Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

PKNS lancar kempen jualan hartanah terbaharu hujung minggu ini

SHAH ALAM, 24 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal melancarkan kempen program jualan hartanah terbarunya ‘PKNS PLUS’ selama dua hari bermula 27 hingga 28 Mac 2021, bagi menarik pembeli.

PKNS dalam satu kenyataan semalam berkata kempen bertemakan ‘Tambah Ganjaran, Tambah Senyuman’ itu akan dijalankan di tiga galeri jualan terpilihnya iaitu di Kota Puteri, Kompleks PKNS Shah Alam dan rumah contoh Residensi Aurora, Selangor Cyber Valley.

Pelbagai promosi dan pakej istimewa akan ditawarkan bagi projek terpilih yang berkualiti tinggi seperti rumah teres dua tingkat di Kota Puteri, Residensi Aurora, Selangor Cyber Valley dan rumah banglo eksklusif Hijauan Enklaf, Alam Nusantara.

“Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus dengan lambakan pakej menarik antaranya yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) percuma dan duti setem Memorandum of Transfer (MOT) serta pakej hiasan dalaman, di samping jangkaan pulangan pelaburan yang tinggi.

“Serendah harga RM350,000, hampir kesemua kediaman PKNS ini telah siap untuk diduduki dan merupakan pilihan yang terbaik untuk semua pelanggan kami terutamanya bagi mereka yang baru sahaja berkeluarga,” katanya.

Bagi maklumat lanjut boleh menghubungi talian PKNS X Line 03-5022 0188 (Kota Puteri), 03–5022 0189 (Alam Nusantara) dan 03-5022 0187 (Selangor Cyber Valley) atau layari www.pkns-property.com serta Facebook PKNS Property.

-BERNAMA