FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 2


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 3


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 4


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

Categories
SELANGOR

Pertama kali dalam sejarah, DNS tak ada Ketua Pembangkang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 12 MAC: Persidangan Penggal Ke-3, Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 bakal berlangsung tanpa Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN).

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, perkara itu disahkan BN Selangor sendiri melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat beliau, baru-baru ini.

DNS wide 01“Pihak saya menghantar surat meminta satu nama untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang DNS. BN Selangor membalas surat itu dengan menyatakan mereka tidak berhasrat untuk menamakan Ketua Pembangkang pada masa ini,” katanya ketika ditanya Selangor Kini berhubung isu terbabit.

Beliau berkata, bagaimanapun BN Selangor tidak menyatakan sebarang alasan berhubung penolakan perlantikan jawatan itu.

“Mungkin juga disebabkan mereka enggan kerana Ketua Pembangkang akan secara automatik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

hannah“Ini pertama kali dalam sejarah DNS tidak mempunyai Ketua Pembangkang. Dulu, ketika DAP mempunyai dua orang sahaja ADUN pun tetap ada Ketua Pembangkang iaitu Datuk Theng Chang Khim,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan Datuk Shamsudin Lias di dalam dewan dikekalkan disebabkan beliau adalah Adun pembangkang paling kanan walaupun BN Selangor tidak melantik Ketua Pembangkang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

100 HARI: Pentadbiran baharu rai Adun Pembangkang

Oleh:  LIZAWATI MADFA

BAGI Adun Kota Damansara dari BN, Halimaton Saadiah Bohan, pentadbiran Kerajaan Negeri kini sanggup menjemput pembangkang Selangor untuk turut sama dalam program.

“Kalau dibandingkan memang dulu setahu saya tiada jemputan untuk turut hadir ke program Menteri Besar.

“Namun kini, keadaan itu sedikit berbeza apabila kami dijemput bersama-sama memeriahkan seperti dalam program turun padang dan terjah.

halimaton“Ini beri peluang kepada kami untuk sama-sama terlibat dalam memperjuang kepentingan rakyat. Langkah itu lebih mesra pembangkang berbanding dahulu,” kata wakil rakyat Umno itu.

Halimaton mengakui penampilan dan ketokohan Mohamed Azmin pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini lebih menyakinkan.

“Ada perbezaanya apabila Mohamed Azmin boleh menjawab soalan dan tangani isu diaju dengan berkeyakinan. Tetapi, kita perlu lihat bagaimana pula pelaksanaannya kelak.

“Kerana akhirnya orang tidak mahu mendengar kata-kata sahaja, tetapi tindakan yang membawa kepada manfaat keseluruhannya,” katanya.

Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak turut memuji usaha terjah dan turun padang yang dipraktik Mohamed Azmin dalam mendekati dan menyelesaikan isu rakyat.

sulaiman abdul razak“Kita alu-alukan strategi yang membolehkan beliau selaku pemimpin tertinggi negeri turun, terjah dan teliti sendiri kehidupan rakyat.

“Usaha seperti itu membolehkan agensi terbabit bekerja dengan lebih tekun dan efektif menangani isu berbangkit.

“Bagaimanapun, program turun padang dan terjah perlu diperluas lagi ke banyak lapangan dan kawasan lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui kemurahan hati Mohamed Azmin memberi peruntukan sehingga RM200,000 kepada Adun pembangkang walaupun timbul isu ‘keikhlasan’ berhubung hal itu.

Mengenepi soal keikhlasan yang dianggap sukar dinilai dan ditafsir, Sulaiman berkata sekurang-kurangnya usaha berkenaan suatu permulaan baik kepada kematangan pentadbiran negeri.

Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang tidak pernah diberi peruntukan Belanjawan negeri.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Begitu juga dengan peluang diberi kepada wakil rakyat daripada pembangkang untuk dimuat di akhbar rasmi Selangor Kini.

“Dahulu, tidak ada peluang sedemikian sedangkan dana disalur menggunakan duit rakyat yang pelbagai aliran dan fahaman politik.

“Saya harap ia berkekalan, malah turut memberi laporan seimbang dan bukan sekadar laporan  semata-mata tetapi juga kritikan dan teguran kepada pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ini bukan sesuatu yang bermotif politik tetapi ketelusan maklumat dan kebebasan media sepertimana diperuntuk enakmen negeri,” katanya.

Mohamed Azmin sebelum menyatakan kesungguhannya untuk mengangkat tradisi Bugis ‘amaradekangeng’ sebagai ilham untuk merai pembangkang dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Categories
SELANGOR

Pembangkang puji keterbukaan laporan Selangor Kini

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Keterbukaan Selangor Kini  dalam menyampaikan laporan dan memaparkan berita secara telus dari pembangkang, dipuji Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Katanya, sebagai sebuah akhbar rasmi  selayaknya Selangor Kini memainkan peranan tanpa berat sebelah kepada semua pihak kerana operasi media negeri itu dijana melalui wang rakyat.

“Penerbitan Selangor Kini guna duit rakyat, jadi wajar semua wakil rakyat mendapat tempat, ruang dan peluang di dalam akhbar ini. Bukan hanya untuk ADUN kerajaan (Pakatan Rakyat) sahaja.

IMG_6421“Satu usaha yang wajar dan dipuji, sikap terbuka ini dialu-alukan dan wajar dilakukan sejak dahulu,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Lobi Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Tambahnya, pendekatan seperti itu seharusnya dilakukan sejak awal penerbitan Selangor Kini dan berharap usaha positif berkenaan berpanjangan supaya memberi manfaat kepada rakyat yang membacanya.

“Saya harap, ruang untuk ADUN pembangkang tidak hanya tertumpu kepada isu kontroversi yang sensasi sahaja, sebaliknya untuk ruang kritikan dan juga isu yang membina untuk disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Cover Selangorkini Disember 1 2014Akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini di bawah Pakatan Rakyat mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno-BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Selangor Kini diterbitkan bagi menyampaikan dasar dan program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencerahan kepada rakyat.

Berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan, Selangor Kini tidak memaparkan berita satu pihak sahaja sebaliknya turut memberi liputan kepada pembangkang yang selalu mengkritik Kerajaan Negeri.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri berniat baik agih peruntukan RM200,000 kepada pembangkang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukan RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang adalah berniat baik dan adil.

“Mereka akan menguruskan RM200,000, sementara penyelaras DUN pula uruskan RM500,000 menjadikan jumlah diterima rakyat adalah RM700,000 iaitu jumlah sama di setiap DUN.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Mereka patut bersyukur dan berterima kasih kerana ini adalah langkah baik mengiktiraf pembangkang,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, Mohamed Azmin mengumumkan pembangkang bakal menerima peruntukan RM200,000 setahun.

Mohamed Azmin berkata, peruntukan itu turut diagihkan kepada DUN Pelabuhan Klang yang diwakili mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya wakil rakyat bebas di negeri itu..

Namun, pengumuman Mohamed Azmin itu tidak diterima ADUN pembangkang apabila semua mereka menolak peruntukan terbabit, pada 25 November lalu.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor dicabar untuk keluar Umno jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan melalui tender terbuka.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR) berkata, langkah itu perlu dilakukan sebagai bukti ADUN Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat soal kos projek berkenaan.

Katanya, wakil rakyat BN Selangor juga perlu menunjukkan ketegasan kepada Kerajaan Pusat berhubung pendirian berhubung kos terbuka.

04“Sungai Burong (BN-Datuk Shamsudin Lias) dan Permatang (BN-Sulaiman Abdul Razak) berhujah ingin jadi juara kos, kali pertama Umno ambil berat pasal kos.

“Tetapi apakah mereka berani beritahu Kerajaan Pusat supaya sesiapa yang dianugerahkan tender untuk Langat 2 perlu melalui tender terbuka.

“Berani bagi jaminan, kalau tidak buat macamana? Ingin keluar Umno,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul yang dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berhubung pelaksanaan projek Langat 2.

Pada masa sama, Azmin turut mendesak wakil Umno supaya menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak mengaklasifikasikan perjanjian projek Langat 2 di bawah Akta Rahsia Rasmi.

pembangkang kosong 01“Harap Ketua Pembangkang dapat desak Kerajaan Pusat jangan sorok tetapi bersikap terbuka dan telus serta tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Ini hak setiap rakyat Selangor untuk tahu tender, kos dan segala butiran untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan keterlaluan pada masa hadapan.

“Perlu ditegaskan, kami tidak menolak pembangunan tetapi mahu manfaatnya dibuat memberi kebaikan kepada rakyat, bukan kroni,” katanya.

-NFN-