Categories
SELANGOR

MB arah Pejabat Daerah Petaling cari tapak alternatif PAWS

SHAH ALAM 20 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk mencari tapak alternatif bagi Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS) yang sebelum ini diberikan notis berpindah 14 hari.

“”Saya telah memanggil pegawai daerah dan menjelaskan, dan memerintahkan mencari tempat alternatif untuk rumah perlindungan haiwan itu,” katanya dipetik The Malay Mail, hari ini.

paws1Mohamed Azmin menjelaskan tanah yang diduduki pusat jagaan haiwan itu akan digunakan dalam sebahagian pembangunan negeri dan Projek Transit Aliran Ringan.

Terdahulu, PAWS dibenar meneruskan operasi mereka di kawasan sedia ada sehingga kajian penempatan semula pusat itu selesai dijalankan Kerajaan Negeri.

Pengurus PAWS, Edward Lim berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara pihak beliau bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Bagaimanapun, jelas Edward, PAWS sendiri sendiri tidak dapat memastikan sama ada tanah itu milik kerajaan atau sebaliknya.

Hal itu berikutan Sime Darby pernah memaklumkan kepada PAWS mahu mengambil semula tanah terbabit, dua tahun lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

PAWS dibenar beroperasi, Kerajaan Negeri kaji penempatan semula

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 NOV: Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS) dibenar meneruskan operasi mereka di kawasan sedia ada sehingga kajian penempatan semula pusat itu selesai dijalankan Kerajaan Negeri.

Pengurus PAWS, Edward Lim berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara pihak beliau bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, semalam.

“Kami dah hantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan mereka mengambil perhatian isu ini.

paws“Sementara keputusan baru dibuat, Kerajaan Negeri membenarkan kami meneruskan operasi di tempat sekarang,” kata Edward ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Bagaimanapun, jelas beliau, Kerajaan Negeri tidak memberikan tempoh tertentu bagi menyelesaikan isu terbabit.

Terdahulu, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling menyerahkan notis kepada PAWS kerana didakwa menduduki secara tidak sah.

Bagaimanapun, jelas Edward, PAWS sendiri sendiri tidak dapat memastikan sama ada tanah itu milik kerajaan atau sebaliknya.

Hal itu berikutan Sime Darby pernah memaklumkan kepada PAWS mahu mengambil semula tanah terbabit, dua tahun lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri cari penyelesaian terbaik status tanah PAWS

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan berbincang bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung status tanah yang diduduki Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS).

Menurutnya, satu pertemuan khas bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling akan dilakukan esok, pada jam 2.30 petang yang turut akan melibatkan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan PAWS sendiri.

paws“Kita perlu berbincang dengan pihak berkuasa.Buat masa ini, berikan kami (Kerajaan Negeri) peluang untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian,” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus PAWS, Edward Lim memaklumkan pihaknya terkejut apabila menerima notis kesalahan pendudukan secara tidak sah daripada Bahagian Tanah Daerah Petaling dan diarahkan berpindah, pada 10 November lalu.

Katanya, PAWS sudah menduduki tanah berkenaan sejak 28 tahun lalu dan pihaknya sehingga kini belum pasti sama ada ia berkenaan adalah milik kerajaan atau sebaliknya.

paws1“Dua tahun lalu, kami ada perbincangan dengan Sime Darby, yang mana mereka mahu mengambil semula tanah itu dan kami beritahu tiada tanah untuk pindah.

“Sime Darby beritahu mereka akan cuba untuk mencari tanah daripada kerajaan tetapi sehingga hari in tidak ada sebarang makluman,” katanya kepada Selangor Kini.

Secara keseluruhan dianggarkan 280 ekor kucing dan 260 ekor anjing yang ditempatkan di Pusat Penjagaan PAWS.

-NFN-