Oleh: NAZLI IBRAHIM
PANDAN, 5 OKT: Peruntukan skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DanaSel) dijangka ditingkatkan kepada RM20 juta pada Belanjawan Selangor 2016.
Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata langkah ini diambil bagi membantu membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan yang gagal mendapat pinjaman bank.
“Kita beri fokus kepada mereka nak beli rumah tetapi tidak dapat pinjaman. kita akan teruskan penambahbaikan dengan mengandakan peruntukan skim DanaSel ini.
“Peruntukan sebelum ini ditambah sekali ganda hingga RM20 juta. Kita berusaha memuktamadkan angka ini sebelum Belanjawan 2016 dibentangkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini pada Sambutan Pesta Tanglung peringkat DUN Chempaka di Pandan Jaya di sini, malam tadi.
Iskandar menambah, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) bagi membantu mereka yang tidak mempunyai wang pendahuluan membeli rumah.
Iskandar turut menjangkakan peruntukan bagi portfolio perumahan dalam Belanjawan 2016 nanti bertambah berbanding 2015.
-NR-