Categories
SELANGOR

PROGRESS bantu graduan bentuk jati diri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

KUALA LANGAT, 6 MAC : Pelajar lepasan universiti yang belum mendapatkan pekerjaan berpeluang mengikuti kursus komprehensif secara percuma dengan menyertai Programme on Graduate Employability Enchancement (PROGRESS).

Eksekutif Konsultan Irshad HR Consulting, Kamaruzaman Mohamad, berkata 100 peserta dipilih untuk menjadi sukarelawan program khidmat masyarakat bagi tujuan membentuk jati diri golongan itu.

asli mini 4“Mereka akan diajar daripada aspek pengurusan dan penyediaan sesuatu majlis melalui program khidmat masyarakat kepada masyarakat setempat.

“Ia sebagai persediaan sebelum berada dalam dunia pekerjaan sebenar sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia selepas ini,” katanya kepada SelangorKini.

PROGRESS adalah projek seliaan syarikat Irshad HR Consulting dengan tajaan Kerajaan Negeri yang memberi peluang kepada anak Selangor yang masih belum mendapatkan pekerjaan dalam tempoh empat hingga tujuh bulan.

Ia turut memberi tumpuan kepada golongan itu menghayati nilai kemasyarakatan bagi membentuk kebolehan diri dalam dunia pekerjaan kelak.

Sementara itu, antara pendekatan yang dijalankan PROGRESS adalah Projek Smart Bakti yang mefokuskan usaha kemasyarakatan di perkampungan Orang Asal, Kammpung Sungai Bumbun Pulau Carey.

-AA-