Categories
NASIONAL SELANGOR

Perkahwinan mega untuk 112 pasang pengantin

MB-belia-insentif-perkahwinan-06SHAH ALAM, 2 SEPT : Sekurang-kurangnya 112 pasang pengantin di Selangor akan diraikan secara bersama dalam satu majlis perkahwinan mega hujung tahun ini.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya mensasarkan dua pasang pengantin dari 56 DUN di Selangor untuk menyertai program tersebut.

“Majlis Perkahwinan mega ini akan dilangsungkan pada penghujung tahun ini di Sabak Bernam bersempena dengan penganjuran Selangor Agro Festival (SAF).

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi membantu meringankan pasangan Selangor yang ingin berkahwin menikmati hari bahagia mereka disamping menerima bantuan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri,”jelasnya.

Selain itu, kos bagi pakaian dan majlis bagi setiap pasangan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Justeru pihaknya meminta pasangan Selangor yang ingin berkahwin mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk melayakkan mereka menikmati Insentif Perkahwinan RM500 dan pendaftaran ke dalam skim Rumah Mampu Milik (RMM).

“Pendaftaran ini membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang akan dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian insentif kepada mereka yang layak.

“Daripada data ini juga kita akan salurkan maklumat pasangan yang layak kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menikmati skim Rumah Mampu Milik (RMM),” jelasnya ketika dihubungi Selangorkini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh berurusan di Pejabat Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tingkat 2 Bangunan SUK, Shah Alam atau menghubungi terus di talian 03-5519 4361 / 5544 7105.

Buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi insentif RM200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM500.

Kenaikan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 lalu.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sultan : Terapkan Ekonomi Pro-Rakyat – FOKUS


Sinopsis

FOKUS Untuk 28062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri perlu menongkah arus dengan mewujudkan ekonomi yang mapan dan berdaya-saing, serta memelihara kebajikan rakyat seluruhnya.

2. Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk memesatkan pembangunan prasarana serata Selangor.

3. Kemajuan dan pembangunan desa perlu diberi penekanan dalam agenda ekonomi Kerajaan Negeri bagi penggal ini, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

4. Titah Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah agar meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan perkembangan industri berteknologi hijau menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

5. Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mementingkan, memelihara serta meningkatkan kebajikan rakyat di negeri ini.

Ramai Exco Wanita Selangor Perkembangan Positif Politik Tanah Air

exco wanita selangor 2013 01

SHAH ALAM 3 JUN : Perlantikan empat wanita bagi portfolio penting dalam jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor atau exco, mendapat reaksi yang positif daripada khalayak umum.

Pakatan Rakyat Selangor sekali lagi mengorak langkah dengan mengisi empat daripada 10 jawatan exco Kerajaan Negeri dengan pemimpin wanita, menjadikannya pentadbiran negeri yang paling ramai wanita dalam jawatan pengubal keputusan.

Empat exco wanita tersebut adalah :

Rodziah Ismail (Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan), Elizabeth Wong (Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) dan Dr Daroyah Alwi (Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi).

RATIMI WAN ISMAILBagi Ratini Wan Ismail, 27, perlantikan wakil wanita sebagai anggota penting dalam Kerajaan Negeri merupakan suatu perkembangan yang bagus dalam sistem politik tanah air.

“Itu satu perkembangan yang bagus, sekarang pun dalam sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh golongan wanita.

?Semoga ia menjadi suatu persaingan yang sihat diantara golongan lelaki dan wanita,” ujarnya ketika tinjauan TVSelangor hari ini.

NORAZIMAH MOHD RAISSementara itu, Norazimah Mohd Rais, 29, pula mengharapkan kepimpinan wanita di Selangor akan terus mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk membangunkan negeri ini.

“Teruskan untuk mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk membangunkan Selangor untuk lebih adil dan saksama, itu lebih penting,” ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif syarikat swasta.

KOSHKINAH MUHAMMAD ALIManakala, Koshkinah Muhammad Ali, 42, berharap supaya dasar Kerajaan Negeri sepanjang lima tahun terdahulu dapat diteruskan agar lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaatnya.

“Kami memberi sokongan penuh kepada semua wakil wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri yang dapat menyalurkan dasar Kerajaan kepada rakyat.

“Kalau YB Rodziah kali kedua, kita berterima kasih kerana banyak memberi bantuan kepada wanita dan miskin bandar. Kita harap untuk lima tahun akan datang akan ada lagi beberapa manfaat yang lebih kepada rakyat di negeri ini,” ujarnya.

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Exco Selangor Isytihar Harta Sebelum Sidang DUN – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutamakan kehendak rakyat selain terus memacu negeri menjadi lebih maju.

2. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik bersedia melaksanakan tugas bagi meneruskan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini.

3. Kerajaan Negeri akan mengarahkan semua Exco Selangor membuat pengsytiharan harta sebelum sidang Dewan Negeri Selangor dimulakan.

4. Selangor menongkah arus dengan mengemukakan suara wanita yang lebih ketara dalam urustadbir kerajaan negeri bagi penggal ini.

5. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mengesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak terus memperalatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk tujuan politik.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Singapura mengenai penahanan beberapa rakyat Malaysia yang mengadakan dua protes di republik itu bagi menuntut reformasi pilihanraya di Malaysia pada 8 dan 11 mei lalu.

Categories
NASIONAL

Anggota Keselamatan, Penerbangan Jangan Bawa Pengundi Ragu – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 03052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Warga kerja dan anggota keselamatan negara digesa untuk tidak membantu mana-mana usaha jahat membenarkan pengundi haram turun mengundi pada 5 Mei nanti.

2. Seorang isteri anggota tentera memfailkan laporan polis kerana dakwat yang digunakan dalam pengundian awal mudah ditanggalkan.

3. Orang ramai diminta untuk tidak terpedaya dengan taktik kotor Umno-BN yang mengedarkan akhbar Harakah ‘palsu’ yang mula dikesan diedarkan di masjid-masjid secara percuma hari ini.

4. Pakatan Rakyat Selangor mengutuk keras politik perkauman amalan Umno-BN dengan menggunakan isu agama dan kaum dalam usaha meraih undi rakyat.

5. Penahanan blogger, Yusuf Al Siddique Suratman kerana mempersoalkan emel berantai yang menguar-uarkan pendatang asing mahu mencetuskan huru-hara di Sabah adalah tidak munasabah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Tender Terbuka Loji Air : Kerajaan Negeri Jimat RM40 Juta

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 01

KUALA SELANGOR, 24 MAC : Meskipun Kerajaan Pusat memperuntukkan RM90 juta untuk projek menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,tetapi Kerajaan Negeri Selangor berjaya melaksanakan projek tersebut dengan kos keseluruhan cuma RM 50 juta.

Penjimatan RM40 juta ini disebabkan dasar tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dan ketelusan melaksanakan sesuatu projek termasuklah kerja menaik taraf ini.

“Projek menaik taraf stesen mengepam air mentah ini diluluskan oleh Kerajaan Pusat pada 18 Jun 2010 dengan kos sebanyak RM90 juta untuk dilaksanakan Kerajaan Negeri.

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 02“Kerajaan Negeri telah melaksanakan proses tender terbuka bagi projek ini dan hasilnya penjimatan sebanyak RM40 juta dapat diperolehi di mana keseluruhan projek ini hanya berjumlah RM50,” Kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Lawatan Tapak Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di sini semalam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini menerapkan konsep ‘Value For Money’ bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan Kerajaan Negeri memberi manfaat yang maksima kepada rakyat Selangor.

Antara kejayaan konsep tersebut termasuklah kejayaan menjimatkan RM102 juta melalui perlaksanaan sistem tender terbuka yang mengurangkan kos perolehan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menjimatkan RM81 juta setahun dari hasil penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal yang sebelum ini dimonopoli oleh Alam Flora Sdn Bhd.

Hasil dari penjimatan itu kemudiannya disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai skim seperti pemberian rebat 25 peratus cukai pintu kepada pemilik rumah flat kos rendah di seluruh Selangor dan lain-lain.

Raja Muda Sulu Punyai IC Biru, Bekas Kakitangan Kerajaan – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 210322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 21 MAC 2013 :

1. Pemimpin penceroboh di Lahad Datu, Sabah yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Azzimuddie Kiram didapati seorang rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat.

2.Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengurangkan bayaran cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada orang kelainan upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor.

3. Tanah bagi projek Datum Jelatek bukan tanah rizab Melayu sebaliknya milik Kerajaan Negeri.

4. Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor terus mendapat pujian atas kegigihannya memastikan rakyat yang menduduki sebidang tanah pada masa yang panjang, diberikan hak milik terhadap tanah tersebut.

5. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 April depan bagi mendengar keputusan berhubung permohonan membatalkan pertuduhan ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badril Hisham Shaharim (CheguBard) dalam kes himpunan Bersih 3.0.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Mahu Bina Rumah Mampu Milik Lebih Murah, Berkualiti

rumah mampu milik sutera damansara 01

PETALING JAYA, 14 MAC: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.

Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Ini merupakan initiatif untuk menambah lebih RMM untuk rakyat selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancarkan projek RMM ke-6 di Sutera Damansara.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad pakar luar tersebut dipilih berdasarkan kejayaan mereka di negara masing-masing dalam membina perumahan pada harga yang rendah, berkualiti dan disiapkan dalam tempoh yang cepat.

“Sehubungan usaha kita untuk menerokai teknologi-teknologi baru ini, pada 21 Mac ini akan diadakan satu seminar yang dihadiri pakar-pakar perumahan dalam dan luar negeri, terutamanya daripada United Kingdom dan Jepun,” ujar Iskandar.

mb pecah tanah RMM sutera damansara 01Beliau berkata demikian di dalam Majlis Pecah Tanah projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara di sini yang turut dihadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain wakil pemaju dan kontraktor, seminar tersebut juga bakal dihadiri oleh pensyarah-pensyarah universiti bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama pula berkata dasar rumah kos rendah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini gagal menyediakan penempatan yang selesa kepada masyarakat Selangor.

Antara masalah yang kerap dihadapi penduduk rumah kos rendah termasuklah kerosakan struktur bangunan dan persekitaran yang tidak sihat.

“Di PJ lebih 100,000 unit (rumah kos rendah) telah dibina, selepas 10 tahun taraf hidup dan kediaman masyarakat di pangsapuri kos rendah dalam keadaan yang tidak memuaskan.

“Sekarang lebih 15 tahun selain keadaan yang buruk, harga rumah tersebut lebih rendah dari mereka beli sehingga ada di sesetengah tempat kurang dari RM20,000,” ujar Abdul Khalid.

TV Selangor juga difahamkan Kerajaan Negeri hari ini terpaksa membelanjakan sehingga RM 70 juta bagi menampung kos membaiki kerosakan pangsapuri kos rendah.

Ia adalah projek usahasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn Bhd dan Country Wheel Sdn Bhd.

Ia dibangunkan oleh OSK Property Holding Berhad yang bertindak sebagai pengurus projek.

Projek tersebut bakal menyediakan 236 unit kediaman mampu milik dan dijual pada harga RM89,000 seunit.

Categories
NASIONAL SELANGOR

90% Manifesto PR Selangor 2008 Ditunai

manifesto-2008

SHAH ALAM, 1 Mac – Lebih 90 peratus daripada 23 janji di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2008 sedang dilaksanakan, manakala inisiatif seperti pemberian air percuma 20 meter padu dan skim mikrokredit merupakan dasar baru.

Sebanyak 16 daripada 23 janji tersebut  dilaksanakan. Ini seperti hadiah anak masuk universiti, tabung anak Selangor (TAWAS), perlindungan insurans usia emas dan meningkatkan pendapatan petani kepada RM 1,200 sebulan.

Manakala terdapat dasar yang sedang di dalam perancangan untuk menepati lapan janji lagi seperti menyediakan pendidikan pra-sekolah percuma untuk kanak-kanak, elaun khas suri rumah dan memberikan perkhidmatan percuma bagi warga emas di hospital kerajaan.

Menurut data daripada sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor, terdapat enam dasar yang tidak dimasukkan ke dalam manifesto tetapi dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak 2008.

Selain skim air percuma 20 m³, dasar-dasar tersebut termasuk skim mikrokredit bandar dan luar bandar (Mimbar dan Skimsel), Tabung Anak Pekerja Ladang, Program Tuisyen Rakyat, Skim Perumahan Pekerja Ladang dan bantuan pengurusan bangunan.

mes

Categories
SELANGOR

Harga Masjid Bawah BN Selangor – RM 10 Juta, Harga Pakatan Rakyat – RM 6.4 Juta

KUALA SELANGOR 12 OKT : Kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah membolehkan kerajaan negeri membina lebih banyak masjid.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebelum Pakatan mentadbir, kos membina masjid seperti yang baru dibina di Jeram di sini boleh mencecah sehingga RM 10 juta sebuah.

Walhal masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Selangor sekarang dengan kos M 6.4 juta.

Beliau berkata kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid secara berhemah memberi keupayaan Kerajaan Selangor membina beberapa buah masjid lagi.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucapan di dalam majlis penyerahan masjid Jeram kepada jawatankuasanya.

Beliau menambah, kariah perlu mengimarahkan masjid dengan program yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat seperti program-program ceramah dan majlis ilmu.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab pegawai masjid agar dapat menjaga kebersihan dan memelihara kawasan persekitaran masjid ini dengan penanaman pokok untuk suasana yang lebih selesa.”

Beliau juga mencadangkan agar pihak masjid dapat mengadakan kemudahan seperti internet wifi percuma dan pemeriksaan kesihatan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Kata Abdul Khalid, masjid-masjid di negeri ini yang bersih dan selesa terutamanya tandasnya menjadi tarikan orang ramai daripada luar negeri untuk singgah berehat sebentar.

Turut hadir dalam majlis penyerahan itu MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.

Abdul Khalid turut bersama-sama penduduk kariah menunaikan Solat Jumaat dan memberikan ‘duit raya’ kepada kira-kira 100 orang kanak-kanak sambil bermesra dengan penduduk setempat.

Categories
NASIONAL

Penganalis Politik : Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 17 MEI: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program ?Selangorku Bersih? hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.