Categories
AGENDA NASIONAL

Papagomo cengkam leher Syed Saddiq – Saksi

KAJANG, 4 NOV: Setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa pengendali laman blog, Papagomo, telah mencengkam leher menteri itu untuk menghentikannya daripada terus berjalan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari lepas.

Menceritakan semula insiden tersebut, Mohd Aizad Roslan, 38, berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, telah bertindak menerpa ke arah Syed Saddiq yang ketika itu sedang berjalan ke arah keretanya selepas sesi penamaan calon pada 11.05 pagi, 16 Februari lepas.

“Saya serta dua lagi pegawai YB iaitu Amin (polis pengiring) dan Redzuan (pegawai khas) mengiringi beliau ke arah kereta yang terletak di laluan jalan utama. Tiba-tiba sekumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) yang sedang melepak di situ telah memaki dan mengherdik kami tetapi kami tidak menghiraukan provokasi itu.

“Mereka telah menyerbu ke arah kami dan saya tiba-tiba perasan ada lelaki yang berlari dari arah belakang untuk melintasi kami. Lelaki itu kemudian menerpa ke arah YB dan mencengkam lehernya dengan tangan kiri. Saya nampak dengan jelas,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari pertama perbicaraan kes Papagomo yang menghadapi tuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu.

Saksi itu berkata Syed Saddiq yang trauma berikutan insiden berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya berikutan kecederaan pada bahu dan lehernya.

Ketika ditanya Muhammad Hairuliqram sekiranya beliau mengenali lelaki yang mencengkam leher Ahli Parlimen Muar itu, saksi telah membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap Papagomo selaku Orang Kena Saman (OKS).

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama, Pemangku Sjn Mohd Amin Bacho, 41, yang bekerja sebagai pegawai pengiring Syed Saddiq berkata dalam kekecohan yang berlaku ketika itu, Papagomo juga menyebut “Kau ni bodoh la Saddiq. Masuk ke kawasan aku” terhadap menteri itu.

“Ketika kami diserang, anggota bantuan trafik dan pasukan unit Amal Parti Islam Semalaysia (PAS) telah mengiringi kami berjalan ke arah kereta. Dalam keadaan tegang itu, saya melihat dia meluru ke arah YB dan meletakkan tangannya ke atas bahu kiri YB seperti hendak menghentikannya daripada berjalan.

“Papagomo kemudian telah menyebut kata-kata itu dan saya serta-merta mengarahkannya untuk melepaskan tangan daripada bahu YB kerana melihat beliau semakin tidak selesa,” katanya.

Tambahnya lagi, di sepanjang laluan awam dari kawasan luar dewan pencalonan hingga tiba ke kereta, mereka telah diherdik dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat oleh penyokong BN antaranya “bangang”, “anjing” dan “bodoh”.

Pada 28 Februari, Papagamo yang juga Exco Pemuda UMNO didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Februari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung Rabu.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Papagomo selesaikan hutang hampir RM1 juta kepada Anwar

SHAH ALAM, 4 DIS: Blogger kontroversi Papagomo berjaya melunaskan ganti rugi RM951,260.30 kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kalah dalam saman fitnah terhadap Anwar, tiga tahun lalu.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri menjelaskan RM950,000 dalam bentuk draf, manakala RM1,260 dibayar secara tunai dengan not RM1 dan syiling 30 sen diwakili Peguamnya, Irna Shahana Samsudin.

Wang itu diserahkan kepada Anwar melalui peguam Latheefa Koya pada prosiding pendengaran petisyen kebankrapan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Husna Dzulkifli, hari ini.

Irna berkata, mahkamah menetapkan pengurusan kes bagi pihak Anwar untuk menarik balik petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri, esok.

Prosiding di dalam kamar itu dihadiri Wan Muhammad Azri dan peguam Latheefa Koya serta J. Leela mewakili Anwar.

Terdahulu, Anwar memfailkan petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media Production Sdn Bhd ekoran kegagalannya membayar ganti rugi terbabit kepada bekas ketua pembangkang itu.

Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada plaintif berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Wan Muhammad Azri bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Anwar, manakala Mahkamah Rayuan pada 4 Disember 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar memfailkan saman pada 21 Mac 2013 bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan artikel yang mengandungi perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com secara berturut-turut antara 16 dan 20 Mac 2013.

Categories
NASIONAL

Mahkamah Persekutuan arah ‘Papagomo’ bayar RM800,000 terhadap Anwar

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 26 JULAI: Mahkamah Persekutuan mengekalkan perintah bayaran ganti rugi Blogger ‘Papagomo’ atau Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM800,000 ekoran penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan panel tiga hakim yang menolak permohonan kebenaran beliau untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

BEBAS ANWARPada 28 Februari 2014, Wan Muhammad Azri diperintahkan membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar selepas mahkamah mendapati beliau selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papagomo’.

Mahkamah juga memerintahkan Wan Muhammad Azri selaku defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif.

Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

EZY

Categories
NASIONAL

Saman terhadap Papagomo, pengajaran buat kroni Umno

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 23 JUN: Keputusan mahkamah yang memerintahkan pengendali blog, Papagomo membayar ganti rugi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM800,000 perlu dijadikan pengajaran kepada semua supaya berhati-hati dalam berkongsi paparan kandungan berita di laman sosial dan blog.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata setiap pemilik akaun laman sosial dan blog perlu bertanggungjawab terhadap kandungan berita yang dikongsi serta memastikan ia daripada sumber yang benar.

“Di Malaysia, kita ada kebebasan bersuara yang membolehkan berkongsi di Facebook dan Twitter. Tetapi kena bertanggungjawab dan pastikan kandungannya benar kerana kalau sebaliknya yang dilaporkan, maka orang akan bawa kita ke mahkamah.

grafik papagomo“Saya berharap tindakan mahkamah terhadap Papagomo ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua untuk lebih bertanggungjawab.

“Jika tidak, fitnah ini sangat berat dan membawa kepada implikasi besar dalam politik,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, di sini, semalam.

Hannah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya berkata, beliau secara peribadi juga turut berhadapan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memetik beberapa ayat kononnya disebut beliau tetapi tidak benar.

“Saya pernah membuat laporan polis, namun masih belum ada tindakan terhadap individu yang menyebarkan gambar bersama petikan kenyataan itu.

hannahyeoh“Penduduk dan rakyat Selangor perlu berfikir sama ada benar atau tidak dan mengesahkan perkara itu kerana kini terlalu mudah meletakkan gambar seseorang serta perkataan yang tidak disebut kemudian disebarkan,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan beliau dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, beliau mendapati Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya daripada keterangan yang dikemukakan.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac 2013 dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwanya menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Papagomo minta bayar RM100 sebulan bayar saman fitnah Anwar

KUALA LUMPUR 20 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

grafik papagomoDalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

EZY

Categories
NASIONAL

20 Jun ditetap kes Papagomo patut bayar ganti rugi RM850,000 kepada Anwar

KUALA LUMPUR 5 JUN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

grafik papagomoPada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Bernama

Categories
NASIONAL

Rafizi serah bukti Papagomo kepada Polis

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 15 APRIL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah hadir ke IPD Sentul semalam bagi memberikan keterangan dan menyerahkan bukti berhubung siasatan laporan polis beliau terhadap pengendali blog pro Umno, Papa Gomo iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 119 kerana memberikan keterangan palsu di mahkamah pada 27 Januari lalu.

grafik papagomo“Saya ke IPD Sentul semalam dan menyerahkan bukti termasuk jawapan Parlimen dan keratan akhbar.

“Selain itu turut diserahkan nota keterangan dan prosiding mahkamah dimana pengakuan beliau tidak pernah dijemput menaiki Scorpene,” katanya kepada media.

Sebelum ini Rafizi bersama N Surendran membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri kerana memberikan keterangan palsu ketika beliau menjawab soalan peguam, Latheefa Koya.

Ia berkenaan dakwaan kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.

Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, merupakah pengendali blog pro Umno yang tegar dan gemar menyerang peribadi musuh Umno dengan dakwaan fitnah berunsur seks.

Gara-gara fitnah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan tulisan dan gambar fitnah pada Mac tahun lalu tahun lalu.

Selain itu, Papa Gomo turut mendakwa Rafizi dipecat daripada Petronas namun Rafizi menafikan perkara bekenaan.

EZY

Categories
NASIONAL

Hishamuddin sahkan Wan Muhammad Azri adalah Papagomo

SHAH ALAM, 3 APRIL: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan kepada soalan lisan di Dewan Rakyat mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris menaiki kapal selam Scorpene, pada 9 Disember 2011.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata Individu itu bersama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

“Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa dia menaiki Scorpene atas jemputan menteri.

Rafizi1-179x300“Perkara ini disebar luas melalui blog Umno sendiri yang mengesahkan Papagomo berada di dalam Scorpene, bahkan gambar terbabit tersebar luas,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Wan Muhammad Azri Wan Deris sehingga kini menafikan bahawa dia adalah Papagomo.

“Maka jawapan Menteri Pertahanan mengesahkan Wan Muhammad Azri adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa dia berada di dalam kapal selam Scorpene.

“Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri,” katanya.

Rafizi berkata, Wan Muhammad Azri menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene ketika memberi keterangan terhadap kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Jawapan Menteri Pertahanan itu turut mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri berbohong kepada mahkamah dan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

Kesalahan itu boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan boleh ditahan (arrestable offence).

papagomo-scorpeneRafizi berkata, beliau dan N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo, pada 8 April ini.

“Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta-merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap dia.

“Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat daripada Petronas kerana pecah amanah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Papagomo patut bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf

SHAH ALAM 1 MAC: Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo dinasihatkan supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata walaupun mahkamah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakannya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

grafik papagomoMenurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

“Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Beliau berkata selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

“Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” kata Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi dipetik Keadilan Daily.

Nur-ManutyMuhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.

“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Fitnah Anwar, Papa Gomo diarah bayar RM800,000

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 28 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah Ketua Pembangkang itu.

Keputusan itu mendapat reaksi pantas di laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

grafik papagomoAntara lain, memetik komen pengguna Facebook, Fadhlina Sidek berkata hukuman yang dikenakan kepada Papa Gomo walaupun hampir mencecah RM 1 juta, ianya masih tidak dapat memadamkan dosa qazaf yang dilakukannya.

“Dalam kelas yang lepas, anak-anak murid terlopong mendengar impak dosa qazaf terhadap keesahan perkahwinan ketika kami memulakan kelas undang-undang keterangan Islam.

“Pernah kalian terfikir mengapa qazaf termasuk di bawah jenayah hudud,” katanya menerusi status di laman Facebook.

Selain itu, Twitter Anwar turut dihujani ucapan tahniah daripada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan juga pengikut yang lain.

“Orang fitnah selalu rugi dunia akhirat, tahniah atas kemenangan saman terhadap raja fitnah, Papa Gomo,” kata seorang pengikut, nukmannafiz.

“Papa Gomo boleh berkira-kira untuk tukar nama kepada ‘Papa Kedana’,” sindir seorang lagi pengikut, OhMaiKedah.

Pagi tadi, Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengarahkan Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri membayar RM 50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog berkenaan.

EZY

Categories
NASIONAL

Pengendali Laman Web Papagomo Didakwa Pengundi Hantu, Bekas Polis Rasuah

Papa Gomo

PETALING JAYA, 22 MAC : Individu yang mengandalikan laman Papagomo, blog yang terkenal sebagai anti-Pakatan Rakyat (PR) didakwa seorang bekas korporal anggota polis trafik yang telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan memeras ugut.

Siasatan PKR mendapati pengendali laman web itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris dijatuhkan hukuman pada 2012 kerana didapati bersalah memeras ugut seorang penagih dadah pada tahun 2004.

PKR juga mendakwa Wan Muhammad Azri adalah seorang pengundi hantu yang tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dan dalam masa sama, pengundi biasa di Parlimen Wangsa Maju.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, semakan parti itu di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Wan Muhammad Azri memiliki dua kad pengenalan.

Satu daripadanya adalah kad pengenalan polis ketika berkhidmat sebagai koperal polis trafik dan satu lagi kad pengenalan awam.

Rafizi-Deepak-01“Papagomo yang tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di IPD Ampang.

“Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama dan mendapati beliau juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa menggunakan kad pengenalan awam.

?Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Menurut Rafizi, oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan dalam sistem semakan daftar undi SPR, PKR kemudiannya menyemak alamat-alamat yang pernah digunakan Papagomo dalam dokumen rasmi.

Tegasnya, semakan tersebut mendapati Papagomo sememangnya menggunakan dua alamat berbeza secara seiringan di dalam dokumen rasmi bersabit penguam dan mahkamah iaitu di :

* Villa Danau Apartment, Taman Danau Kota (Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami)

* Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang (alamat kedua dalam Parlimen Ampang).

“Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi sebanyak dua kali.

“Kehadiran pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh SPR kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Katanya lagi, sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa badan itu sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang melalui daftar pengundi yang tidak bersih.

Papagomo adalah antara laman web pro-Umno yang terkenal dengan penyebaran bahan berita yang didakwa adalah fitnah terhadapap parti-parti PR.

Pada Mac 19, Ketua Umm PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM 100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana menyebarkan gambar lucah dengan tujuan memfitnahnya.

Anwar Saman Papagomo RM100 Juta – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 200322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 MAC 2013 :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan setelah beliau memohon maaf atas kenyataannya berhubung kes pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan saman fitnah terhadap blogger pro-Umno, Papagomo kerana menyebar gambar menyerupai Ketua Umum PKR itu di laman sosial pada 16 Mac lalu.

3. Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan segera mengenai siasatan agensi antarabangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

4. Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ.

Layari http://www.selangorkini.net