Demonstrasi besar-besaran bantah program Dwi Bahasa (DLP) akan diadakan 9 April ini di Stadium Merdeka.
Tag: Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad
Demo anti DLP di Stadium Merdeka 9 April
OLEH LIZAWATI MADFA
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Satu demonstrasi besar-besaran membantah program Dwi Bahasa (DLP) akan diadakan pada 9 April depan di Stadium Merdeka.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan DLP, Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad, berkata ia akan dimulai dengan demonstrasi di peringkat negeri terlebih dahulu.
Katanya, bagi negeri yang bercuti Jumaat, demonstrasi akan diadakan pada 25 Mac manakala yang lain pada 26 Mac.
“Oleh kerana ada permintaan yang mahukan demonstrasi lebih besar, maka kita setuju untuk berkumpul pada 9 April jam 2.30 petang di ibu negara.
“Kita akan berkumpul di beberapa lokasi yang belum diputuskan sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
“Kita menjangkakan seramai 20,000 akan menyertai demo itu nanti,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Pusat di sini, hari ini.
Turut serta, Pengerusi Majlis Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan, Datuk Zainal Borhan dan Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Faisal Abdul Aziz.
Zainal berkata, demonstrasi besar-besaran itu bukan tindakan terakhir dalam usaha membantah DLP dilaksanakan di sekolah kebangsaan.
“Sebaliknya kita akan terus berunding dengan pihak berkuasa sehingga DLP dihentikan,” katanya.
-AA-