Categories
SELANGOR

MPSJ & Imigresen jalankan Ops Penguatkuasaan Warga Asing

SUBANG JAYA 21 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan Ops Penguatkuasaan Bersepadu Warga Asing bersama Jabatan Imigresen Selangor baru-baru ini.

Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mej. (B) Mohd Rasip Rasul, berkata ia hasil pemantauan berterusan MPSJ dan rungutan orang ramai berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti mereka yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat tempatan.

IMG-20140921-WA0005Katanya, MPSJ sering kali menerima aduan berkaitan kumpulan warga asing yang berkumpul di taman-taman permainan sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak bermain di kawasan itu.

“Isu warga asing menjalankan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula menggunakan basikal roda tiga turut menjadi perhatian apabila pelbagai masalah timbul seperti masalah kebersihan persekitaran dan kesesakan lalu lintas apabila kumpulan warga asing ini melalui jalan utama di sekitar Puchong,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan, seramai 104 warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Kemboja, Bangladesh, India dan Indonesia di periksa.

Manakala seramai 45 orang ditahan d bwh Sek. 6 (1) (c) Akta Imegresen 1959/63 di atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.

MPSJ turut melakukan sitaan lima unit basikal roda tiga yang digunakn oleh kumpulan warga asing ini untuk mengutip barangan kitar semula.

Tindakan diambil di bawah UUK 21(1), UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPSJ 2007

Seramai 56 pegawai dan anggota penguatkuasa MPSJ, sembilan pegawai dan anggota Imigresen terlibat dalam operasi tersebut.

EZY