Categories
SELANGOR

Penutupan sementara laluan NKVE 13 Mac

SHAH ALAM 8 MAC: Laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) antara Bukit Lanjan dan Shah Alam ditutup sementara pada 13 Mac ini bagi memberi laluan kepada acara Larian Amal dan Karnival oleh UEM Group.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata penutupan NKVE pada hari tersebut bermula pada jam 12:30 pagi hingga jam 10 pagi.

CdAXPQmUUAAvhh6Justeru PLUS Malaysia Berhad (PLUS), menasihati orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan sepanjang penutupan tersebut.

“Penutupan laluan membabitkan Persimpangan Bertingkat Subang, Persimpangan Bertingkat Damansara, Persimpang Bertingkat Kota Damasara serta sebahagian daripada Persimpangan Bertingkat Bukit Lanjan dan Shah Alam,” kata Noorizah dipetik Astro Awani.

Katanya, orang ramai dari arah Utara masih boleh terus ke Kuala Lumpur menerusi Plaza Tol Jalan Duta yang beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, pengguna dari arah Utara yang mahu ke Lebuhraya ELITE, KLIA, Seremban dan destinasi lain di Selatan perlu keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan dan menggunakan Lebuhraya Guthrie sebelum memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam.

CdAXPUDUMAAbCPPSementara itu, bagi kenderaan dari arah Lebuhraya ELITE yang menghala ke utara, mereka perlu keluar di Plaza Tol Shah Alam sebelum menggunakan Lebuhraya Guthrie dan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utara.

“PLUS bekerjasama dengan Polis dan pihak lain termasuk anggota RELA, dan pasukan Paramedik dalam memastikan kelancaran acara larian dan trafik pada masa sama membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan tersebut,” kata Noorizah.

Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada jam 10 pagi, selepas berakhirnya program Larian Amal tersebut.

EZY

Categories
SELANGOR

Hannah : Minta JKR Jelas Siapa Bertanggungjawab Selenggara Jejambat Banjir

SUBANG JAYA 18 OKT : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menuntut Kementerian Kerja Raya untuk menjelaskan kepada umum status projek Subang-Kelana Jaya Link yang mula beroperasi sejak Jun 2009.

Desakan itu dibuat beliau ekoran kejadian banjir di Jejambat Jalan Kemajuan Subang dua hari lalu sehingga menyebabkan sebuah kereta terperangkap.

Hannah memberitahu, respon daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menyatakan lebuhraya yang menelan kos RM 315.46 juta itu masih belum diserahkan kepada pihak JKR Pusat walaupun tempoh liabiliti kecacatan sudah tamat pada 30 Jun 2011.

Tambah beliau, kontraktor lebuhraya tersebut, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) juga diberi tempoh sehingga 15 Oktober 2011 untuk melakukan pembaikan beberapa kecacatan.

“Namun difahamkan, JKR masih tidak mengambil alih laluan berkenaan, kenapa (JKR tidak mengambil alih) dan kita juga kini dalam proses mendapatkan senarai kecacatan yang dinyatakan JKR kepada pihak AZRB sebelum ini.

“Kita minta supaya JKR jelaskan beberapa perkara mengenai pihak yang bertanggungjawab menyelenggara laluan tersebut, adakah AZRB dan adakah bayaran penuh dilakukan kepada mereka,” ujar beliau dalam sidang media di pejabatnya di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Hannah tidak menolak kemungkinan masalah banjir di jejambat tempoh hari berpunca daripada laluan air yang tersumbat.

“Kali ini dengan banjir di jejambat, ia sememangnya tidak harus terjadi dan sebab itulah kita perlu tahu pihak yang bertanggungjawab atas laluan ini,” tegas beliau.

Subang-Kelana Jaya Link merupakan lebuhraya bertingkat tertinggi di Subang yang menghubungkan Subang dengan Sultan Abdul Aziz Shah Airport Highway, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

Ia dibina pada tahun 2005 oleh JKR dengan kontraktor utamanya, AZRB dan mula dibuka pada laluan umum pada 2009.