Categories
NASIONAL

MB: Semua parti berhak lebarkan sayap di Sarawak

OLEH: AFIX REDZUAN

HULU KLANG, 2 JAN: Semua parti berhak untuk bertanding dan melebarkan sayap kuasa di Sarawak kerana negeri bumi kenyalang itu adalah sebahagian daripada asas pembentukan Malaysia.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sudah menjadi tanggungjawab parti politik peringkat nasional bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tanpa perlu dihalang bahkan mereka sudah bertanding sejak awal lagi.

sarawak-state-assembly-building“Sarawak sebahagian daripada Malaysia. Pembentukan Malaysia itu adalah di atas persetujuan Sarawak.

“Sebagai parti yang bersifat nasional memang menjadi tanggungjawab kita untuk bersama (bertanding) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Itu bukan perkara baru sebab kita sudah sertai sejak awal lagi bahkan kita menang beberapa kerusi di DUN Sarawak,” kata Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta parti semenanjung, UMNO, PAS, DAP dan KEADILAN tidak melebarkan sayap ke negeri itu.

Jelas Mohamed Azmin, KEADILAN sudah lama bersedia menghadapi PRN Sarawak dan hanya menunggu pengumuman tarikh.

Adenan dalam ucapan tahun baru membayangkan PRN bakal diadakan pada Mac susulan ucapannya yang meminta rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan ‘dalam masa tiga bulan lagi’.

EZY