Categories
SELANGOR

Dua kenyataan media berlawanan, sidang media PKR Selangor kelam kabut

Oleh NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 6 OGOS: Sidang media Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini kecoh berikutan wujud kenyataan media berlawanan secara  terang-terangan.

Ia bertajuk ‘MPN Selangor cadang dua nama untuk selesai kemelut MB’ manakala satu lagi ‘Keadilan Selangor bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah’ yang didakwa diedar dua individu berpakaian berlogo PKR .

Ia mendorong beberapa wartawan meminta penjelasan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan beberapa pimpinan yang menyertai sidang media itu.

Sebaliknya, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Yahya Sahri mendakwa wujud sabotaj pada sidang media berkenaan, malah menuding jari kepada wartawan.

“Anda yang terima, siapa yang edar? Mungkin juga wartawan edar sebab kita duduk depan, anda duduk belakang,” katanya selepas selesai sidang media itu.

Tuduhan itu menimbulkan perasaan kurang senang wartawan sebelum situasi kelam kabut itu ditenangkan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang menarik semula tuduhan berkenaan.

“Kita hormati semua wartawan. Anda semua hanya menjalankan tugas dengan baik. Saya tak fikir wartawan, kita boleh semak semula dalam video nanti,” katanya.

– FZL –

JURNAL BERITA – MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah

1. MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015

2. MB: Manifesto PR PRK Kajang tingkat pembangunan negeri

3. Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

4. PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno

5. Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor Polis

6. Exco: Pemilik buat pembakaran terbuka berdepan tindakan undang-undang

7. Kerajaan Pusat digesa naik taraf Lebuhraya Besraya bagi atasi kesesakan

8. Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

9. Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

10. Ahli Parlimen Serdang kesal projek Park ‘n Ride gagal siap ikut tempoh

11. PBT perlu rangka dasar kutip minyak masak untuk kitar semula

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

JURNAL BERITA: Najib tambah cabutan khas judi untuk jana hasil negara?

1- Hannah : KDN perlu beri peluang koperasi tubuh syarikat keselamatan

2- Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa menubuhkan syarikat pengawal keselamatan

3- DAP selar tindakan kerajaan pusat lulus 22 permit cabutan khas 4D

4- GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan

5- ‘Profesor kangkung’ dijangkiti ‘sindrom bebalisme’ putar belit sejarah negara

6- Anwar: Harussani cela himpunan, diam saat rakyat ditindas

7- Mahkamah Rayuan putus Bersih 3.0 tidak haram

8- PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

9- FOMCA: Kawal orang tengah, elak harga ikan naik

10-Perbalahan agama perlu selesai cara ilmiah

11-SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

Categories
NASIONAL

SPR harus terima teguran, bukan sebelahi Umno BN

SPR vs Tribunal rakyat

SHAH ALAM 29 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu sedia menerima teguran semua pihak termasuk Tribunal Rakyat demi memelihara kepentingan rakyat.

Keengganan SPR membantu siasatan Tribunal Rakyat hanya membayangkan agensi itu mengambil pendirian yang menguntungkan Umno BN sahaja.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata SPR sepatutnya berani dan bertanggungjawab terhadap setiap teguran.

“Tribunal Rakyat mengesahkan isu yang dibangkitkan PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini betapa ada banyak penipuan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

“SPR wajar meneliti secara profesional untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai agensi yang melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau juga menolak dakwaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kononnya tribunal berkenaan hanya mencari publisiti.

“Ini bukan soal menonjolkan kepentingan mana-mana pihak sebab itulah saya mendesak SPR bersikap terbuka dan mendengar teguran semua pihak khususnya rakyat.

“Keputusan PRU 13 penuh penipuan dan penyelewengan menyebabkan kesan buruk terhadap imej negara kepada dunia antarabangsa,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.