hujung minggu

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 24 DIS: Kerajaan Selangor disaran melaksanakan program ‘tol percuma sehari’ bagi Lebuhraya LDP, Kesas dan Sprint pada hujung minggu untuk membantu rakyat yang menderita dengan dasar kenaikan harga barangan dilaksanakan Kerajaan BN

Adun Kinrara, Ng Sze Han, berkata Kerajaan Selangor harus menggunakan pegangan sahamnya dalam lebuh raya untuk menolak kenaikan kadar bayaran tol seperti yang diumumkan oleh Barisan Nasional.

NSH_NewsKatanya, Kerajaan Negeri juga perlu menggunakan keuntungan dpegangan sahamnya di syarikat konsesi lebuh raya dengan memberi tol percuma sehari dalam hujung minggu untuk manfaat rakyat Selangor.

“Malahan ia adalah satu langkah pertama dan ia dapat diperkembangkan penikmatnya melalui peruntukan belanjawan Selangor tahun depan,” kata Sze Han dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan tahunan Litrak Berhad dan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (Kesas), penggunaan lebuh raya itu meningkat melebihi 5 peratus seperti yang dijangkakan.

“Secara keseluruhannya, lebuh raya mencapai keuntungan dalam beberapa tahun ini. Misalnya, Litrak Bhd yang menguruskan lebuhraya LDP dan Sprint mencapai keuntungan RM180 juta pada 2013.” katanya.

Sze Han berkata, Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam Kesas melalui pegangan PKNS, dan 20 peratus saham dalam Litrak Bhd melalui pegangan Kumpulan Perangsang Bhd.

Berdasarkan perhitungan bagi 2013, Litrak Bhd dijangka dapat menyumbangkan RM27 juta daripada perolehannya kepada Kerajaan Selangor setiap tahun.

Maka, dengan jangkaan kasarnya terdapat 35,000 pengguna akan menikmati program kebajikan Kerajaan Selangor.

Katanya, keputusan Kerajaan Selangor untuk menjual 30 peratus saham Kesas dimiliki PKNS kepada Gamuda Berhad perlu ditimbang semula supaya dapat menghalang kenaikan harga tol pada masa depan.

“Jika Kerajaan negeri ingin meneruskan penjualan tersebut, keuntungan sebanyak RM36 juta yang akan diperolehi melalui jualan itu harus diterjemahkan kepada program tol percuma sehari kepada pengguna lebuhraya Kesas pada hujung minggu.”

“Pemberian tol percuma pada hujung minggu dapat membuktikan usaha kerajaan Pakatan Rakyat dalam merealisasikan manifesto pilihan raya,” katanya.

-EZY