Categories
AGENDA JENAYAH

Polis buru pelumba kereta di lebuh raya, hukuman berat dikenakan

SHAH ALAM, 30 JAN: Polis akan menyita kenderaan terbabit dengan kegiatan lumba haram termasuk di lebuh raya untuk tempoh panjang serta mengenakan saman maksimum kepada pemandu.

Ketua penolong pengarah penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata aktiviti berlumba di lebuh raya mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna lain.

“Kita akan buat tindakan susulan untuk mengesan lokasi serta pelakunya. Setiap perbuatan melanggar undang-undang pasti akan menerima padah dan kesannya.

“Tindakan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama akan dikenakan terhadap pelaku selain saman dengan kadar maksimum bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang,” kata Superitendan Dr Bakri Zainal Abidin

Beliau berkata penguatkuasaan dan pemantauan akan ditingkatkan bagi menangani kegiatan semakin berleluasa di negara ini.

Menurutnya, sekatan jalan raya akan dijalankan di kawasan berisiko tinggi bagi memberi kesedaran kepada pelumba haram supaya berfikir dua kali sebelum melakukan aktiviti berkenaan.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Hukuman lebih berat pemandu bawah pengaruh alkohol, dadah

PUTRAJAYA, 29 JAN: Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk polis, peguam negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

“Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO,” katanya dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya di sini hari ini.

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Loke berkata Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain.

“Kita ada undang-undang sendiri, tidak semestinya perlu ikut undang-undang negara lain.

“Itu yang kita akan bincang berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan tapi apakah jenis hukuman itu, perlu kita dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak,” katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Nie Ching : Kelewatan Laporan Audit bagi Belanjawan 2013 Negara Timbulkan Keraguan

KUALA LUMPUR, 11 OKT: MP Serdang, Teo Nie Ching mendakwa alasan Kerajaan Pusat untuk tidak membentangkan laporan Audit Negara 2013 tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

Ini kerana laporan audit tersebut penting untuk memastikan wang yang diperuntukkan dalam bajet bijak dibelanjakan, kata Nie Ching.

“Laporan Audit Negara diperlukan bagi mengenal pasti perkara-perkara yang tidak diperlukan dan memerlukan pembaikian.

Supaya rakyat dapat menikmati manfaat yang lebih baik daripada peningkatan yang dibuat melalui laporan itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan pusat telah menangguhkan pembentangan laporan audit tahun ini bagi memberi lebih perhatian kepada perbahasan Belanjawan Negara 2013.

Jelas Nie Ching, kenyataan Nazri juga disahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang mendedahkan bahawa beliau diminta untuk melambatkan laporan bagi membolehkan lebih banyak masa bagi perbahasan Belanjawan Negara.

Nie Ching mendakwa kelewatan laporan Audit Negara juga bertentangan dengan sasaran khusus Unit Pengurusan Prestasi dan menyampaian(PEMANDU) dalam fasa kedua Pelan Transformasi Kerajaan(GTP 2.0).

Menurut laman web PEMANDU, Laporan Audit Negara akan diubah supaya laporan itu dibentangkan tiga kali setahun, sekali gus membolehkan prosesnya lebih cepat dan berkesan dan tindakan segera boleh diambil.

“Ianya sesuatu yang memalukan kerana sehingga hari ini, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan di parlimen lagi,” katanya.

Categories
NASIONAL

Tangani Kebimbangan Sebenar Jenayah, Saran Dr Wan Azizah

PETALING JAYA 13 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menangani kebimbangan sebenar berhubung ke mana hilangnya 71 peratus kos mengurus persepsi awam hasil dari peruntukan Program Tranformasi Kerajaan(GTP).

Perkara ini disaran oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil membidas kenyataan yang mengelirukan seperti yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Sebelum ini Pengarah Pencegahan Jenayah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) PEMANDU, Eugene Teh Yee mengatakan hanya 0.75 peratus daripada dana GTP dibelanjakan untuk aktiviti ini.

“Jawapan PEMANDU adalah salah, dengan menonjolkan angka 0.75 peratus tanpa mendedahkan perbelanjaan penuh, menjalankan ‘nitpicking’ dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar,”ujar Dr Wan Azizah.

Wan Azizah menambah PEMANDU jelas memilih untuk menyerlahkan perkara ini dalam kes perhubungan awam dan bukannya menangani masalah sebenar.

Selasa lalu, Dr Wan Azizah mempertikai kerajaan kerana membelanjakan RM170 juta dengan cara salah hanya untuk membetulkan persepsi orang awam terhadap polis.

Tambahnya, perbelanjaan daripada belanjawan NKRA tahun 2012 adalah untuk mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

“Jika PEMANDU mahu ‘nitpick’ pada istilah perhubungan awam, sudah tentu matlamat meningkatkan kepuasan awam terhadap polis harus jatuh dibawah definisi mereka sendiri.

“Belanjawan yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat itu ialah RM27 juta yang merupakan 11.25 peratus daripada belanjawan pengurusan NKRA,”jelas Dr Wan Azizah.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini beliau mengingatkan kepimpinan Perdana Menteri bahawa rakyat menuntut tindakan ke atas jenayah dan bukannya pengurusan persepsi.

“Malah bekas KPN(Tan Sri Musa Hassan) pernah berkata bahawa kepimpinan Najib menyembunyikan fakta daripada pengetahuan orang ramai berhubung kadar jenayah di negara ini sebaliknya menyatakan keselamatan awam kini mencapai peringkat yang membimbangkan,”katanya.