Categories
NASIONAL

Siapa kata semua pekerja Bangladesh rajin?

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 FEB: Lambakan pekerja asing yang sedia ada cukup membuatkan rakyat Malaysia marah, apatah lagi kemasukan pekerja asing yang baru sebanyak 1.5 juta.

Sudah pasti peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia, semakin berkurangan.

Mohd Faizal Zulkifly dari Sungai Buloh mempersoalkan kerajinan pekerja Bangladesh yang sering dipuji.

bangladesh“Siapa kata pekerja Bangla rajin, tak memilih kerja, kerja kuat? Ni nak cerita sikit pengalaman tauke ladang sawit yang aku jumpa sepanjang kerja bidang ini.

“Pekerja Bangla memang boleh buat kerja, tapi Bangla adalah paling pemalas nak kerja. Selagi tak kena maki hamun, jerit pekik, selagi tula tak buat kerja. Orang suruh potong buah masak, dia potong buah muda. ‘Loose fruit’ tak nak kutip,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Malah, katanya, mereka juga terlalu berkira dan memilih untuk tidak melalukan kerja jika menyukarkan mereka.

“Kalau pokok sawit tinggi sikit, mereka tak nak potong buah. Susah katanya. Walaupun kena bambu macam lembu, diorang buat tak tahu. Lepas tu suka curi tulang, duk melepak ramai-ramai bila mandur tiada.

“Berbeza dengan pekerja Indonesia. Indonesia ni mereka kata kalau Bangla tak nak potong buah pokok tinggi mereka sanggup asalkan tambah upah sikit. Ok lah dari langsung tak nak. Lepas tu, pekerja Indon ini kederat kuat (tenaga),” katanya.

komen pekerja banglaBeliau juga mempersoalkan diskriminasi berlaku antara pekerja asing dan tempatan dalam soal makanan di tempat kerja.

“Aku tanya orang kita, kenapa asing-asing?. Mereka kata yang Bangla tu makanan percuma, kami kena bayar. Aku tanya gaji lain ke? Mereka kata sama je kilang bayar Bangla dengan warga Malaysia.

“Habis kenapa Bangla makan percuma? potong gaji ke? Mereka kata tidak, memang dalam pakej. Kenapa perlu ‘double standard’?,” tulisnya.

Beliau turut mempersoalkan gaji minimum pekerja tempatan iaitu sebanyak RM 900 namun terpaksa menangung kos yang semakin tinggi.

“Makan sendiri, rumah sendiri, pengangkutan sendiri, lepas itu nak sembang kata belia Malaysia tidak mahu kerja susah dan kotor? Pergi la tengok sektor-sektor kritikal macam ‘Oil and Gas’ atau ‘Shipping’.

“Boleh je orang kita kerja bahaya dan kotor. Kerja welding dalam laut dalam yang bahaya. Kerja ‘technician’ enjin kapal yang panas nak mati. Pasal apa? Gaji bayar cantik, makan pakai semua cukup,” tulisnya.

EZY