Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kongsi gambar menarik di Selangor Fruit Valley, peluang menang hingga RM1,000

SHAH ALAM, 30 OKT: Pengunjung Selangor Fruit Valley (SFV) berpeluang memenangi wang tunai hingga RM1,000 menerusi pertandingan gambar menarik di Facebook.

Pusat agro pelancongan itu memaklumkan gambar dimuat naik beserta tag laman Facebook Selangor Fruit Valley yang paling banyak menerima tanda suka dan dikongsi berpeluang memenangi RM1,000 bagi tempat pertama, RM500 (kedua) dan RM300 (ketiga).

Penyertaan yang bermula 1 hingga 30 November ini memerlukan peserta membeli tiket serta melawat SFV selain perlu memberi tanda suka Facebook dan Instagram SFV.

“Dalam hantaran anda, ceritakan pengalaman lawatan ke SFV, sertakan gambar menarik dan jangan lupa tag laman Facebook ‘Selangor Fruits Valley’ dan tulis tanda pagar #welovesfv #selangorfruitvalley,” katanya menerusi Facebook.

SFV dibuka secara rasmi pada 15 September sebelum ditutup sementara operasi bermula 25 September sehingga 1 Oktober lalu bagi memberi laluan kerja berkaitan.

Hampir 10,000 pengunjung melawat SFV sejak mula beroperasi sehingga 25 Oktober lalu.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala tiket dewasa warga asing berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel [email protected] atau [email protected].