Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Rai kemeriahan Tahun Harimau di lima pusat beli-belah di Selangor

OLEH TOURISM SELANGOR

SHAH ALAM 2 FEB: Dekorasi di pusat beli-belah seluruh negara termasuk Selangor bukanlah sesuatu yang asing, khususnya menjelang musim perayaan.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022, beberapa pusat beli-belah di Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana dengan pelbagai hiasan menarik.

Tourism Selangor menyenaraikan lima lokasi untuk dikunjungi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga sesuai dengan slogan Pusing Selangor Dulu.

1 Utama Shopping Centre

Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre.

Diinspirasikan oleh seni bina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/1Utama/

Sunway Pyramid

Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú).

Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/sunwaypyramid

Setia City Mall

Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi lapan kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”.

Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/setiacitymall/

Central I-City

Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis/pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda.

Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang. Untuk makluma lanjut, layari https://www.facebook.com/centralicity

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baharu Cina ini.

Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pusat beli-belah ambil tindakan kekang penularan Covid-19

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Pusat beli-belah telah menekankan bahawa perlindungan dan keselamatan pembeli sebagai keutamaan pada setiap masa dan telah mengambil kesemua tindakan yang perlu, bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia (PPK) dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan, pensanitasian, proses penyahkuman dan pembersihan pada kawasan yang dikunjungi mereka yang telah dijangkiti Covid-19, telah dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Keselamatan kesemua kakitangan, penyewa, pelawat dan pelanggan adalah keutamaan dan pusat beli-belah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ini termasuklah pengesanan kontak, pemeriksaan suhu, pemakaian pelitup muka, penyediaan cecair pensanitasi di pintu masuk dan tempat-tempat strategik untuk pengunjung dan juga kakitangan,” menurut kenyataan itu lagi.

PPK menyatakan, selepas pengunjung melepasi pintu masuk, peniaga sekali lagi mengikut prosedur yang sama dengan melakukan pengesanan kontak dan cecair pensanitasi di pintu masuk kedai (dengan pemeriksaan suhu sebagai pilihan, di mana penggunaan kod QR membolehkan pengesanan kontak dilakukan).

“Jadi ada pemeriksaan berganda untuk memberikan keyakinan dan keselamatan orang ramai. Kami yakin dengan pemeriksaan ketat dan pemerhatian oleh kerajaan kita, orang ramai dan komuniti perniagaan, pendemik yang tidak pernah terjadi ini, akan dapat diatasi dalam masa terdekat,” katanya.

Sejumlah kes Covid-19 melibatkan kakitangan di lima pusat beli-belah di Lembah Klang telah dilaporkan sejak 10 hari yang lepas.

– BERNAMA