Categories
SELANGOR

Wan Azizah tak lupa tanggungjawab di Parlimen Pandan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak menjadi penghalang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melupakan rakyatnya, di kawasan Parlimen Pandan.

Beliau meluangkan masa menziarah mangsa kebakaran rumah setinggan di Pandan Jaya sebaik selesai menghadiri mesyuarat kabinet kali kedua dan sidang media, di Putrajaya, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyantuni mangsa kira-kira 30 minit di Dewan Pandan Bestari yang menempatkan seramai 70 mangsa, di samping menyelaras hal kebajikan mereka.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan akan menghulurkan bantuan kemudahan bagi meringankan beban mangsa.

“Untuk sementara, semua mangsa ditempatkan di dewan ini sebagai transit.

“Kita akan cuba sebaik mungkin memberi keselesaan kepada mangsa sekurang-kurangnya dengan menyediakan khemah bagi tujuan privasi ketika mereka berada, di pusat penempatan sementara ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Hulu Langat akan menyusun semua bantuan secepat mungkin kepada mangsa.

Dalam lawatan sama, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai kepada mangsa terbabit.

Categories
GLOBAL

Pandan bakal jadi pilihan penting chef di AS dan UK

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 18 OKT: Siapa sangka tumbuhan yang mudah ditanam di belakang rumah serta tidak perlu penjagaan rapi dan rumit bakal menjadi sumber tambahan masakan penting dan trend baharu perisa di Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK).

Chef dan trend setter popular dalam bidang masakan di Amerika Syarika, Nigella Lawson berkata, tumbuhan itu adalah pandan apabila bakal jadi bahan masakan kegilaan tukang masak di US dan UK.

Beliau berkata ia hanya waktu dan masa sesuai sahaja sebelum daun pandan mula ‘menyerang’ dapur di Britain.

“Saya dapat rasakan ia bakal menjadi satu lagi bahan semulajadi yang digemari ramai seperti matcha (teh hijau) yang kini sudah pun popular.

“Saya mungkin silap tapi daun pandan memang sesuatu yang sangat menarik perhatian kami,” katanya.

Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.

Beberapa laman media berita di UK memberikan liputan dan perhatian kepada resepi tambahan menggunakan pandan dalam masakan.

Berikut adalah beberapa pautan berita berkenaan penggunaan pandan bakal menjadi trend masakan.

RUJUKAN BERITA ANTARABANGSA:

1. https://www.theguardian.com/lifeandstyle/shortcuts/2017/oct/17/why-pandan-leaves-are-the-latest-new-avocado

2. http://www.telegraph.co.uk/women/life/pandan-leaf-blue-algae-ingredients-coming-soon-dinner-party/

3. https://parismatch.be/lifestyle/food/82481/le-pandan-lherbe-asiatique-qui-pourrait-detroner-lavocat-dans-les-cuisines

 

RUJUKAN BERITA DALAM NEGARA:

1. https://www.thevocket.com/daun-pandan-bakal-jadi-kegilaan-tukang-masak-di-us-dan-uk/

2. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/17/the-next-big-food-craze-in-the-uk-and-us-its-pandan-says-nigella-lawson/#05h4mgIilIiG1Uqz.01

=EZY=

 

 

Dua lagi MITS siap 2018, menempatkan 600 pelajar


Pembinaan dua Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MITS) di Pandan dan Bagan Lalang, Selangor dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Categories
SELANGOR

MRT 2 ambil kira bilangan penumpang & alam sekitar

Oleh: NAEEM RAFFI

DAMANSARA, 29 APR: Mass Rapid Transit (MRT) Corp mengesahkan penyusunan semula  laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT 2) berdasarkan bilangan penumpang dan faktor alam sekitar.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Mahmood Abdul Razak berkata, penyusunan semula itu juga membolehkan MRT 2 dihubungkan dengan stesen kereta api laju HSR Kuala Lumpur-Singapura yang akan ditempatkan di Bandar Malaysia.

Mahmood turut menafikan dakwaan keputusan itu diambil atas arahan kerajaan untuk merangsang projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Projek-mrt-300x202“Penghalaan semula melalui Bandar Malaysia adalah inisiatif kami sendiri berbanding cadangan sebelum ini iaitu melalui laluan Pandan dan Cheras yang akan menyebabkan bilangan penumpang lebih tinggi.

“Penyusunan semula ini juga membolehkan perhubungan lebih baik dengan pengendali kereta api lain,” katanya dalam sidang media di MRT Information Centre, di sini, hari ini.

Pada 30 Mac lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mempersoalkan keputusan menyusun semula projek untuk Bandar Malaysia bukannya Cheras dan Pandan.

Projek MRT 2 sepanjang 52.2 kilometer (km) itu akan menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Serdang menggunakan laluan kereta api bawah tanah dan laluan tergantung.

Ia melibatkan 36 stesen dengan 25 laluan tergantung (38.7 km) dan 11 di bawah tanah (13.5 km) bermula dari stesen Damansara Damai dan berakhir di Stesen Putrajaya Sentral serta disediakan depot kecil di stesen Serdang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR Selangor Lancar Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia

PETALING JAYA 21 SEPT : Bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus menerajui Selangor, PKR Selangor akan melancarkan kempen ?Jelajah Selangor Tawan Malaysia? yang akan bermula pada 14 Oktober depan.

Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei berkata program gerak gempur yang bertemakan ‘perkukuhkan kemenangan rakyat dan tawan Malaysia’ itu akan memfokuskan kawasan tumpuan.

Antaranya, kawasan Parlimen Selayang, Pandan, Bandar Tun Razak, Kuala Langat, Kapar, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan dan Subang.

Kawasan DUN yang terbabit adalah Kuang, Rawang, Sementa, Kota Anggerik, Batu Tiga, Batang Kali, Permatang, Sri Muda, Sri Andalas, Batu Caves, Bukit Antarabangsa, Ijok, Melawati, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Lanjan, Dengkil, Semenyih, Kajang dan Pelabuhan Klang.

Beliau berkata PKR akan berbincang dengan DAP dan PAS sekiranya mereka ingin dengan PKR dalam program itu.

“Selain mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan menawan kerusi Parlimen dan DUN milik Umno-BN.

?Salah satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi.
?Berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

?PKR juga akan mempertahankan 14 kerusi DUN dan menawan tujuh kerusi DUN milik Umno-BN iaitu di kawasan Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang,? katanya.

Shuhaimi berkata PKR juga yakin majoriti kemenangan akan meningkat berdasarkan kajian dilakukan parti itu.

?Parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat kita yakin jumlah majoriti akan bertambah.?

Ketika ini Pakatan memperoleh 35 daripada 56 kerusi DUN manakala BN sebanyak 20 dan seorang Adun Bebas.

Di peringkat kerusi Parlimen pula PR memperoleh 17 daripada 22 kerusi di Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mesyuarat agung tahunan AMK Cabang PKR akan bermula pada 22 September hingga 13 Oktober depan.

Ia akan melibatkan 22 kawasan cabang PKR.