Categories
AGENDA NASIONAL

Fomca gesa manfaatkan tribunal tuntutan pengguna

SHAH ALAM, 7 JULAI: Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pengguna memanfaatkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sewajarnya.

Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pengguna boleh menuntut hak daripada peniaga tidak bertanggungjawab dan pembelaan melalui tribunal tersebut.

“Ramai pengguna tidak tahu fungsi tribunal yang boleh membantu mereka membuat tuntutan ganti rugi pembelian barangan atau perkhidmatan.

‚ÄúTiada tanda harga pada barangan yang dijual, label barang tidak lengkap selain penipuan pada sukatan dan timbangan antara isu sering dihadapi pengguna,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Menurut Mohd Yusof pengguna boleh memfailkan tuntutan pembelian barangan dan perkhidmatan tidak menepati seperti diiklankan sehingga RM50,000.

TTPM ditubuhkan pada 15 November 1999 bagi menyediakan saluran alternatif kepada pengguna membuat tuntutan ganti rugi pembelian barangan atau perkhidmatan dengan kes boleh diselesaikan kurang daripada 60 hari.

Pada 8 Julai tahun lalu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 yang bertujuan meluaskan kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna dengan menaikkan jumlah tuntutan 100 peratus, daripada RM25,000 kepada RM50,000.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB beri keistimewaan tambahan kepada Ketua Pembangkang Selangor – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 10102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

2. Kerajaan Selangor akan mencadangkan nama beberapa individu profesional dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang layak untuk dilantik sebagai Senator Dewan Negara.

3. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati tiga pasar raya besar terkenal sekitar Lembah Klang menjual 75 produk makanan luput tarikh.