Categories
EXCO SELANGOR

PKNS sasar jual 851 unit rumah tahun depan

SHAH ALAM, 16 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai jualan hartanah hampir RM500 juta tahun hadapan.

Ketua pegawai operasinya, Suhaimi Kasdon berkata jumlah berkenaan membabitkan jualan 851 unit rumah pelbagai jenis di tiga wilayah.

“Semua wilayah mempunyai bilangan berbeza dengan tertinggi adalah di wilayah tengah dengan 481 unit bernilai RM230 juta.

“Wilayah selatan mempunyai 250 unit kediaman membabitkan RM167.5 juta manakala utara sebanyak 120 unit bernilai RM100 juta,” katanya pada sidang media promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 di Ibu Pejabat PKNS hari ini.

Sepanjang tahun ini PKNS sasar nilai jualan melebihi RM643 juta. Setakat ini 99.3 peratus membabitkan nilai lebih RM638 juta telah dicapai.

Categories
AGENSI SELANGOR

PKNS sasar jual tujuh unit hartanah Antara Gapi dalam kempen 48 Jam Mesti Beli

HULU SELANGOR, 26 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan tujuh unit hartanahnya dengan nilai kira-kira RM5 juta di Antara Gapi, Serendah, mampu terjual menerusi kempen ’48 Jam Mesti Beli’ yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi PKNS Siti Zubaidah Abd Jabar berkata menerusi kempen itu, perbadanan berkenaan turut menawarkan diskaun kepada pembeli hartanahnya sehingga 20 peratus bagi unit terpilih.

“Promosi istimewa selama dua hari ini merupakan siri keenam kempen ’48 Jam Mesti Beli’ dengan tawaran istimewa kepada mereka yang berhasrat untuk membeli hartanah di sini.

“Kempen 48 jam sebelum ini diadakan pada 31 Ogos sempena Merdeka dan kami berjaya menjual 30 unit hartanah di beberapa lokasi di Selangor dengan nilai melangkaui RM21 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen itu.

Terdapat lima projek hartanah yang berkeluasan 385.50 hektar membabitkan tiga projek rumah kediaman dan dua pusat komersial dengan nilai antara RM500,000 ke RM800,000 seunit.

Katanya, antara projek perumahan yang dibangunkan sejak 1995 itu ialah Azhara, Cassia dan Lavender.

“Cassia dan Azhara telah siap sepenuhnya dan boleh terus diduduki manakala Lavender pula dijangka siap hujung tahun ini.

“Jenis kediaman ini juga terdiri daripada rumah link dua tingkat, rumah berkembar dua tingkat dan rumah berkembar, manakala pusat komersial yang ditawarkan pula adalah unit kedai pejabat dua tingkat,” tambahnya.

Siti Zubaidah berkata Antara Gapi merupakan antara projek hartanah terbaik yang ditawarkan PKNS berikutan lokasinya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana lengkap.

Tambahnya, Antara Gapi juga dikelilingi pemandangan hijau semula jadi dan sesuai bagi pembeli yang mahukan lokasi kediaman bercirikan kedamaian dan ketenangan.

“Mereka yang berminat membeli hartanah ini boleh datang ke Antara Gapi ini untuk melihat rumah contoh atau boleh menghubungi talian PKNS di 03-5022 0188,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Pakar perunding dilantik bantu usahawan terjejas PKP

SHAH ALAM, 26 JULAI: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melantik pakar perunding untuk memberi khidmat nasihat berkaitan pemasaran dan pengurusan kewangan kepada usahawan mengharungi cabaran perniagaan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata ketua pegawai korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Siti Zubaidah Abd Jabar berkata syarikat Arabian Gateway Technology (AGT) Sdn Bhd yang dilantik juga berperanan memberi penerangan berhubung peluang pembiayaan perniagaan kepada usahawan terlibat secara maya.

“Jadi, mereka (usahawan) yang bertekad mahu memulihkan semula pasaran perniagaan boleh mendaftar di www.xdebt.org untuk menyertainya.

“Program ini akan dapat menyebar luas perniagaan usahawan hasil bimbingan melalui khidmat pemasaran dan kewangan yang diberikan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 23 Julai lalu, perbadanan itu melancarkan Klinik Usahawan Selangor (KuSEL) yang dijangka dapat membantu 100,000 usahawan negeri ini berhubung pengurusan kewangan.

Program bermula Julai hingga Februari tahun hadapan menawarkan pusat sehenti bagi runding cara perniagaan dengan pendekatan secara individu dan berkumpulan.

Categories
AGENSI SELANGOR

PKNS perintis pasukan CDERT

SHAH ALAM, 13 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi perintis kepada penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) badan kerajaan di negeri ini sebagai persediaan peringkat awal sesuatu kecemasan atau bencana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, penubuhan pasukan berkenaan membantu anak syarikat Kerajaan Negeri itu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan sekiranya berlaku insiden tidak diingini di tapak projek, kawasan perumahan mahupun premis PKNS.

“PKNS adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang banyak terlibat dengan aktiviti pembinaan dan pembangunan perumahan selain memiliki premis-premis dalam jagaan kami.

“Jika berlaku apa-apa di tapak, anggota yang terlibat dalam CDERT sekurang-kurangnya memiliki pengetahuan asas berkenaan kecemasan memandangkan ia (CDERT) ada berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Pasukan CDERT juga dapat bergabung tenaga bersama dengan menawarkan khidmat dan sumbangan kepada kerajaan persekutuan apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran dan Pentauliahan anggota CDERT 2019, di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14,di sini hari ini.

Pentauliahan itu disempurnakan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Selangor, Muhammad Yasir Yahya dan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab.

Terdahulu, seramai 78 anggota CDERT yang melengkapkan latihan daripada silibus penuh asas pertahanan awam APM menerima pentauliahan itu terdiri daripada beberapa bahagian merangkumi pentadbiran, teknikal dan kewangan.

Pada majlis sama, Mohd Azizi ditauliahkan Pegawai Kehormat CDERT, manakala 16 ahli pengurusan PKNS menerima pangkat sebagai Pegawai Bersekutu.

Mengulas lanjut, Mohd Azizi berkata, pihaknya merancang untuk meningkatkan jumlah kekuatan anggota CDERT pada setiap tahun dengan memberi keutamaan terhadap kakitangan PKNS.

Katanya, tiada pemilihan dibuat bagi setiap kakitangan yang berminat untuk menyertai pasukan berkenaan memandangkan kesemua mereka berkhidmat secara sukarela demi kepentingan semua pihak.

“Kita ada 11 anak syarikat (GLC) di bawah pengurusan PKNS yang masih belum dibuka bagi menganggotai CDERT dan kemungkinan akan diwujudkan di peringkat GLC pada masa hadapan.

“Mereka akan melalui program latihan yang sudah tentu memberi kebaikan untuk sinergi perniagaan PKNS,” katanya.

Categories
SELANGOR

PKNS sambut saranan Sultan, bina lebih banyak RMM

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 DIS: Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan 7,500 projek pembinaan rumah mampu milik (RMM) mampu dibangunkan secara berperingkat menjelang 2019.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata, komitmen itu selari dengan saranan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu RMM lebih banyak dibangunkan.

pkns 1“Kita juga mengambil maklum sasaran Kerajaan Negeri yang mahu membina RMM sebanyak 20,000 menjelang 2019.

“Kita mahu memberi peluang kepada golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri. Jadi, PKNS yakin pembinaan ini akan dapat direalisasikan hidup baru kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian jual beli hartanah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)Sementara itu, Azlan berkata, PKNS akan membina 4,471 unit Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri akan siap sepenuhnya pada 2023.

Manakala, Worldwide pula akan membina 1,400 unit Rumah Selangorku di kawasan sama.

“Ini merupakan tanggungjawab bersama pemaju di negeri ini menyediaka rumah untuk rakyat Selangor,” katanya.

-nR-

Mangsa kebakaran Uptown terima bantuan RM1 juta, pinjaman MiMBAR

Seramai 153 peniaga Uptown Shah Alam terjejas perniagaannya ekoran kejadian kebakaran dua minggu lalu menerima bantuan RM1 juta dari Kerajaan Negeri.

“Hari ini kita berjaya selesaikan dua perkara penting iaitu penyampaian sumbangan bantuan dari Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejumlah RM76,500 kepada 153 peniaga Uptown terlibat yang mana setiap penerima mendapat sumbangan RM500.

“Kita selesaikan pinjaman MiMBAR berjumlah RM930,000 kepada 89 peniaga dengan seorang menerima bantuan RM5,000 sebagai modal perniagaan,” katanya.