Categories
NASIONAL

PLKN Kumpulan 3 Siri 15/2018 ditangguhkan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengumumkan penangguhan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 15/2018 sehingga pemakluman terbaru mengenainya dikeluarkan.

Dalam satu kenyataan, pihaknya memaklumkan penangguhan itu dilakukan buat masa sekarang kerana jumlah pengambilan pelatih PLKN bagi 2018 melebihi sasaran ditetapkan iaitu 20,022 orang.

“Semua pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018 menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) pada tarikh ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN,” katanya.

JLKN turut memberitahu pihaknya tidak akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai penagguhan bagi NPP kali ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKNS diminta ambil tindakan atasi masalah sistem pepejal – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 18102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diminta mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah sistem pepejal yang dihadapi penduduk Pangsapuri PKNS di PJS 6, Petaling Jaya.

2. Pakatan Rakyat menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun hadapan bagi memperbaiki matlamat asal program itu.

3. Kerajaan tidak menyebut tentang perhimpunan BERSIH 3.0 atau serangan ke atas wartawan yang berlaku semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRC) lapor portal Malaysiakini.

Categories
SELANGOR

22 kematian PLKN, PR gesa tangguh

plkn anwarPETALING JAYA 17 OKT : Pakatan Rakyat menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun hadapan bagi memperbaiki matlamat asal program itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan PLKN perlu dikaji kerana kerana sehingga kini mengakibatkan 22 kematian pelatihnya sejak ia dilancarkan

Katanya, PLKN yang menelan ratusan juta ringgit perlu dikaji semula keberkesanannya kerana menimbulkan pelbagai masalah serta matlamatnya meragukan.

“Matlamat perpaduan negara, matlamat disiplin dan keselamatan kerana setakat ini dari awal dah terdapat 22 kematian dalam perlaksanaan PLKN,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar juga mencadangkan supaya Parlimen membentuk satu jawatankuasa khas Parlimen (PSC) untuk memberi ruang membincangkan sama ada meneruskan program berkenaan atau membatalkannya.