Categories
NASIONAL

KATS nafi beri kelulusan AP eksport pasir secara terus

OLH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menafikan memberi kelulusan untuk mengeksport pasir kepada empat syarikat secara rundingan terus.

Sebaliknya, kementerian itu dalam kenyataan berkata, mereka memperoehi kebenaran selepas melepasi semua syarat ditetapkan.

Katanya, isu rundingan terus dalam soal kelulusan lesen eksport (AP) pasir juga tidak berbangkit kerana syarikat terbabit memperoleh kelulusan daripada Kerajaan Negeri sebelum permohonan dipertimbangkan kementerian.

“Bagi pengeksportan bahan seperti pasir yang tersenarai dalam Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, lesen eksport (AP) perlu diperolehi terlebih dahulu daripada KATS dan permohonan akan dipertimbangkan mengikut prosedur ditetapkan.

“Sebelum pertimbangan dan kelulusan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli diberi, syarikat berkenaan perlu terlebih dahulu memenuhi syarat ditetapkan dan memperolehi kelulusan daripada Kerajaan Negeri di mana sumber pasir itu diperolehi.

“Mana-mana syarikat boleh mengemukakan permohonan untuk mengeksport pasir jika mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Portal berita Sabahkini2.com dalam berita bertajuk ‘Menteri Luluskan AP Eksport Pasir Secara Rundingan Terus Kepada 4 Syarikat Kroni’ yang disiarkan semalam turut memaparkan gambar sekeping surat ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Gerald Sundaraj, menggunakan kepala surat Menteri.

Dalam perkara sama, KATS memandang serius penyiaran dan penularan dokumen rasmi dalaman serta akan mengadakan siasatan dalaman bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, pada masa hadapan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hasil pasir melonjak mencecah RM118 juta

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 NOV: Hasil diperolehi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melonjak dari RM4.8 juta pada 2008 kepada lebih RM100 juta, di bawah pentabiran PAKATAN.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia hasil pentadbiran dan pengurusan yang dilaksanakan secara terbuka juga telus.

Katanya, hasil diperolehi pada 2009 melonjak kepada RM31 juta, 2014 dengan RM118 juta, 2015 (RM114.7 juta), 2016 (RM82.8 juta) dan hasil dikutip RM79.4 juta, setakat
September lalu.

“KSSB juga merancang untuk meningkatkan produktiviti bagi membantu industri menaikkan gaji minima pekerja lapangan, membantu kontraktor secara teknikal dan memasuki pasaran lebih besar.

“Perancangan lain termasuk membantu pelaksanaan sistem efisien di pejabat tanah, tambah baik sistem sedia ada bagi memastikan tiada ketirisan hasil dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Selangor yang terbabit dengan industri perlombongan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berhubung hasil KSSB mengikut tahun dan saluran hasil dibelanjakan.

Mohamed Azmin yang juga ADN Bukit Antarabangsa berkata, hasil KSSB turut dibelanja bagi tujuan lain selain perbelanjaan operasi syarikat.

Katanya, antaranya pembayaran dividen kepada pemegang saham iaitu Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM62.4 juta, bagi 2008 hingga 2017.

“Bayaran lain, royalti kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor RM110juta dari 2008 hingga 2017 dan pembayaran ‘tribute’ kepada tuan tanah bagi tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) RM28.3 juta, dari 2008 hingga 2017.

“Hasil turut disumbang kepada Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada program antaranya Football Association Selangor (FAS), Tabung Pendidikan Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat, majlis sambutan perayaan dan lain-lain, dari 2008 hingga 2017, berjumlah RM31.5 juta,” katanya.

Perbelanjaan lain termasuk kerja pengorekan dan pembinaan Projek Horas 600, kerja pengorekan dan pembinaan kolam Abbas dan penyelenggaraan sungai dan muka sauk, di seluruh Selangor,” katanya.

Categories
SELANGOR

Hasil pasir RM103 juta sepanjang tujuh tahun

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 APR: Selangor menerima sejumlah RM103 juta pendapatan hasil industri pasir bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kutipan royalti pada 2008 hanya RM7.1 juta setahun, namun meningkat kepada RM24 juta pada 2015.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Perak bagi memastikan pengeluaran pasir di negeri ini lebih terkawal dan tidak berlaku pemindahan batuan dari negeri lain secara menyeludup atau aktiviti tak dibenarkan.

CURI PASIR“Setakat ini, pengeluaran pasir Selangor memenuhi permintaan industri yang rancak di sekeliling,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Klang, Saari Sungib berhubung saingan pasir negeri lain.

Terdahulu, ADN Tanjung Sepat, Haslin Hassan turut bertanyakan jumlah syarikat bertanggungjawab mengeluarkan pasir di Selangor.

Mohamed Azmin berkata, terdapat lima syarikat berlesen dan aktif mengeluarkan pasir sementara perlombongan pasir pula dilaksanakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sahaja.

DNS 2016“Untuk memberikan kelonggaran, pemilik tanah berkeluasan 20 ekar juga dibenarkan memohon terus kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk melombong pasir, apabila dahulu, mereka perlu membuat permohonan kepada KSSB.

“Namun, sehingga kini hanya ada dua permohonan dengan satunya ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

“Manakala, satu lagi bersetuju menyerahkan usaha perlombongan kepada KSSB,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: MBI, Kumpulan Hartanah Selangor teliti pasir HORASS 3000

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 APR: Pasir di kawasan projek HORASS 3000 diteliti bagi memenuhi keperluan industri dan meningkatkan pendapatan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kini membincangkan usaha sesuai berhubung perkara berkenaan.

“Memang ada usaha itu memandangkan permintaan pasir tinggi bagi memenuhi pertumbuhan industri dan pembangunan di Selangor.

curi pasir“Sumber pasir tempatan hanya dapat memenuhi 60 peratus sahaja sementara 40 pertaus lagi terpaksa diimport,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), pagi ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan berhubung import pasir di Selangor dan usaha memanfaatkan sumber itu di tapak projek HORASS 3000.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata,import pasir dari luar Selangor perlu memenuhi syarat tertentu.

curi pasir 2“Pengimport pasir perlu bayar royalti dan permit eksport serta kelulusan bertulis dari negeri berkenaan sebelum dieksport.

“Bermula hujung tahun 2014, permohonan permit pemindahan bahan batuan pasir kepada pentadbiran tanah perlu dibuat melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),” katanya.

Sebelum ini, tuan tanah boleh memohon secara terus kepada pejabat daerah dan tidak perlu melalui KSSB.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Kecurian pasir, pemilik tanah berhadapan tanah dirampas

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 1 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran keras kepada pemilik tanah supaya tidak membenarkan sebarang aktiviti kecurian pasir berlaku di mana-mana kawasan negeri itu.

Beliau berkata sekiranya berlaku, Kerajaan Negeri akan memberikan notis rampasan tanah kepada pemilik.

Curi Pasir-GrafikKatanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada pejabat daerah akan tindakan rampasan itu dilakukan.

“Diingatkan kepada pemilik tanah, sekiranya berlaku pencerobohan atau kegiatan curi pasir atas tanah persendirian, pejabat daerah akan memberi notis rampasan tanah.

“Jadi, pemilik tanah perlu memastikan tanah mereka tidak diceroboh jika tidak mereka akan hilang tanah,” katanya dalam sidang media, di Dewan Jubli Perak, selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.

Selain itu, Abdul Khalid turut menafikan dakwaan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak berperanan sewajarnya bagi menangani isu itu.

MBSebaliknya, beliau berkata pegawai daerah dan pihak KSSB sudah menjalankan tugas dan peranan dengan baik.

“Pegawai daerah dan pihak KSSB melakukan tugas dengan baik dan akan terus menjalankan tanggungjawab beberapa tindakan ke atas kes kecurian pasir,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius masalah itu dan mengenakan tindakan sewajarnya seperti sebelum ini.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Orang ramai digalak lapor kejadian curi pasir

Oleh: Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 18 DIS: Orang ramai digalakkan segera membuat laporan kepada Kerajaan Negeri sekiranya mendapati berlaku kejadian curi pasir di kawasan mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada sindiket terbabit.

mb airBeliau turut menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras dan menyiasat kegiatan ini.

“SPRM bersama pejabat tanah mengambil inisiatif untuk menangkap dan membawa pesalah ini ke mahkamah atas kesalahan (curi pasir) yang dilakukan.

“Kerajaan Negeri menyokong usaha tersebut dan menggalakkan rakyat untuk membuat laporan sekiranya berlaku kecurian pasir di kawasan mereka,” katanya berhubung kejadian curi pasir di Sungai Long, Hulu Langat dan ladang kelapa sawit di Bandar Sunway Semenyih, baru-baru ini.

Kegiatan itu didakwa berlarutan sejak dua tahun lalu di mana sindiket terlibat dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga RM12 juta.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perlantikan Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sesi 2014, Abdul Khalid berkata senarai nama yang dipilih akan diumumkan pada Januari depan.

“Pada bulan depan kita akan umumkan senarai nama yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis yang akan memulakan tugas pada Februari 2014,” katanya.

-EZY