Categories
NASIONAL

MB: Peratusan keluar mengundi jatuh punca majoriti berkurangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menyusut berbanding PRU-13 menjadi faktor utama kepada kejatuhan majoriti yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun majoriti kali ini kurang tetapi masih boleh dianggap kemenangan manis kerana diperoleh ketika berhadapan serangan bertali arus Barisan Nasional (BN).

“Alhamdullilah, saya bersyukur kerana ini kemenangan manis Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Permatang Pauh serta Malaysia yang memberi mesej jelas kepada Putrajaya supaya batalkan GST, pulihkan ekonomi dan tidak menabur fitnah.

azmin fas“Perkembangan cukup positif bagi PKR dan PR bagi memperoleh kemenangan besar dalam PRU-14, Insya-Allah.

“Kita tak boleh lihat segi angka sahaja, tengok juga peratusan keluar mengundi hari ini yang jatuh hampir 10 peratus tetapi kalau melihat undi popular, secara khusus yang diperoleh Kak Wan meningkat termasuk di kawasan majoriti Melayu yang sebelum ini kita tewas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai pemenang PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negaran, di sini, malam tadi.

_MG_9264Katanya, kemenangan itu juga membuktikan rakyat Permatang Pauh memahami hala tuju perjuangan dan dasar PKR dan PR yang diuar-uarkan sepanjang kempen berlangsung.

Dalam PRK semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi.

Dr Wan Azizah memperoleh 30,316 undi berbanding Suhaimi Sabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi, calon bebas 367 undi dan PRM 101 undi.

PRK semalam mencatatkan 74.06 peratus keluar mengundi berbanding PRU-13, 88.33 peratus.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Rakyat bersama PR tumbangkan BN

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melahirkan kesyukuran di atas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Baginya, ia adalah kejayaan rakyat yang tertekan dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.

“Saya bertanding di sini bukan kerana jawatan tetapi nak lawan penindasan dan ketidakadilan.

_MG_9506“Kerana itu, saya bangga Permatang Pauh memahami, mengundi dan membuat keputusan ini (memenangkan PR),” katanya ketika berucap di Kubang Semang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas pengisytiharan kemenangannya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Wan Azizah diangkat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin (21,475), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) (101) dan Salleh Isahak (Bebas) (367) dengan majoriti 8,841.

Katanya, rakyat khususnya pengundi di parlimen itu melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap BN yang melaksanakan beberapa program termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

_MG_5975“Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana dizalimi. Kita di luar, beliau di dalam. Doa kita, beliau akan jadi kuat,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan menegakkan keadilan akan diteruskan dan PR akan terus berdiri kukuh demi kepentingan rakyat.

“Teruskan perjuangan menegakkan keadilan di depan penguasa yang zalim. Itu adalah satu jihad untuk kita bersama,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Permatang Pauh bukti fitnah BN gagal

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan usaha memfitnah pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkesan.

Dr Wan Azizah berkata, selain itu usaha memecah-belahkan PR dengan pelbagai isu dan tohmahan berhubung prestasi beliau sebagai Adun Kajang juga gagal membantu BN untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini.

_MG_9495“Walaupun saya, Saudara Anwar dan PKR difitnah melalui media arus perdana setiap hari dan mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang tetapi gagal.

“Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh memecah-belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau akan berusaha menaangani permasalahan yang dibangkitkan rakyat sepanjang PRK kali ini.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu di Permatang Pauh,” katanya.

bendera 5Mengulas perjalanan PRK kali ini, Dr Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikannya berjalan lancar.

Malam tadi, SPR mengumumkan Dr Wan Azizah menang dalam PRK Permatang Pauh menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 8,841 undi.

Dr Wan Azizah memperoleh 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi, calon bebas 367 undi dan PRM 101 undi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Jangka hayat BN hampir penghujung jalan

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 8 MEI: Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, membuktikan rakyat menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Reformasi, hidup hidup, hidup rakyat, tolak GST…Umno mati,” laung Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika memulakan ucapan di Kubang Semang, di sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan di Permatang Pauh sama dengan apa disuarakan rakyat di Rompin apabila BN khususnya Umno terus ditolak.

bendera 7Katanya, kemosotan sokongan itu petanda jangka hayat BN di Putrajaya semakin menghampiri penghujung jalan.

“Kalau ini kebangkitan rakyat yang ditunjukkan di Rompin dan Permatang Pauh, kita akan teruskan perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

“Bebas bukan kerana isteri dan anaknya tetapi bebas Anwar maka rakyat Malaysia lepas daripada kezaliman Umno dan BN,” kata Dato’ Menteri Besar Selangor itu.

azmin rmmSemalam, Wan Azizah diangkat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Sabudin (21,475), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) (101) dan Salleh Isahak (bebas) (367) dengan majoriti 8,841.

Pada 5 Mei lalu, PRK Rompin menyaksikan penurunan ketara majoriti BN sebanyak 41 peratus apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,796 undi menewaskan Nazri Ahmad (PAS) (14,901) dengan majoriti 8,895.

Antara isu utama yang diyakini mempengaruhi keputusan dua PRK itu adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu yang membebankan rakyat.

-NFN-

Terima kasih Permatang Pauh!

Reformasi bergema dan Permatang Pauh membuktikan mereka tidak pernah berganjak.

Categories
NASIONAL

PKR kekalkan kubu kuat, undi Melayu meningkat

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memastikan kubu kuatnya kekal ampuh selepas menewaskan tiga calon lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Kemenangan itu diperoleh selepas PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi.

_MG_9495Dr Wan Azizah yang menang dengan majoriti 8,841 undi turut menewaskan dua calon lain daripada PRM (101) dan bebas (367).

Kemenangan kali ini lebih manis apabila PKR berjaya meningkatkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sekitar empat hingga lima peratus khususnya dalam kalangan pengundi muda walaupun peratusan keluar mengundi hanya 74 peratus.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat bersimpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus membuktikan Ketua Umum PKR itu masih relevan di hati rakyat.

“Kemenangan kali ini adalah bukti bahawa rakyat khususnya di Permatang Pauh mahu sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

_MG_9250“Ia bukan hanya kemenangan PKR sahaja tetapi rakyat yang menentang kezaliman BN terhadap Anwar Ibrahim.

“Ini adalah satu referendum rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan rasuah, dan salah guna kuasa,” katanya pada sidang media sebaik diumum sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini.

Dr Wan Azizah juga mengaitkan kemenangannya dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi skandal.

“Ini juga manifestasi rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri yang dipenuhi ketirisan, kelemahan pemimpin dan skandal terutamanya 1MDB sehingga terpaksa menggunakan dana Tabung Haji,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR menang majoriti 8,841 undi, kekal kerusi Permatang Pauh

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Keputusan rasmi selepas semua peti undi dikira adalah seperti berikut:

BN: 21, 475
Bebas: 367
PKR: 30316
PRM: 101

Majoriti: 8,841

Berita lanjut bakal menyusul.

Categories
NASIONAL

89 undi selesai, PKR dahului majoriti 5,917

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Selepas 89 peti undi selesai dikira, PKR terus mendahului dengan majoriti 5917 undi.

Setakat jam 9.44 malam keputusan rasmi yang sudah diumumkan adalah

BN 14105
Bebas 245
PKR 20022
PRM 68

Majoriti 5917

Jumlah peti undi 133
Jumlah peti undi sudah diterima 89
Jumlah peti undi belum diterima 43

Sementara itu, PKR mengeluarkan keputusan tidak rasmi dari dari Bilik Gerakan Utama parti itu bagi PRK Permatang Pauh, pada jam 9.20 malam iaitu

KEADILAN: 30,504
BN: 20,586
Bebas: 359
PRM: 98

Majoriti 9918

Categories
NASIONAL

Keputusan tak rasmi: PKR terus dahului undi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Selepas 13 hari berkempen, hari ini rakyat Permatang Pauh keluar mengundi bagi memilih Ahli Parlimen mereka yang baru.

Lebih dari itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sangat penting kepada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

_MG_7765Keputusan PRK kali ini dianggap sebagai justifikasi bagaimana penerimaan rakyat terhadap GST, isu 1MDB, pentadbiran dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tepat jam 5.00 petang tadi, pusat undi di semua daerah mengundi sudah ditutup.

Mengikut jumlah tidak rasmi dianggarkan 73 peratus pengundi Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Peti undi sudah tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan pengiraan sedang rancak berjalan dengan PKR terus mendahului undi.

Selangor Kini akan melaporkan keputusan PRK dari masa ke masa.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK buka ruang peniaga makanan tambah rezeki

Oleh: HAFIZAN TAIB dan NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menghadirkan suasana meriah apabila restoran dan kedai makan menjadi antara lokasi tumpuan pada hari pembuangan undi, hari ini.

Berbeza dengan dakwaan berlaku kekecohan di beberapa tempat membabitkan penyokong parti, situasi itu tidak berlaku di lokasi berkenaan mungkin kerana ia tempat menjamu selera dan beramah mesra antara masyarakat.

bendera 11Suasana itu dapat dilihat di beberapa restoran dan kedai makan seperti Kampung Pelet, Tanah Liat, Kubang Semang dan Kampung Pertama apabila ada pengunjung membawa bendera atau berpakaian dengan logo parti berbeza.

“Meriah sebab selain orang kampung, pengundi di luar balik serta orang dari negeri lain juga datang ke sini.

“Memang seronok macam kenduri kerana keadaan ini memberi rezeki yang lebih kepada saya,” kata peniaga, Alias Mohamad, 40.

-NFN-

Categories
NASIONAL

69% mengundi hingga 4 petang, Kak Wan minta jangan tunggu lagi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, sehingga kini 49,334 orang atau 69 peratus pengundi sudah keluar mengundi setakat jam 4.00 petang tadi.

_MG_7739Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengundi yang belum mengundi masih sempat berbuat demikian sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 5.00 petang ini.

“Ada pusat mengundi cecah 66 peratus seperti di Sekolah Permatang To’ Kundu, di sini.

“Masih sempat lagi. Sesiapa yang belum mengundi lagi boleh cepat datang mengundi,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pengundi perlu mengambil kesempatan memandangkan peluang menentukan suara rakyat Malaysia bukan selalu ada.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Penyokong PKR diserang selepas berbalas provokasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM dan HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Suansana di depan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini, tegang ekoran perang provokasi hingga mencetuskan pergaduhan.

Menurut beberapa saksi kejadian, penyokong Barisan Nasiona (BN) dikatakan menyerang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berbalas provokasi.

bendera 7“Jarak mereka dekat hanya dipisahkan jalan, jadi hati cepat panas,” kata Azam Ali, 35 tahun.

Sementara itu, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali Pak Cik Mail berkata, dia melihat beberapa penyokong BN mengambil batu.

“Kalau awak tak percaya, cuba pergi duduk dekat mereka dan tengok ada pegang batu atau tidak,” katanya.

-NFN-