Categories
AGENDA NASIONAL

Parti dalam balai, seorang daripada anggota polis ditahan positif dadah

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seorang daripada empat anggota polis yang ditahan ketika berparti di sebuah balai polis di Kajang kelmarin didapati positif dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berkata keputusan itu diperoleh hasil ujian saringan awal yang dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Sementara yang lain negatif,” kata Datuk Azri Ahmad yang turut memaklumkan anggota berkenaan positif dadah jenis THC seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam dilaporkan, seorang ketua balai antara empat anggota polis yang ditahan kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang dekat sini dalam serbuan kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Azri yang mengesahkan serbuan itu berkata turut ditahan empat wanita tempatan.

Kesemua mereka berumur lingkungan 21 hingga 54 tahun ditahan untuk siasatan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Empat anggota polis yang terlibat turut berdepan tindakan tatatertib.

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 1


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 2


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 3


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 4


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

Categories
SELANGOR

MB: “Kalau berasas gambar sahaja, dah banyak parti saya masuk”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah mempertahankan kuasanya seterusnya menyertai Umno, baru-baru ini.

Abdul Khalid turut menafikan untuk menyertai PAS selepas penyebaran gambar pertemuannya dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali di laman Facebook.

“Sebelumnya, saya bergambar dengan Datuk Seri Najib dan lepas itu saya juga ambil gambar dengan Datuk Seri Anwar. Kemudian, saya bergambar dengan Datuk Seri Abdul Hadi, jadi kalau berasaskan gambar sahaja dah banyak parti saya masuk,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan insentif atlet SUKMA di Dewan Jubli Perak, di sini.

pic-tan-sri-khalid-tokoh-reformasiBeliau berkata, tindakan berbuka puasa dengan Najib adalah berlandaskan jemputan sahaja dan sebagai pemimpin negara adalah lebih baik beliau hadir ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah kerana masjid terbabit adalah yang kedua terbesar di Selangor.

“Itu tak ada sebab, yang sebenarnya Datuk Seri Najib ingin melawat Selangor tetapi oleh kerana kita rasa beliau sebagai pemimpin negara, maka kita menjemput beliau untuk datang ke masjid Tengku Ampuan Jemaah iaitu masjid kedua terbesar di Selangor.

“Oleh kerana ia masjid baru, jadi kita ingin meminta Najib untuk datang melawat kerana ada signifikannya,” katanya.

Abdul Khalid menjelaskan, masjid itu dipilih dalam lawatan Najib kerana Kerajaan Negeri memberi sumbangan RM11 juta untuk pembinaan masjid terbabit.

“Sultan Selangor dan keluarganya juga memberi sumbangan RM7 Juta dan Sime Darby RM5 juta.

anwar khalid kongres ke 9 PKR 01“Selain daripada itu, RM3 juta sumbangan daripada masyarakat Bukit Jelutong, jadi kita nak tunjukkan kepada Najib pembinaan masjid negeri juga disokong dan dibiayai bukan sahaja oleh Kerajaan Negeri tetapi syarikat dan orang ramai.

“Oleh sebab Najib hadir di ibu negeri Shah Alam dan di masjid utama negeri, aAda baiknya Menteri Besar bersama dengan beliau. Jadi, tujuan kita juga menghormati kehadirannya dan saya juga dapat pahala kerana berjemaah dengan rakan di sana,” katanya.

Baru-baru ini, kehadiran Abdul Khalid di majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor mencetuskan kejutan ramai, apatah lagi ketika beliau sedang berdepan dengan gerakan untuk menyingkirkannya daripada jawatan itu.

-NFN-