Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor giat terjemah buku berkualiti, riwayat Rasulullah paling popular

SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor giat menterjemah buku dan mengumpul bahan ilmiah bagi memastikan kesinambungan penerbitan bahan bacaan berkualiti.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.berkata sebanyak 49 buku berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris diterjemah kepada bahasa Melayu sejak 2015 menjadi bahan bacaan kepada orang awam.

“Meskipun Selangor merupakan negeri termaju dan menjana pelaburan tertinggi dalam negara, kita tetap mahu pendidikan berjalan seiring dengannya,” katanya dalam majlis perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak semalam.

Buku terbaharu terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Amirudin berkata buku  Muhammad: Riwayat hidup berdasarkan sumber terawal hasil karya Martin Ling terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mendapat permintaan hangat.

“Setakat ini seingat saya, hampir 3,000 naskah terjual. Pasaran buku itu di Shopee juga menarik perhatian ramai,” kata beliau merujuk buku riwayat Rasulullah SAW paling popular pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, buku tokoh Islam terkenal dunia turut diterjemah antaranya Salahuddin al-Ayubi: Raja penakluk dan Amir Abdul Kadir: Sang pendamai, wali dan pahlawan. Sebahagian buku terbitan IBDE berusia ribuan tahun.

Selain itu, Amirudin berkata PPAS juga sedangan mendapatkan buku atau bacaan berkualiti yang tiada di pasaran dari mana-mana pensyarah yang uzur atau meninggal dunia untuk ditempatkan ke perpustakaan awam di negeri ini.

 

Categories
AGENDA SELANGOR

Naik taraf enam perpustakaan dijangka siap tahun ini

SHAH ALAM, 19 JAN: Enam perpustakaan yang dinaik taraf Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Pengarahnya, Mastura Muhamad berkata kerja itu mengikut jadual yang ditetapkan dan diharap dapat menarik masyarakat setempat mengunjunginya.

“Tahun ini antara lokasi perpustakaan yang dijangka siap adalah Dataran Sabak, Kampung Endah Banting, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Tanjong Karang.

“Segalanya berjalan lancar dan kita harap semuanya dapat dirasmikan mengikut jadual dirancang,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata PPAS turut merancang membangunkan perpustakaan di Hulu Langat, Kerling, dan Puchong Indah pada 2021.

Categories
SELANGOR

Penjenamaan semula tarik pengunjung ke perpustakaan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Penjenaman semula 98 pusat perkhidmatan Perpustakaan Awam Selangor memberikan impak positif dan mendapat sambutan menggalakkan setiap tahun.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat peningkatan pengunjung setiap tahun sejak 2014 hingga 2016.

Menurutnya, jumlah pengunjung pada tahun 2014 adalah 1.58 juta pengunjung.

“Namun pada 2015 berlaku penurunan sebanyak tujuh peratus kepada 1.46 juta pengunjung disebabkan penutupan sementara empat perpustakaan selama dua bulan bagi kerja menaik taraf di Perpustakaan Desa Kuang, Desa Jenjarom, Desa Parit Mahang dan Desa Parit Baru.

“Pada 2016 jumlah pengunjung kembali meningkat 18 peratus kepada 1.72,595 juta pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Menurutnya, 7,580 aktiviti dilaksanakan sepanjang 2016 menerusi penganjuran lapan program besar dan berjaya menerima 1.39 juta peserta.

-nR-

JURNAL BERITA – MB: Pelan catuan air dihentikan serentak

1. MB: Pelan catuan air dihentikan serentak

2. Kandungan kolam Hang Tuah selamat, kajian dilaksana sejak 2009

3. Ayuh turun ke KL 1 Mei, bantah GST

4. Kapasiti empangan terus catat peningkatan

5. AMK Selangor kerah 10,000 anak muda sertai Himpunan 1 Mei

6. Tapak pelupusan sanitari selesai masalah penduduk Semenyih

7. Laluan Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat dibuka semula Mei ini

8. Bas percuma ke Perpustakaan Awam Selangor setiap Sabtu, Ahad

9. ADUN Teratai tidak akan respon perkara remeh

10. Program Hutan Kita jaringan hijau imbang pembangunan fizikal bandar

11.Ke arah kaunter sifar, kaunter perkhidmatan bakal dibuka hujung minggu

12.Seminar Bazaar Ramadan tingkat tatacara kendali perniagaan