Categories
AGENDA NASIONAL

PNB: Tiada pengeluaran tidak terkawal walau situasi ekonomi sukar

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini, kata Pengerusi Kumpulan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Pada masa ini, kami melihat ia (pengeluaran) kekal stabil dan kami tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal. Dari semasa ke semasa, ya, kami melihat terdapat pengeluaran tetapi ini kekal stabil bagi kami,” katanya pada sidang media secara maya pada majlis pelancaran Minggu Saham Digital hari ini.

Ia dianjurkan oleh PNB, Minggu Saham Digital pada tahun ini diadakan secara maya mulai 18-24 November.

Pada masa ini, aset di bawah pengurusan (AUM) PNB melebihi RM300 bilion nilai unit dalam edaran, dilanggan oleh 14.28 juta akaun sehingga 31 Disember 2019.

Portfolio pelaburan strategiknya dalam syarikat korporat terkemuka di Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah.

Bersetuju dengan pandangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn berkata kumpulan pengurusan dana itu gembira walaupun situasi semasa mencabar, ia tidak menyaksikan sebarang trend yang berbeza tentang cara rakyat melabur.

“Ini amat baik. Ia adalah bukti bagaimana kita menjalankan perniagaan dan bagaimana rakyat melihat kita.

“Dana PNB adalah untuk simpanan jangka panjang dan pelaburan jangka panjang serta kita tidak melihat sebarang perbezaan dari segi trend pada tahun ini,” katanya.

Mengenai pelan kepelbagaian dalam persekitaran cabaran semasa, Zeti berkata ini akan kekal sebagai sasaran teras PNB.

“Kami akan terus meningkatkan portfolio antarabangsa kami tetapi ini akan dilakukan secara berperingkat dan bertanggungjawab serta berhati-hati berdasarkan pasaran di hadapan kami yang amat tidak stabil dan tidak dapat dijangka.

“Kami melihat kepada trend asas, prospek pelaburan, prospek industri secara keseluruhan dan sektor pelaburan itu dalam ekonomi negara yang berkaitan. Itu adalah cara kami melaksanakannya,” katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar, pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya.

“Kami akan melabur untuk memberikan pulangan yang terbaik dan paling kompetitif, tetapi kami menyedari bahawa ini adalah tahun yang amat tidak menentu dan mencabar.

“(Bagaimanapun), kami adalah pelabur jangka panjang dan kami mahu mengekalkan pulangan yang mampan dan pembayaran yang realistik kepada pemegang unit kami,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA EKONOMI

ASB umum bonus 5.5 sen seunit

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.50 bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi 2019, walaupun FBM KLCI di Bursa Malaysia mencatatkan penyusutan 7.2 peratus setakat ini.

Pengerusinya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata ini melibatkan jumlah pembayaran RM9 bilion kepada lebih 10 juta pemegang unit.

Zeti berkata jumlah pemegang unit ASB melepasi paras 10 juta buat kali pertama pada tahun ini.

“(Kami) berpuas hati kerana keadaan adalah sangat mencabar,” katanya apabila ditanya sama ada PNB berpuas hati dengan prestasi itu.

Semasa pengumuman dividen ASB hari ini, beliau berkata pasaran menjadi semakin mencabar pada 2019, di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran, perang perdagangan AS-China dan ketegangan geopolitik, serta kelembapan perdagangan global.

“Namun, ASB telah mampu mencapai agihan pendapatan berjumlah RM9 bilion pada 2019 daripada keuntungan yang direalisasikan yang dapat ditampung dengan meningkatkan pelaburan di peringkat global seperti disarankan di bawah Rangka Kerja Peruntukan Aset Strategik PNB,” katanya.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI kekal turun naik sementara ringgit terkurang nilai.

Zeti berkata Bursa Malaysia dijangka mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua 2020 dengan pengurangan beberapa risiko dan ringgit berada dalam jajaran kecil sehingga suku kedua pada tahun depan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Jalil Rasheed berkata ASB berjaya mengumumkan agihan pendapatan yang berterusan kepada kesemua pemegang unit, mencerminkan komitmennya dalam menyampaikan pendapatan yang lestari kepada Bumiputera.

“Sebanyak 65 peratus daripada pelaburan ASB berada di pasaran saham di Malaysia. Jika nilai pasaran saham merosot, kita akan menerima kesan kerana perlu membayar dividen daripada keuntungan yang direalisasikan,” katanya.

“Oleh itu, sekiranya harga saham tidak meningkat, adalah sukar untuk kita menjana pulangan pelaburan.

“Bagaimanapun, pemegang unit tidak perlu bimbang kerana semua keputusan mengenai pelaburan telah melalui proses penilaian yang amat ketat,” katanya.

ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit bagi ASB dengan bonus 0.50 sen pada tahun lepas dan 7 sen seunit dengan bonus 0.25 sen pada 2017.

“Pada 1998, pasaran saham agak stabil dan tidak menghadapi cabaran geopolitik seperti yang berlaku pada masa ini.

“Pasaran Malaysia di Asia juga agak luas, namun, sejak lebih 20 tahun lepas, China telah menjadi pasaran terbesar dan ada negara lain mempunyai pasaran lebih luas berbanding negara ini seperti India, Korea dan Taiwan.

“Banyak yang telah berubah. Oleh itu, kita tidak dapat memberikan contoh untuk membandingkan 1998 dengan masa kini, di tengah-tengah situasi pelaburan yang berdepan perubahan,” katanya ketika ditanya mengenai perbandingan dividen yang diumum semasa krisis kewangan Asia yang lebih tinggi berbanding yang diumum hari ini.

Secara keseluruhan, PNB telah membayar pengagihan pendapatan kumulatif berjumlah RM152 bilion kepada semua pemegang unit ASB sejak penubuhannya pada 1990.

Jumlah aset PNB di bawah pengurusan telah tumbuh 5.7 peratus kepada RM311.9 bilion, dengan pendapatan bersih pro forma dan dana unit amanah RM10.7 bilion.

Unit dalam edaran turut meningkat 7.5 peratus kepada 253.8 bilion unit melibatkan kemua 14 dana.

PNB telah menyediakan pulangan yang lestari secara berterusan dengan merekodkan jumlah pembayaran RM13.2 bilion merentasi semua dana pada 2019.

-BERNAMA

Categories
AGAMA BERITA UTAMA

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan Kumpulan PNB RM5 juta

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 14 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM5 juta,dalam upacara berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 itu daripada Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi; Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullai dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ali Rustam dilantik Senator, Menteri JPM, ketuai PNB demi upah politik?

umno-retakSHAH ALAM, 27 OGOS: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi.

“Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan ‘auto pilot’ dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib.

Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.- MZA

Categories
SELANGOR

MB: Saham Air Jadikan Rakyat Selangor ‘Taukeh’ Industri Air Selangor

mb speech bunga 01

SHAH ALAM, 16 MAC: Rakyat Selangor bakal menjadi ?taukeh? dalam industri air Selangor apabila Kerajaan Negeri menerbitkan saham air satu hari kelak, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid lagi, langkah perkongsian kerajaan dan rakyat dalam industri startegik itu boleh dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.

“Semasa saya di PNB, sembilan juta bumiputra beli saham amanah PNB dengan nilai RM 40 bilion.

“Saya yang lakukan bukan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad),” ujar beliau dalam ucapan beliau di Majlis Penyampaikan Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor.

Pada 6 Mac lalu, Abdul Khalid mengumumkan Kerajaan Negeri akan menerbitkan saham air Selangor sekiranya ia berjaya mengambil alih pengurusan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Negeri sudah menawarkan RM 9.65 bilion kepada empat syarikat konsensi yang bertanggungjawab mengurus industri air Selangor.

Empat syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).