Oleh Naeem Raffi
SHAH ALAM, 1 OKT : Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan portfolio baharu pentadbirannya yang menyaksikan beberapa portfolio digabungkan bagi meningkatkan prestasi dan menjamin produktiviti dalam pentadbiran baharu.
“Barisan exco baru diberi suntikan nafas segar dengan penjenamaan baru beberapa portpolio seiring tuntutan cabaran semasa,” kata Azmin di satu sidang media seusai mempengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
Persuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad diberi peranan penting memimpin tugasan perumahan rakyat, manakala pemimpin veteran DAP, Teng Chang Khim memimpin tugasan pelaburan dan industri.
Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dengan portfolio masing-masing:

Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR – Bukit Antarabangsa)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) Selangor, dan Penerangan.
Datuk Teng Chang Khim (DAP – Sungai Pinang)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan, dan Pengangkutan.
Iskandar Abdul Samad (PAS – Chempaka)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Kehidupan Bandar.
Elizabeth Wong Keat Ping (PKR – Bukit Lanjan)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, dan Hal Ehwal Pengguna.
Ean Yong Hian Wah (DAP – Seri Kembangan)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru.
Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS – Sijangkang)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.
Dr Daroyah Alwi (PKR – Sementa)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
V Ganabatirao (DAP – Kota Alam Shah)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, dan Pekerja Ladang.
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR – Seri Setia)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.
Amirudin Shari (PKR – Batu Caves)
Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.
Zaidy Abdul Talib (PAS – Taman Templer)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani.
HM