Categories
SELANGOR

MB: Tingkatkan pendapatan sektor pertanian kepada 10%

OLEH: AFIX REDZUAN

KAJANG, 14 JUN: Kerajaan Selangor berusaha meningkatkan pendapatan penduduk desa supaya seiring dengan pendapatan penduduk bandar.

Dengan konsep ‘ Membangun secara keluarga’, jurang pendapatan perlu diberikan perhatian supaya sektor desa turut menyumbang kepada ekonomi pembangunan negeri dan negara.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini sektor pertanian dan desa hanya menyumbang sebanyak dua peratus dan sasaran baru adalah peningkatan sebanyak lapan hingga 10 peratus.

MB“Strategi saya setiap keluarga di desa mesti kita tentukan pendapatan sentiasa meningkat.

“Konsep membangun secara keluarga supaya keluarga mempunyai keupayaan meningkatkan pendapatan.

“Untuk belia dengan cara kemahiran. Kita akan melihat secara berperingkat,” katanya di Presscott Hotel.

Katanya, sektor pertanian dan desa di Belanda merupakan antara contoh terbaik untuk dipelajari.

Abdul Khalid sebelum itu merasmikan majlis penutup Seminat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) peringkat Hulu Langat.

Jelasnya keseimbangan pendapatan penting supaya penduduk desa tidak ketinggalan dengan arus pembangunan bandar.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut akan memanggil pakar dari Belanda untuk menerangkan langkah pembangunan mereka untuk dipelajari negeri Selangor.

Categories
SELANGOR

Selangor bangun sektor pertanian dengan kerjasama Nestle

Oleh : NORHAYATI UMOR

TANJUNG SEPAT, 30 DIS: Syarikat dari Switzerland, Nestle akan mengemukakan cadangan rangkaian kerja dengan kerajaan negeri dalam
sektor pertanian bermula minggu ini.

Exco Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata pihaknya akan mula membincangkan rangkaian kerja membabitkan Nestle dan
masyarakat kampung itu.

Baru-baru ini, kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Nestle untuk menjadikan Selangor sebagai hub peringkat Asia Tengah dalam
sektor pertanian.

Sallehen MukhyiSallehen berkata, pemilihan Nestle dibuat ekoran kejayaan syarikat yang berasaskan produk makanan itu memperoleh pendapatan tinggi
walaupun sekadar mengusahakan tanah seluas 10 hektar.

Katanya, 20 peratus sahaja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan dalam negara sementara selebihnya dieksport ke luar negara
daripada hasil perusahaan Nestle itu nanti.

“Walaupun 10 hektar, tetapi pendapatan syarikat itu sama dengan pendapatan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Jadi minggu ini, Nestle akan memulakan rangkaian kerjanya. Sebagai contoh jika mereka mahu cili, jadi masyarakat kampung akan
terbabit dengan penanaman cili begitu juga dengan pengeluaran lain.

“Jadi pengusaha tempatan tidak akan membazirkan walau seinci tanah yang dimiliki bagi mendapat hasil yang baik,” katanya dalam ucapan
perasmian di Karnival Mesra Rakyat, di Pantai Kampung Batu Laut, di sini, semalam.

Selain itu, Sallehen memaklumkan kerajaan negeri sudah meluluskan pewartaan kira-kira 404 haktar tanah di kawasan Tanjung Sepat
sebagai zon pertanian.

“Ia penting untuk meletak zon bagi kawasan terbabit supaya memastikan kawasan pertanian itu kekal dan masyarakat kampung boleh
menjalankan aktiviti pertanian,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor tawar pinjaman pertanian, lahir lebih ramai petani muda

Oleh : NORHAYATI UMOR

TANJUNG SEPAT 30 DIS: Rakyat Selangor khususnya golongan muda digalakkan menyertai aktiviti pertanian melalui tawaran pinjaman yang akan diberikan kerejaan negeri, bermula tahun 2014.

Exco Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata rakyat Selangor boleh memulakan aktiviti pertanian secara individu atau berkelompok melalui pinjaman berkenaan.

kelapa-sallehenKatanya, lebih menarik apabila tawaran pinjaman itu tidak perlu dibayar semula dengan wang tunai tetapi melalui hasil pulangan yang diterima pengusaha.

“Bayaran balik melalui hasil pulangan itu bermaksud pendapatan diterima setiap bulan yang disahkan agensi terbabit.

“Selepas disahkan, pengusaha hanya perlu menunjukkan hasil pendapatannya kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan mereka tidak perlu membayar balik selepas pendapatan setiap bulan itu mencecah nilai pinjaman,” katanya ketika merasmikan Karnival Mesra Rakyat, di Pantai Kampung Batu Laut, di sini, semalam.

Sallehen berkata, pendekatan itu diambil supaya pengusaha bertindak mengusahakan pertanian mereka secara serius dan fokus untuk mendapatkan hasil lumayan seterusnya membantu menjana pendapatan keluarga.

“Pinjaman yang diberikan bukan untuk keuntungan, sebab itu kita tawarkan cara terbabit. Jika dulu, kita tidak berikan pinjaman, contohnya kita berikan mereka enjin bot untuk nelayan, malangnya mereka jual enjin itu.

“Jadi kita tidak mahu perkara itu berulang lagi, kita mahu bentuk sikap peladang atau petani supaya fokus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meminta UPEN untuk menyediakan draf pinjaman itu kepada yang layak dan perhatian akan diberikan kepada pengusaha berkelompok dan golongan belia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bekerjasama dengan Nestle tingkat pengeluaran pertanian

Oleh: Lizawati Madfa,

SABAK BERNAM 23 DIS: Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Pembangunan Desa akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Switzerland, Nestle bagi memaksimumkan perolehan sektor pertanian di negeri itu.

Exco Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata pemilihan syarikat Nestle dibuat ekoran kejayaan syarikat yang berasaskan produk makanan itu memperoleh pendapatan yang tinggi walaupun sekadar mengusahakan tanah seluas sepuluh hektar.

kelapa-sallehenLebih menarik, katanya, daripada hasil perusahaan Nestle itu, 20 peratus sahaja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan dalam negara sementara selebihnya dieksport ke luar.

“Pendapatan Nestle adalah menyamai pendapatan yang diperolehi daripada gabungan pendapatan negara Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Kita akan kongsikan nanti bagaimana Nestle menguruskan ‘networking’ kepada masyarakat kampung supaya mereka dapat faham dan aplikasikan dalam perusahaan mereka.

“Jadi pengusaha-pengusaha tempatan ini tidak akan membazirkan walau seinci tanah yang dimiliki bagi mendapat hasil yang baik,” kata Sallehen.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Mini Agrofest Sabak Bernam di sini semalam.

NestleLogoDalam pada itu, Sallehen berkata Kerajaan Negeri tidak berhasrat membenarkan mana-mana tanah baru untuk diteroka sebagai tanah pertanian bagi memelihara keseimbangan ekologi.

“Bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi tanah pertanian yang masih belum diusahakan, sama ada milik kerajaan mahupun individu.

“Kita akan minta pihak jabatan pertanian untuk lihat tanah-tanah ini bagi menentukan program yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian jenis tanah,” kata Sallehen.

pertanianTambahnya, walaupun tidak dapat memberi sumbangan besar, tanah yang kecil juga penting untuk diusahakan bagi memperoleh pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi tahun hadapan.

“Tahun 2014 nanti rakyat akan menghadapi zaman keperitan dengan pelbagai kenaikan termasuk harga barang-barang keperluan harian, cukai, dan sebagainya.

“Jadi perusahaan tanah ini penting terutama kepada masyarakat di kampung yang boleh merangka ekonomi melalui program pertanian,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pertanian Urban mampu tingkat sosial ekonomi petani

ng suee lim2

SHAH ALAM 4 OKT : Pertanian Urban (UA) mampu meningkatkan sosial ekonomi golongan petani dan membangunkan sesuatu kawasan yang akan menjana keuntungan rakyat dan negeri.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pelaksanaan UA akan memberikan kesan positif dalam memenuhi permintaan bahan keperluan makanan semasa yang semakin meningkat.

“Saya menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk meneroka UA memandangkan pertanian adalah satu perniagaan yang dapat menjana ekonomi setempat.

“Sudah sampai masa satu pelan perancangan yang holistik dirangka bagi tujuan berkenaan. Dengan adanya perancangan ini, saya cukup yakin pendapatan golongan petani akan dapat dioptimakan ,” katanya kepada TVSelangor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai UA di Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Subang Jaya pada 23 dan 24 September lalu.

Abdul Khalid menyatakan respon kepada urbanisasi pesat di Selangor dengan jangkaan 85 peratus kawasan di Selangor akan menjadi bandar menjelang 2020.

Sehubungan itu, Suee Lim berkata, pendedahan tentang skil dan teknologi pertanian yang lebih maju kepada petani harus diberi keutamaan supaya segala objektif yang dikenal pasti dapat mencapai sasaran.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri akan merangka konsep Pertanian Urban (UA) dalam siri mesyuarat melibatkan Menteri Besar, Pejabat-Pejabat Exco bertanggungjawab, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Adun dan penduduk yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, mesyuarat itu nanti mahu mencari formula untuk menerap dan melaksanakan Pertanian Dalam Bandar secara holistik, berkesan dan cekap.

?Pertanian Urban ini satu konsep yang masih dalam perbincangan. Belum ada lagi rancangan yang konkrit untuk dimajukan.

?Oleh itu pihak saya dan Menteri Besar akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Adun, Ahli Majlis dan juga penduduk di kawasan PBT berkaitan untuk mencari satu formula yang terbaik supaya apabila dilaksanakan ia akan berjalan dengan lancar,? katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dr Idris : Pembangunan desa perlu rangkum tiga aspek utama

Ijok DNS

SHAH ALAM, 3 JULAI : Kerajaan Negeri disarankan supaya mengaplikasikan tiga aspek utama dalam usaha memastikan pembangunan di desa adalah seimbang dengan pembangunan di kawasan bandar.

Tiga aspek yang dimaksudkan ialah kesejahteraan, selamat dan sihat, kata Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Jelasnya, untuk mencapai masyarakat yang sejahtera, mutu pendidikan anak-anak di desa seharusnya  ditingkatkan dengan menambah lebih banyak pusat tuisyen yang mengkhusukan tiga subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Di bawah aspek sama katanya, Kerajaan Negeri juga perlu menggalakkan pelaburan ke desa yang berasaskan pertanian bagi meningkatkan pendapatan dan memberi peluang pekerjaan kepada warga desa tanpa perlu berhijrah ke bandar.

“Untuk sektor pendidikan, saya syorkan exco pendidikan mengambil perhatian dengan menubuhkan lebih banyak pusat tuisyen untuk semua peringkat (darjah satu hingga tingkatan lima) supaya mereka mendapat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan.

“Kerajaan Negeri juga sepatutnya menggalakkan pelaburan ke desa iaitu pelaburan industri yang berasaskan pertanian kerana banyak tanah terbiar di desa yang tidak digunakan,” katanya semasa membahaskan titah DYMM Sultan Selangor dalam sesi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Sementara itu, di bawah aspek kesihatan jelasnya, Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan untuk membina hospital di kawasan desa bagi memastikan pesakit tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan.

Meskipun pembinaan hospital tertakluk di bawah perancangan Kerajaan Pusat, namun tegasnya, Kerajaan Negeri perlu mengambil inisiatif awal untuk membina hospital yang boleh memberi rawatan kepada pesakit.

“Terdapat ramai pesakit kronik di kawasan desa yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital berikutan lokasi hospital itu terlalu jauh dari kediaman mereka.

“Sebagai contoh di Kuala Selangor, pesakit perlu merujuk ke Hospital Sungai Buloh atau Tanjung Karang untuk mendapatkan rawatan sedangkan kondisi mereka sangat kritikal pada waktu itu.

“Kerajaan Negeri tidak perlu membina hospital canggih, cuma bina yang asas sahaja untuk memberi rawatan kepada pesakit,” katanya lagi.

Tambahnya, aspek ketiga iaitu selamat adalah merujuk kepada pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan masuk kawasan kampung untuk mengurangkan masalah jenayah.