Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

PKP: Polis tahan 249 individu, 132 gagal patuh penjarakan fizikal

SHAH ALAM, 19 DIS: Polis menahan 249 individu atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 248 individu dikompaun manakala seorang direman.

Beliau berkata 132 individu dikesan gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (63) dan gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan (54).

“Tugas pencegahan operasi pematuhan yang diketuai polis membuat 47,811 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,777 pasukan pematuhan membabitkan 12,489 anggota membuat pemantauan di 3,549 pasar raya; 4,761 restoran; 1,794 penjaja; 1,141 kilang; 3,321 bank dan 548 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 962 terminal pengangkutan darat; 245 terminal pengangkutan air dan 111 terminal pengangkutan udara turut dipantau.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

131 pengunjung pusat hiburan ditahan ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Meskipun negara sedang mengalami gelombang ketiga penularan pandemik Covid-19, masih ramai yang berdegil apabila terus berhibur di pusat hiburan, dengan seramai 131 individu ditahan atas kesalahan berkenaan, kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka antara 568 individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 516 dikompaun, 49 direman dan tiga lagi dijamin.

Kesalahan ingkar arahan PKP yang lain termasuk gagal mematuhi penjarakan fizikal (160), tidak memakai pelitup muka (116), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (56), rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (43) dan lain-lain (62).

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata 42 pendatang asing diberkas hasil daripada kawalan ketat sempadan negara secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ismail Sabri berkata penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melakukan 981 pemeriksaan khas Pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP semalam, pula mendapati kesemua premis mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata KPDNHEP juga membuat 687 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan ke atas peruncit (493), pemborong (162) dan pengilang (32).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak 24 Julai hingga Sabtu, 67,555 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel serta 20 Institut Latihan Awam (ILA) dan institut pengajian swasta.

“Daripada jumlah itu, 9,488 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 388 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 52,679 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya bahawa mereka pulang dari 36 negara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

519 individu ingkar PKPP ditahan, 511 dikompaun – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Meskipun negara sedang mengalami gelombang ketiga penularan Covid-19, masih ramai yang terus berdegil dan 519 individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, kegagalan untuk mematuhi penjarakan sosial menjadi kesalahan tertinggi melibatkan 206 individu , manakala 126 individu tidak memakai pelitup muka serta 67 individu gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri.

“Kesalahan lain adalah premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti pusat hiburan (sembilan) dan lain-lain (88),” katanya dalam satu kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 511 individu telah dikompaun, empat direman dan bakinya dijamin.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata enam pendatang asing berjaya diberkas dengan tiga kenderaan darat dirampas.

Beliau berkata sebanyak 298 sekatan jalan raya Operasi Benteng juga dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan-kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sementara itu, sejak 24 Julai hingga semalam, 62,490 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel dan 20 premis lain termasuk institut latihan awam dan institusi pengajian swasta.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 9,315 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 orang dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 52,791 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Mereka pulang dari 36 negara iaitu Filipina; Thailand; Indonesia; Kemboja; Singapura; Vietnam; Brunei; Laos; Qatar; Pakistan; Arab Saudi; Hong Kong; India; Emiriah Arab Bersatu; Jepun; Turki; Korea Selatan; Iran; Nepal; Bangladesh; Myanmar; Timor Leste; Taiwan; China; United Kingdom; Belanda; Papua New Guinea; Mesir; Sepanyol; Perancis; Australia; New Zealand; Amerika Syarikat; Ethiopia; Maldives dan Oman.

Dalam pada itu, beliau berkata secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

– BERNAMA

Categories
EXCO SELANGOR

EXCO: Pengusaha restoran, kedai serbaneka di Selangor patuh waktu operasi

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pengusaha restoran dan kedai serbaneka di Selangor memberikan kerjasama baik dengan mematuhi waktu operasi perniagaan sehingga jam 2 pagi.

EXCO kerajaan tempatan berkata setakat ini tiada sebarang aduan diterima mengenai pelanggaran waktu operasi melibatkan pihak berkaitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis mendapati semua masih dalam kawalan malah saya percaya semua pihak akan terus memberi kerjasama bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Bagaimanapun, agensi berkaitan akan sentiasa membuat rondaan di kawasan masing-masing untuk memastikan tiada sesiapapun melanggar arahan,” kata Ng Sze Han ketika dihubungi.

Beliau turut menggesa orang awam membuat laporan kepada PBT dan polis sekiranya mempunyai maklumat premis perniagaan beroperasi melebihi tempoh ditetapkan sekali gus melanggar PKPP.

“Justeru, saya menasihati semua pengusaha premis mematuhi had masa dan tatacara operasi piawai (SOP). Kita tidak akan teragak-agak mengarahkan premis terbabit ditutup serta-merta jika ada yang melanggar peraturan ini,” katanya.

Pada 13 September lalu, Kerajaan Negeri membenarkan restoran dan kedai serbaneka melanjutkan operasi sehingga jam 2 pagi selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara berbanding sebelum ini pada 12 tengah malam.

Categories
AGENDA NASIONAL

PKPP: Polis tahan 584, kesalahan berhibur di kelab malam paling tinggi

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Kesalahan membabitkan aktiviti di kelab malam merupakan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tertinggi dengan 292 kes direkodkan semalam, diikuti dengan 224 individu ditahan kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka merupakan antara 584 individu yang ditahan polis semalam, selain 18 kerana melanggar perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), 17 gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri, 14 tidak memakai pelitup muka, dan 13 menceroboh kawasan larangan.

“Enam premis didapati beroperasi lebih masa, dan daripada jumlah itu (keseluruhan kes) seramai 568 individu telah dikompaun manakala 16 individu direman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kepada Operasi Benteng pula, Ismail Sabri berkata 65 pendatang tanpa izin, tiga penyeludup dan tiga tekong ditangkap dalam operasi itu, selain menyaksikan rampasan 10 kenderaan darat.

Beliau berkata daripada jumlah itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menangkap 27 pendatang asing atas kesalahan cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan di Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar, Johor.

“Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan di Rantau Panjang, Kelantan,” katanya dan menambah 29,748 pendatang asing telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 708 premis perniagaan termasuk peruncit (506), pemborong (172) dan pengilang (30).

Menurutnya secara keseluruhan bekalan barangan keperluan didapati mencukupi, dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperolehi.

“Pegawai penguatkuasa KPDNEHP turut melakukan 1,571 pemeriksaan khas pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP dan mendapati 1,556 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tindakan lebih tegas disyor terhadap pemilik pub, kelab malam

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disyorkan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemilik pub dan kelab malam yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk mengheret mereka ke mahkamah dan menarik balik lesen operasi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini memandangkan kesalahan ingkar PKPP melibatkan aktiviti di pub dan kelab malam terus merekodkan kesalahan tertinggi meskipun premis ini masih dalam senarai larangan beroperasi.

“Setiap hari tangkapan melibatkan aktiviti di kelab malam dan pub tinggi kerana premis-premis ini masih tersenarai dalam senarai yang dilarang beroperasi disebabkan sukar untuk mengawal penjarakan fizikal dan tatacara operasi piawai (SOP) yang lain.

“Saya sudah minta PBT kalau premis ini ada lesen kita minta agar lesen mereka ditarik dan tutup perniagaan… mungkin tindakan lebih keras boleh diambil dengan hadapkan mereka ke mahkamah untuk hukuman lebih berat seperti penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kad Aku Janji Pematuhan SOP Covid-19 sempena Kempen Bulan Kebangsaan Perbadanan Nasional (PNS) di sini, semalam.

Katanya setakat ini belum ada perbincangan untuk membenarkan kelab malam dan pub kembali beroperasi.

Mengenai pemeriksaan pematuhan SOP premis perniagaan, Ismail Sabri berkata berdasarkan laporan harian yang diterima didapati tiada tangkapan dilakukan terhadap premis perniagaan berhubung pelanggaran SOP.

“Setakat ini, tidak banyak premis perniagaan diambil tindakan cuma ada yang berniaga lebih masa tetapi tiada tangkapan dilakukan maka saya anggap tiada tangkapan tentulah pematuhan dilaksanakan.

“Bagaimanapun ramai yang masih keliru dari segi kedudukan di meja makan, setiap individu yang duduk di meja makan itu mesti ada penjarakan fizikal tidak kiralah besar mana meja tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengenakan kuarantin terhadap mereka yang pulang dari Sabah.

“Ia hanya akan dilakukan sekiranya negeri itu diisyiharkan sebagai Zon Merah… selagi seluruh Sabah tidak diisytiharkan sebagai Zon Merah selagi itu kita tidak perlu adakan kuarantin bagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan buat kajian dari semasa ke semasa ikut pada jumlah kes berlaku,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ingkar PKPP, 118 berhibur di kelab malam dicekup

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Tindakan 118 individu yang leka berhibur di kelab malam dan pub membawa padah, apabila ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tangkapan itu merupakan jumlah tertinggi daripada 221 individu yang ditahan semalam, kerana ingkar PKPP.

“Daripada keseluruhan jumlah tangkapan itu, 212 individu dikompaun, lapan direman dan seorang individu dijamin,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP di sini hari ini.

Antara kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (34), tidak mematuhi penjarakan fizikal (43), tidak memakai pelitup muka (18), gagal mematuhi perintah kuarantin (1), premis beroperasi lebih masa (5), serta tangkapan terhadap pendatang tanpa izin (2).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 24 tangkapan melibatkan 61 pendatang tanpa izin dan lima tekong, berjaya dilakukan melalui Operasi Benteng semalam.

Beliau berkata, di bandar Penawar, Johor, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 26 pendatang tanpa izin, manakala di Bukit Kayu Hitam, Kedah, 12 migran ditahan, kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Polis melalui Sekatan Jalan Raya Ops Benteng pula, telah memeriksa 24,972 kenderaan dan berjaya melakukan 11 tangkapan,” katanya.

Memperincikan mengenai kepulangan rakyat Malaysia ke negara ini Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam, 25,688 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Beliau berkata, kesemua mereka yang pulang dari 32 negara ditempatkan di 70 hotel dan lapan Institut Latihan Awam (ILA), serta institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara.

Kerajaan sejak sejak 30 Mac juga, katanya telah melakukan 9,883 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon di seluruh negara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Polis tahan 198 individu atas kesalahan ingkar PKPP

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Polis menahan 198 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata polis yang mengetuai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPP, mengeluarkan kompaun terhadap 184 individu manakala sembilan direman dan lima lagi dijamin.

Jelasnya kesalahan tertinggi dilaporkan adalah aktiviti di dalam kelab malam melibatkan 109 individu dan aktiviti melibatkan kehadiran ramai orang yang menyukarkan penjarakan fizikal, 41 orang.

“Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk melibatkan 25 individu, tidak memakai pelitup muka (17), gagal mematuhi arahan kuarantin (seorang).

“Dua disyaki menjalankan aktiviti pelacuran, manakala tiga lagi kesalahan adalah premis beroperasi tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata polis mengadakan 63 sekatan jalan raya bagi operasi berkenaan di seluruh negara serta memeriksa 23,368 kenderaan dan seorang pendatang tanpa izin ditahan atas kesalahan imigresen.

Sejak 1 Mei sehingga semalam, seramai 4,889 pendatang tanpa izin, 713 tekong serta 246 penyeludup ditahan. Selain itu, 446 bot dan 481 kenderaan yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara turut ditahan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lalu, sebanyak 22,057 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa negara dan ditempatkan di 71 hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA).

Katanya daripada jumlah itu, seramai 9,481 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan seramai 12,510 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

39 individu ingkar arahan PKPP, tujuh direman – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 2 SEPT: Bilangan individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kembali menurun dengan 39 orang ditahan semalam berbanding 778 kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai tujuh individu direman dan 27 pula dikenakan kompaun.

“Kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan catatan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa.

“Selain itu, lima kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah serta 10 aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 63,206 pemeriksaan dilakukan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP.

Katanya, pemantauan dilakukan di 3,981 pasar raya, 5,162 restoran serta 1,611 penjaja, 1,810 kilang, 3,681 bank dan 1,111 pejabat kerajaan.

Pemeriksaan turut dilakukan di 1,789 terminal pengangkutan darat, 208 terminal pengangkutan air serta 125 terminal pengangkutan udara.

Categories
AGENDA NASIONAL

Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang tiga negara

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan setuju mengenakan sekatan kemasukan kepada pemegang pas jangka panjang bagi warganegara India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia berkuat kuasa 7 September.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 dari beberapa negara.

“Keputusan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan dalam negara oleh kes-kes import Covid-19,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan sekatan kemasukan ini merangkumi penduduk tetap (PR), pas program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK), pas residen, pasangan kepada warganegara Malaysia (Spouse Visa) serta pelajar warganegara berkenaan.

Sebanyak enam kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam dengan empat daripadanya kes import di Selangor.

Categories
AGENDA NASIONAL

Ismail Sabri: Polis tahan 86 individu langgar arahan PKP, 11 direman

SHAH ALAM, 22 OGOS: Polis menahan 86 individu kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri berkata daripada jumlah itu 11 direman manakala 75 individu dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan seorang pendatang asing tanpa izin,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP hari ini.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 60,918 pemeriksaan dibuat semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKP Pemulihan membabitkan 3,988 pasar raya, 5,188 restoran serta 1,026 penjaja, 1,668 kilang, 3,617 bank dan 925 pejabat kerajaan.

“Polis juga mengadakan pemantauan di 1,069 terminal pengangkutan darat, 243 terminal pengangkutan air serta 109 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Tambah Ismail Sabri satu tapak binaan diberi amaran gara-gara gagal patuh SOP menerusi pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Pemeriksaan membabitkan 11 tapak binaan di seluruh negara. Hasil pemeriksaan mendapati sembilan tapak binaan patuh SOP, hanya satu diberi amaran,” katanya lagi.

Categories
AGENDA NASIONAL

117 individu ingkar PKP pemulihan ditahan – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seramai 117 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditahan semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seramai 91 individu dikompaun manakala 26 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (lapan), premis beroperasi lebih masa (dua), menjalankan aktiviti pelacuran (24) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (46),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 67,369 pemeriksaan dilakukan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP.

Katanya, pemantauan dilakukan di 3,988 pasar raya, 5,731 restoran serta 1,500 penjaja, 1,692 kilang, 3,907 bank dan 1,033 pejabat kerajaan.

Pemeriksaan turut dilakukan di 1,124 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 139 terminal pengangkutan udara.