Categories
SELANGOR

MPK berjaya tangkap 411 tikus

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 OKT: Sikap pemilik premis yang mengabaikan aspek kebersihan dan gemar meninggalkan sisa makanan dalam kebuk sampah dikenal pasti penyumbang kepada punca pembiakan tikus di sekitar Klang.

Ketua Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, berkata sebanyak 411 ekor tikus ditangkap sepanjang Januari hingga September tahun ini dengan menggunakan kaedah perangkap tikus dan pelekat di lokasi dikenalpasti.

Norfiza-Mahfiz-(MPK)“Operasi diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan isu berkaitan tikus dapat ditangani bagi mengelak masalah kesihatan yang dibawa oleh haiwan berkenaan.

“Kawasan kebuk sering menjadi sasaran tikus untuk dapatkan makanan dan lama kelamaan akan menjadi tempat pembiakan dalam jumlah yang besar,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata, ‘scupper drain (parit erong) dan longkang lama juga antara lokasi sasaran dan pembiakan mahluk perosak itu.

Katanya, beberapa lokasi dikenalpasti mencatatkan jumlah tikus yang tinggi antaranya Bandar Baru Klang, Bandar Bukit Tinggi dan Pusat Bandar Klang Utara (kawasan Centrepoint).