Categories
NASIONAL

UMcedel: 20% sokongan Cina bantu PR menang PRK Permatang Pauh

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Sokongan padu kaum Cina membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh, pada 7 Mei lalu.

Pengarah  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) , Dr Amir Saifudi berkata, kajian mendapati kaum Cina memberi kemenangan besar kepada PR.

PRK-P44“Walau terdapat perubahan undi, tetapi secara umumnya hampir 20 peratus sokongan penuh adalah daripada pengundi Cina yang menentukan kemenangan PR di PRK Permatang Pauh.

“Selain itu, pengundi veteran berumur 41 tahun ke atas turut menyumbangkan sokongan kuat kepada PR,” katanya.

Amir berkata, sokongan padu kaum Cina juga penting bagi PR untuk pilihan raya akan datang walaupun kajian memperlihatkan terdapat perubahan undi bagi beberapa kawasan.

“Sokongan padu ini berkemungkinan boleh berlaku di tempat lain jika kita memperoleh data. Kajian ini seharusnya dilaksanakan parti politik untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mustahil PR sabotaj, fakta mana BN ambil?

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 5 MEI: Pakatan Rakyat (PR) membidas kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN) kemungkinan berlaku unsur sabotaj didalangi pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, dakwaan laluan lalu lintas akan dihalang pada hari pengundian adalah akibat parti pemerintah khususnya Umno yang kini semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat.

“Mana mungkin kita sabotaj sedangkan PR nak beri ruang terbaik kepada pengundi untuk keluar mengundi.

bendera 11“Tidak akan berlaku dalam keadaan sekarang kita nak sabotaj. Fakta dan data mana yang dia ambil? Maklumat dari mana?,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau mengumpamakan dakwaan itu seperti pepatah Melayu ‘kalau rumput dianggap semak maka semak itu menjadi tuan kepada yang menyemakkan’.

“Maknanya rumput itu milik siapa? Milik dia dan yang bercakap itu dia, yang nak buat itu pun dia.

“Kebiasaannya orang yang nakal dan tidak senonoh, maka dia akan buat kerja sebegitu dan anggap orang lain jaga sama,” katanya.

abdullah saniAbdullah Sani berkata, sokongan masyarakat kini semakin tinggi kepada PR serta calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan culaan dijalankan termasuk beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.

“Walaupun pada detik akhir akan berlaku pelbagai usaha untuk menambat pengundi dijalankan pihak lawan tetapi saya yakin ia adalah taktik suram dan bukan tiket kemenangan.

“Ini kerana dasar dibuat BN hari ini menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat,” katanya.

Laporan media semalam menyatakan BN bersedia menghadapi sebarang unsur sabotaj dipercayai dilakukan pembangkang pada hari mengundi.

-NFN-

Categories
NASIONAL

KM: Permatang Pauh dimajukan pelbagai projek kemudahan rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Kerajaan Pulau Pinang menjalankan pembangunan berterusan di negeri itu termasuk memajukan kawasan Permatang Pauh dengan pelbagai projek kemudahan rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata pembangunan terbaharu adalah sebuah dewan termoden di Seberang Jaya, di sini.

Jom Balik Undi“Dewan dibina itu tercantik dan termoden disiapkan dikenali Seberang Perai Arena atau SPA dengan kos RM11 juta.

“Kita sekarang sudah meluluskan tapak cadangan dan merancang membina sebuah pasar moden di kawasan sama dengan kos lebih RM10 juta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membina dewan Permatang Pasir di kawasan seluas 4.3 ekar dengan kos keseluruhan RM4.8 juta.

“Kawasan seluas 2.2 ekar selesai diambil pada Januari 2013 dengan kos RM1.9 juta manakala pengambilan tambahan pada Jun tahun ini di kawasan seluas 2.1 ekar dengan kos RM2.8 juta.

“Selain itu projek pembinaan jalan raya juga diadakan di Permatang Pauh di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan jumlah RM24.6 juta dari 2008 hingga kini selain projek Jabatan Parit dan Saliran Pulau Pinang RM5.8 juta (2008 hingga kini),” katanya.

Katanya, kerajaan Negeri turut membelanjakan RM8.2 juta menerusi Program Emas iaitu anak emas, warga emas, pelajar emas, wang khairat serta mahasiswa yang terpilih ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

EZY

Categories
NASIONAL

Bekas Tim Menteri: Pakatan Rakyat harapan cerah ambil alih Putrajaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Dengan perubahan senario politik negara masa kini, Pakatan Rakyat (PR) mampu mengambil alih Putrajaya dan menjadi kerajaan pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional (BN).

Bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata PR berkemampuan untuk itu berikutan ketika ini memainkan peranan utama selaku pembangkang kuat serta menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen.

pakatan rakyat putrajaya naeemKatanya, senario perubahan juga berlaku kepada tamadun dunia seperti mana berpandukan perubahan kuasa dunia pada masa dahulu sehingga kini.

“Tamadun akan datang persekitarannya di Lautan Pasifik terletaknya China, Jepun, Korea, Australia termasuk negara kita, Malaysia.

“Serupa juga dengan parti politik, dulu kita ada Perikatan sebagai kerajaan masa lalu, sekarang di bawah BN (kerajaan ketika ini) yang mana mulai 2004 merosot hingga hilang majoriti hingga 2013.

“Bagi saya ianya berterusan dan saya yakin dengan kepimpinan muda seperti Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan ramai lagi sudah memainkan peranan utama selaku pembangkang negara maka pada suatu hari nanti kita (PR) berubah kepada kerajaan masa hadapan,” katanya selepas majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya, di sini, semalam.

Bekas Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, kerajaan baik kekal lama seandainya menjaga kebajikan rakyat dan negaranya.

Katanya, ia berbeza seperti mana BN kini dilihat goyah akibat gagal memainkan peranan sebagai kerajaan adil akibat pelbagai penyelewengan berlaku hingga memenjarakan musuh politik ke penjara.

“Cara begitu tidak kekal. Yang paling kekal apabila sesebuah kerajaan menjaga kesejahteraan dan kesempurnaan rakyat serta negara, ia berkekalan.

“Dalam erti kata lain, BN boleh kekal jika berbuat demikian, begitu juga dengan parti yang mengambilalih nanti,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Warisi perjuangan bukan nepotisme

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Mewarisi perjuangan atau idealogi tidak harus dianggap nepotisme berbanding memperoleh hasil mahsul negara ketika ahli keluarga berperanan dalam pentadbiran kerajaan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata amalan itu tidak berlaku dalam PKR biarpun pihak tertentu termasuk musuh politik melemparkan tuduhan sedemikian.

Nurul Izzah“Kita tidak mewarisi menerusi syarikat sendirian berhad seperti bila ada projek kerajaan atau anak syarikat kerajaan (GLC), tubuhkan syarikat letak anak, adik beradik kita.

“Terima dana daripada kerajaan pusat sementara kita pegang jawatan menteri, bagi saya itu maknanya nepotisme,” katanya dalam majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya, di sini, semalam.

Forum terbabit diadakan sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menampilkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti berkenaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau meneruskan perjuangan dengan adik beradiknya apabila bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disingkirkan dan dipenjarakan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Beliau yang tidak berminat dengan politik perlu berbuat demikian bagi mewarisi perjuangan reformasi dirintis Anwar ke arah perubahan politik negara.

“Tentunya kita mahu anak-anak kita mewarisi idealisma terbabit, kita mahu anak-anak kita mengerti mengapa kita pegang prinsip itu dan kita mahu anak-anak kita tidak tergugat serta pada landasan keadilan dan kebenaran.

“Pada saya itu mesej yang ingin disampaikan,” katanya.

Katanya, Wan Azizah menjadi simbol perjuangan PKR sejak dari awal kewujudan serta melibatkan ibunya terpaksa mengambilalih kerusi Permatang Pauh apabila bapanya dimasukkan di penjara.

EZY

Categories
NASIONAL

KM cabar calon BN jawab isu kontrak Kerajaan Negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar calon BN PRK Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin supaya menjawab soalan beliau berkenaan kontrak Kerajaan Pulau Pinang.

Guan Eng mahu Suhaimi memberikan penjelasan isu itu yang mendakwa sebelum ini golongan Bumiputera sukar mendapat kontrak daripada Kerajaan Pulau Pinang.

“Saya ulangi, pertanyaan yang halus kepada calon BN ini. Harap boleh jawab. Beliau sebagai seorang kontraktor Melayu, bolehkah dia cari makan dengan Kerajaan Negeri.

“Jangan bercakap pasal kontrak persekutuan tetapi saya cakap secara khusus kontrak Kerajaan Negeri.

“Jangan main-main sama saya. Mengapa takut jawab soalan Ketua Menteri?” kata Guan Eng pada sidang media di Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.

Tegas Guan Eng, beliau bersedia menjawab kembali sekiranya Suhaimi masih mendakwa kononnya perniagaannya tidak boleh hidup melalui kontrak Kerajaan Negeri.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Guan Eng mengemukakan senarai nilai kontrak kerja-kerja yang dijalankan kontraktor Bumiputera kelas F.

Mengikut senarai yang dikeluarkan, jumlah kontrak dikeluarkan kepada kontraktor Bumiputera pada 2009, sebanyak RM11,650,087.75.

Jumlah itu terus meningkat kepada RM38,459,954.51 pada 2010, RM67,936,787.33 pada 2011 dan RM72,800,090.78 pada 2012.

Angka itu terus meningkat sehinggalah mencecah 91,441,621.16 yang membawa jumlah keseluruhan antara 2009 – 2014 sebanyak RM370,535,156.

EZY

Categories
NASIONAL

Guan Eng: Ismail Sabri biadap tak benar Kak Wan jejak kaki lobi MOA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Kenyataan angkuh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak membenarkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjejakkan kaki ke pejabatnya sekiranya menang di Permatang Pauh adalah biadap dan kurang ajar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kenyataan itu menghina kebebasan rakyat, wanita dan wakil rakyat sekaligus

_MG_1395 (1)“Ismail Sabri menyatakan sekiranya Kak Wan dipilih menjadi Ahli Parlimen, jangan cari dia.

“Semua projek pertanian tidak akan diluluskan dan nak masuk lobi pun tak boleh.

“Ini satu kenyataan yang sangat biadap dan kurang ajar sama sekali,” kata Guan Eng pada sidang media di Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.

Kata beliau, Ismail Sabri patut menarik semula kenyataan beliau itu dan meminta maaf.

Guan Eng turut menyifatkan tindakan Ismail Sabri itu sebagai liar dan melampau.

“Takkanlah seorang wakil rakyat dilayan sebegitu,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Pengundian awal berjalan lancar

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 3 MEI: Pengundian awal bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula jam 8 pagi ini membabitkan 627 pengundi berjalan lancar.

Ia berlangsung di dua pusat mengundi iaitu Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan dan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata pihaknya mengarahkan semua pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis supaya datang awal menunaikan tanggungjawab.

Pengundian awal“Ini kerana mereka ada tugasan lain.

“Undian awal dijalankan di dua saluran iaitu Dewan Gemilang ini membabitkan 597 pengundi dan Balai Polis Kubang Semang seramai 30 pengundi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, setakat ini 65 laporan diterima sejak hari penamaan calon termasuk laporan pegawai polis bertugas mengawasi ceramah dan sebagainya.

“Dalam tempoh berkempen ini parti bertanding memberikan kerjasama baik. Tiada sebarang insiden tidak diingini.

“Saya berharap kekalkan semangat berkempen sedemikian rupa sehingga 7 Mei ini,” katanya.

Beliau menasihati semua 71,800 pengundi keluar mengundi awal pada hari mengundi Khamis ini dan memberi jaminan anggota polis mencukupi bagi mengawasi keselamatan di sepanjang tempoh pilihanraya kecil ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini menyaksikan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima saingan tiga penjuru daripada Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Calon BN lemah, harapkan orang lain jawab soalan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin disifatkan pemimpin lemah apabila terpaksa mengharapkan Kerajaan Persekutuan menjawab bagi pihak beliau terhadap persoalan dibangkitkan wartawan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, lebih memburukan keadaan sekiranya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjawab bagi pihak beliau.

Nurul Izzah“Dia tak sepatutnya menjawab. Susahlah kalau dia harapkan Datuk Ahmad Maslan jawabkan untuk dia,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media yang diadakan Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.

Sebelum ini Ahmad Mazlan kerap tampil menjawab pelbagai persoalan dibangkitkan rakyat bagi kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimanapun jawapan beliau itu kerap dilihat tidak masuk akal sekaligus mencipta lebih banyak kerosakan imej Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu sebuah media melaporkan terdapat pihak dalam Umno sendiri yang meminta Ahmad Maslan menutup mulutnya ketika bertemu media.

EZY

Categories
NASIONAL

Calon BN kena jujur perjelas projek kontraktor Bumiputera

Oleh: NAZLI IBRAHIM/ HAFIZAN TAIB

BUKIT MERTAJAM 2 MEI: Calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin patut memberi penjelasan kesukaran Bumiputera di Pulau Pinang mendapatkan projek seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Exco Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, jawapan Suhaimi itu dinantikan pengundi Permatang Pauh yang mahu kebenarannya.

“Dalam kempen PRK Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri berkali-kali cakap kontraktor Bumiputera sukar dapat kontrak.

“Suhaimi sendiri sebagai kontraktor jangan menipu, kena berkata benar sama ada dia sendiri pernah dapat kontrak Kerajaan Negeri atau tidak.

“Saya tak mahu menjawab tetapi mahu dia sendiri jawab dengan jujur,” kata Boon Poh ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas ucapan beliau di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Bercakap lanjut, Boon Poh berkata, amalam tender terbuka yang dijalankan Kerajaan Negeri membolehkan ramai kontraktor Bumiputera memperolehi kontrak Kerajaan Negeri.

“Sesiapa boleh dapat kontrak dari Kerajaan Negeri dan kami tak melihat latar belakang politik.

“Hingga sekarang kontraktor Umno sendiri pernah berjaya mendapat kontrak melalui tender terbuka ini,” kata Boon Poh lagi.

Sementara itu, ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, berkata setakat ini tiada sebarang kenyataan atau komen kedengaran daripada Suhaimi berhubung perkara itu.

“Sebagai kontraktor, adakah beliau boleh bekerja dan menyara hidup di Pulau Pinang?

“Maklumbalas daripada media juga diterima apabila ditujukan soalan kepadanya, beliau tidak mahu komen. Tiada komen daripadanya berhubung GST, rasuah atau pembangunan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Aishah: “GST, bukan beli kereta hari-hari, boleh ke masak ‘sambal Honda’?”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 2 MEI: Masyarakat pengguna menyambut dingin terhadap kenyataan kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menurunkan harga kereta.

Ini kerana, pengguna negara ini lebih memikirkan kenaikan barangan keperluan harian seperti makanan, barangan dapur, penjagaan diri dan lain-lain.

Bekas calon Pilihan Raya Umum ke-13 bagi Parlimen Jempol, Aishah Wan Aishah Wan Ariffin berkata, lazimnya kereta hanya dibeli beberapa tahun sekali.

Aishah“Kita bukan nak beli kereta hari-hari. Boleh ke kita masak ‘sambal Honda’ dan sebagainya,” kata Aishah dalam program Program Cakna Rakyat ‘Hatiku Hatimu Jua’ di sini, hari ini.

Aishah yang juga merupakan penyanyi terkenal dengan lagu ‘janji manis mu’ itu turut membandingkan GST di Malaysia dengan Australia.

“Semasa GST mula-mula di Australia, gaji minimanya jauh lebih tinggi berbanding Malaysia,” kata Aishah lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Bekas Tim Menteri: Ramai ahli parlimen BN tak tinggal di kawasan sendiri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

2 MEI: Barisan Nasional (BN) tidak wajar menjadikan jarak antara Kajang dan Permatang Pauh sebagai isu untuk menyerang kemampuan Datuk Seri Dr Wan Azizah berkhidmat di dua kawasan itu.

Hal ini berikutan, kebanyakan Menteri Kabinet BN sendiri tidak menetap di kawasan masing-masing tetapi menetap di Lembah Klang.

_MG_1395 (1)Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sharif Omar berkata, lebih menarik lagi apabila Ahli Parlimen Rompin yang meninggal dunia baru-baru, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, juga menjalankan dua tugas sehingga terpaksa tinggal di New York.

“Arwah ini selain jadi Ahli Parlimen Rompin dia juga bertugas sebagai Duta Malaysia di Amerika. Dia tinggal di New York. Tak pula BN jadikan isu.

“Ini New York Amerika tahu, bukan dekat-dekat tetapi Kak Wan jarak antara Kajang dengan Permatang Pauh pula yang jadi isu,” kata Sharif dalam ceramahnya di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula berkata, BN sepatutnya memikirkan isu penting seperti 1MDB dan bukannya memainkan isu remeh.

“1MDB adalah 1 Malaysia Dalam Bahaya kerana tiba-tiba lebih RM40 bilion duit kita hilang,” kata Boon Poh.

EZY