Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais sumbang RM10,000 kepada pertubuhan orang buta

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).

Agensi menerusi Facebook berkata peruntukan itu bagi membekalkan makanan asas kepada 1,000 keluarga orang kelainan upaya (OKU) yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Kita turut mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat bagi membantu individu yang kurang berkemampuan terutama ketika pandemik Covid-19,” katanya.

Mereka yang ingin menyumbang bersama Mais boleh melayari pautanĀ https://www.mais.gov.my/sedekah/ atau hubungi 03-5514 3752/3773 untuk maklumat lanjut.