‘Hantu’ dikesan, Rafizi bimbang JPN beri IC palsu

Kerjasama penduduk dan semakan Pakatan Rakyat mendapati kewujudan pengundi ragu ‘menginap’ di kediaman pengundi tulen. Soalnya bagaimana pengundi ragu menghasilkan kad pengenalan sah untuk mendaftar di tempat yang tidak sepatutnya?

Categories
NASIONAL

Penganalisa: Sistem pemilihan umno tidak cerminkan suara akar umbi

Prof Datuk Mohamad Abu BakarSHAH ALAM,  15 OKT: Sistem pemilihan “satu bahagian satu undi” yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.

Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.

Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.

“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.

“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khary Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.

Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain.

Categories
NASIONAL

Mukadimah PRU-13 : Anwar Cabar Najib Debat – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 04042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat menyentuh dasar parti masing-masing supaya rakyat boleh menilai dan membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum ke13 ini.

2. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali meminta rakyat untuk menggunakan kuasa undi mereka sebaik-baiknya bagi merancakkan lagi arus perubahan di negara ini.

3. Apa kata rakyat mengenai pengundi hantu?

Projek Pendemokrasian anjuran Kerajaan Selangor, mendapati sekurang-kurangnya hampir 135 ribu pengundi meragukan dikesan menjalar diserata Selangor.

Namun, sehingga kini SPR masih belum membersihkan daftar pengundi yang meragukan ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

“Tingkat Hantu” Di Pangsapuri Kuala Langat

 

KUALA LANGAT, 22 JUN 2012 : Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi. Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat.

Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang.

Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan.

Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah ?Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda? di Teluk Panglima Garang di sini semalam.

Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman. 

“Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza,? kata Dr Yunus.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor.

Pada 13, Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi.

Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program ?Selangorku Bersih?.

“‘Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan.

?Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.