Categories
SELANGOR

Banjir: Selangor peruntuk RM40,000 bantu Sarawak

Oleh: SHUAIB AYOB

KUCHING, 27 FEB: Sesuai dengan jolokan negeri prihatin, Kerajaan Selangor meluluskan RM40,000 bagi membantu mangsa banjir di beberapa daerah di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir kepada SelangorKini yang turut menyertai misi bantuan banjir.

en hamzah pengerusi pantasHamzah berkata, skuad PANTAS sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan sejak Rabu lalu dan menghulurkan bantuan kepada manga banjir di beberapa lokasi di Kuching.

“Minggu lalu kita lihat paras air cukup tinggi ekoran kediaman penduduk kebanyakannya berhampiran kawasan sungai.

“Kami turut menjalankan tinjauan untuk mengetahui keperluan penduduk melalui peruntukan yang diluluskan Exco Kebajikan Selangor,” katanya.

Antara kawasan yang dilawati adalah Dewan Masyarakat Serian, Kampung Munggu Limo, Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Hulu Serian dan Kampung Tebakang Bidayuh.

CP2A8965Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Haji Loloq, berkata pihaknya berdukacita atas insiden terbabit, namun redha atas ketentutan Ilahi.

“Kami merasa dukacita, namun masalah banjir memang kerap berlaku di kawasan ini.

“Bagaimanapun, kami amat berterima kasih atas bantuan diberikan Kerajaan Selangor yang kerap menghulurkan sumbangan jika berlaku musibah,” katanya.

-AA-