Projek Park n Ride gagal siap ikut tempoh

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming melahirkan kekesalan terhadap Kementerian Pengangkutan berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat (Park n Ride) di Stesen Komuter Serdang yang masih terbengkalai sehingga kini. Beliau yang melakukan tinjauan di kawasan itu, berkata projek berkenaan sepatutnya siap pada 2 Januari 2013, namun gagal dilaksanakan berikutan masalah aliran tunai dan kewangan yang dihadapi kontraktor dilantik. Katanya, kontraktor terbabit, Anjung Global Sdn Bhd tidak mempunyai kelayakan dalam sektor pembinaan bangunan kerana mereka hanya syarikat yang tertumpu kepada penyelenggaraan awam dan pembersihan umum. Pihak kementerian sebenarnya tidak menyatakan syarikat kontraktor yang dilantik, jadi saya terpaksa ambil inisiatif sendiri untuk semak siapa yang terbabit.

Categories
NASIONAL

Utusan didakwa kelirukan pembaca

utusanSHAH ALAM 17 SEPTEMBER : Akhbar Utusan Malaysia didakwa sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik dalam PRU-13 lepas, tegas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming,

Dr Kian Ming berkata, beliau tidak bersetuju dengan isi tulisan di muka surat 4 akhbar itu bertajuk “Penipuan pembangkang didedah – pemimpin DAP, PAS akui tidak wujud pengundi hantu mahupun gangguan bekalan elektrik.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara,” kata Dr Ong dalam kenyataan medianya.

Menurut Dr Kian Ming, artikel di Utusan Malaysia itu memetik katanya daripada FreeMalaysiaToday yang diterbitkan 15 September bertajuk ?DAP man concurs Pemantau?s findings of no foreign voters, blackouts.?

Dalam artikel Utusan ini, dipetik bahawa beliau berkata ? ?Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau).?

Dr Kian Ming berkata, artikel itu gagal memberi ruang kepada penjelasan penting dalam artikel bahawa komennya tentang pengundi asing terhad kepada Parlimen Serdang dan gangguan bekalan elektrik hanya Parlimen Bentong.

“Saya sedang menunggu bukti ataupun maklumat selanjutnya mengenai pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik yang mungkin didedahkan semasa Tribunal Rakyat dianjurkan Bersih bermula pada minggu ini.

“Ini merupakan satu lagi contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab yang sentiasa diamalkan oleh pihak Utusan Malaysia,” kata Dr Kian Ming