Categories
NASIONAL

BN sabotaj keamanan negara, tingkat ketegangan kaum

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Selepas setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Barisan Nasional (BN) ‘berjaya’ melaksanakan manifesto mereka dalam usaha meningkatkan bebanan rakyat terutama dalam soal kenaikan harga barang.

Hal itu diperkukuhkan lagi dengan sentimen perkauman yang semakin disemarakkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) tanpa tindakan tegas pihak penguasa.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata BN bukan sahaja gagal menunaikan janji tetapi terus gagal mentadbir negara dengan cara adil, telus dan aman.

surendran speech mic 02“BN bukan sahaja membuatkan semua harga barang naik tetapi daripada segi lain seperti ketegangan kaum dan isu agama semakin meluas disebabkan tindakan mereka serta NGO di bawah kawalan (mereka).

“Keadaaan ini menggambarkan seperti mereka ingin sabotaj keamanan di dalam negara dan terus menerus menyebabkan keadaan tegang supaya kekal memerintah negara ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, tempoh setahun selepas PRU-13 menunjukkan pelantikan semula BN menerajui pemerintahan negara yang tidak memberikan manfaat besar, bahkan keadaan semakin teruk.

Antara contoh manifesto BN pada PRU-13 lalu adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah, manakala RM600 untuk orang bujang.

Namun, apa yang berlaku BR1M untuk keluarga hanya sekitar RM450 hingga RM650 sementara untuk orang bujang RM300.

GST Grafik BaruSelain itu, janji harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional juga masih belum dilaksanakan.

Apa yang dihadapi rakyat Malaysia pasca PRU-13 kini adalah kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik.

Keadaan membebankan itu diperkukuhkan lagi dengan kehadiran perlaksanaan cukai GST di saat pendapatan rakyat gagal ditingkatkan dan bakal dilaksankan, pada April 2015.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ulangtahun pertama PRU-13 yang bersejarah

Oleh: NIK NAZMI NIK AHMAD

Setahun telah berlalu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 yang bersejarah. Di sebalik pelbagai halangan dan tekanan yang dihadapi Pakatan Rakyat, Pakatan mendapat hampir 51 peratus undi popular. Namun akibat persempadanan yang tidak adil, Pakatan hanya mendapat 40 peratus kerusi-kerusi Parlimen.

Perjuangan menuntut perubahan di Malaysia mestilah diteruskan. Kita mesti belajar daripada sejarah bahawa kekuatan Pakatan muncul apabila PKR, PAS dan DAP menumpukan untuk bekerjasama antara satu sama lain dan berada di jalur tengah politik.

Kita mesti terus fokus pada isu kesenjangan ekonomi, yang akan menjadi semakin lebar dengan pengenalan GST dan penarikan balik subsidi untuk rakyat; salah urus ekonomi; kronisme dan rasuah yang berleluasa; peningkatan kadar jenayah dan pencabulan hak asasi. Ini termasuk tekanan berterusan terhadap pimpinan Pakatan yang mana contoh utamanya ialah kes Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama, kita mestilah sensitif di dalam berurusan dengan masyarakat Malaysia yang majmuk dan kompleks.

Kerajaan-kerajaan negeri kita mestilah terus membawa semangat reformasi yang menjadi identiti Pakatan dan menarik sokongan majoriti rakyat Malaysia. Kita tidak boleh sekali-kali menjadi hanya versi negeri BN yang lebih baik – sebaliknya negeri-negeri Pakatan mestilah membawa model yang berbeza sama sekali.

Jika kita tidak menyedari perkara ini sama ada di peringkat Pakatan ataupun kerajaan negeri, kita akan hilang sokongan rakyat. Kita tidak boleh mengambil mudah sokongan mereka. Itulah yang terjadi kepada UMNO dan BN, dan mereka telah dihukum oleh rakyat.

Rakyat khususnya anak-anak muda yang menyokong Pakatan beramai-ramai pada pilihan raya yang lepas, meletakkan harapan mereka di atas bahu kita.

#Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Setia merangkap Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

Categories
KENYATAAN MEDIA

Setahun sudah ditipu dalam PRU-13, masih lagi berkompromi dengan BN

Oleh: EDY NOOR REDUAN

Hari ini, genaplah setahun kita ditipu dalam pilihanraya umum ke-13. Seperti yang ditegaskan sejak setahun yang lalu, kita tidak  wajar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional walau dengan apa pun hujahnya. Dakwat tidak kekal memberi ruang manipulasi kepada 300 ribu pengundi awal – ini jangan sesekali dilupa.

Membiarkan BN terus memerintah negara ini walaupun dalam hati tidak bersetuju dan tidak redho, adalah bersubahat dengan penipuan yang dilakukan. Mengekalkan beberapa negeri tidak harus jadi alasan untuk bertahan, kerana rakyat terus sengsara dengan dasar dan polisi sebuah kerajaan yang menang secara menipu.

Natijahnya cukup besar apabila kita membiarkan aparat ini terus berkuasa. Kenaikkan harga gula, harga petrol dan tarif elektrik yang seterusnya menjadi anjakkan kenaikan kepada hampir semua sektor perbelanjaan rakyat Malaysia. Malah pemberian BR1M yang dijanjikan sebanyak RM1200 dalam manifesto BN sebagai umpan hanya dapat separuh sahaja, kini timbul pula ura-ura BR1M bakal dimansuhkan kononnya kerana ia bebankan kerajaan dan gagal hapus kemiskinan. Ini disebut sendiri oleh Tun Mahathir dan Ahmad Maslan selaku menteri berkaitan. Apalah nasib, penyokong BN pun kena tipu hidup-hidup.

Rakyat Malaysia terus dirundum malang apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan. GST telah diluluskan di dewan rakyat dengan sokongan 119 ahli parlimen BN. Bagi mengolah persetujuan ramai, ratusan juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk
propaganda betapa indahnya rupa GST. Semua kebaikkan GST yang diamalkan oleh negara maju dijaja dengan fakta yang penuh tersembunyi.

Mantiknya, mereka boleh menipu dalam pilihanraya untuk mengekalkan kuasa, mereka juga boleh menipu dalam melaksanakan GST. Satu contoh mudah, mereka katakan tiada GST untuk pengguna lebuhraya bertol, tetapi pengguna tol akan dikenakan 6% GST setiap kali isian semula ‘touch n go’. Nampak? Anda tentu pernah dengar cadangan untuk semua pengguna lebuhraya diwajibkan guna ‘Touch n Go’ untuk elak kesesakkan di lebuhraya. Nampak?

Satu lagi contoh, mereka katakan pembelian rumah dikecualikan dari GST, namun segala ramuan untuk menyiapkan rumah dikenakan GST. Pemaju perumahan tidak terkecuali dikenakan GST untuk setiap batu bata, simen, besi, pasir dan sebagainya. Ya benar harga rumah tiada GST, tetapi harga jualan tetap akan melambung tinggi. Maksudnya, GST telah dikenakan sebelum rumah tersebut sedia untuk dijual.

Jika GST yang dilaksanakan di luar sana dikatakan baik untuk negara dan rakyatnya, perlaksanaan GST ‘versi Malaysia’ adalah tembolok untuk kerajaan Umno dan malapetaka buat rakyat Malaysia.

Justeru itu, sempena Hari Buruh pada tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan lebih 50 ribu rakyat telah protes secara berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah perlaksanaan GST. Paling dramatik, satu perarakkan bersejarah ‘Hari Buruh’ telah berlangsung dari
KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang dan Pudu. Perarakkan tersebut disertai oleh ribuan anak muda dan kaum buruh dengan agenda membantah GST.

Selesai tunjuk perasaan, selesai ceramah, apakah hasilnya aksi kali ini? Dalam masa tidak sampai tempoh 24 jam, satu pengumuman telah dibuat oleh pihak kerajaan. Pengumuman oleh menteri yang berbunyi “Kerajaan akan tetap melaksanakan GST pada April 2015”.

Lihatlah betapa angkuhnya mereka, tidak langsung mempertimbangkan aspirasi rakyat yang tersepit. Jelas petualang ini tidak peduli. Mungkinkah kerana pilihanraya lambat lagi? Apakah kita perlu tunggu pilihanraya dan akhirnya ditipu lagi?

Dataran Merdeka mungkin sudah tidak mendatangkan gerun buat mereka. Mengimbau kembali, malam tahun baru 2014 menjadi saksi bagaimana anak muda berjaya masuk ke Dataran Merdeka dengan jumlah yang hampir sama dengan aksi 1 Mei. Ketika itu tiada kebenaran polis, tiada ceramah politik, malah tiada penganjur rasmi. Hanya yang ada ialah amaran keras dari anak muda. Aksi ini berhasil, selain daripada mendapat liputan berita dunia, hasrat kerajaan menaikkan harga tol sebagai menu hidangan kepada kroni juga terpaksa dibatalkan.

Maka dapatlah dirumuskan bahawa perhimpunan yang berkompromi dengan kerajaan tidak akan membuahkan hasil malah dihina pada hari berikutnya. Jumlah kehadiran 50 ribu bukanlah satu angka yang boleh dibangga kerana kita pernah gegarkan Kuala Lumpur dengan angka 250 ribu, suku juta dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Jangan sesekali kecewa dengan hasil perjuangan kali ini, jangan sesekali mengalah hanya kerana perhimpunan itu ‘ceramah’. Kita anak muda perlu berjiwa besar dan perlu terus menyusun gerakan ampuh untuk mengajar regim erti kuasa rakyat.

Barangkali jika perhimpunan aman itu berlangsung di Putrajaya seperti yang pernah dicadang, meninggalkan tiada ruang untuk pentas ceramah diatur, tiada ruang untuk berkompromi. Jangan jadikan logistik sebagai alasan. Ya benar, bukan senang untuk ratusan ribu muncul berhimpun di Putrajaya kerana faktor logistiknya. Tetapi harus juga diingat, bukan senang ratusan ribu mahu pulang selepas berjaya masuk ke Putrajaya.

Berbalik kepada jubli setahun penyelewengan demokrasi rakyat, renungkanlah kembali dalam masa setahun ini, apakah kita akan terus bersabar menjelang tahun-tahun yang mendatang? Apakah kita akan terus bersubahat?

Kita tidak harus berserah dan menunggu, kita akan terus ditipu dan mereka terus bermewah merompak khazanah negara. Ingatlah, janji tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri (bangkit dan lawan). Malah bala (GST) itu tidak mengenal siapa yang kamu sokong dalam pilihanraya 5 Mei yang lalu, sokong PR pun kena, sokong BN pun kena, semua tidak terkecuali.

# Edy Noor Reduan adalah aktivis blogger merangkap Pengarah Propaganda SAMM

Categories
NASIONAL

Tribunal Rakyat dedah penipuan, salah laku dalam PRU-13 esok

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MAC: Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mendedahkan penemuan penipuan dan salah laku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 25 Mac ini.

Dalam satu kenyataan, Tribunal Rakyat memaklumkan pembentangan penemuan itu adalah sambungan kepada sesi pendengaran dan keterangan saksi oleh mereka yang berakhir, pada September lalu.

Katanya, lima panel antarabangsa yang sama dan pakar tempatan akan kembali membentangkan penemuan mereka.

tribunal_20130919_095119_LLSTribunal Rakyat diterajui bekas Wakil Khas Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja, Yash Pal Gai selaku pengerusi; bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan bekas Presiden Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), Kraisak Choonhavan.

Tiga ahli tempatan adalah Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Azzat Kamaludin; bekas profesor Fakulti Ekonomi dan Pentabdiran Universiti Malaya (UM), Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Lembaga Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Hermen Shastri.

tribunalOrang ramai dijemput untuk mendengar pendedahan penemuan tribunal berkenaan akan berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, bermula 9.30 pagi hingga 1 tengahari.

Pada September lalu, Tribunal Rakyat membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, selain mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan PRu-13 dengan bersih dan adil.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Anggota TUDM hadapi 7 pertuduhan Akta Angkatan Tentera, isu dakwat kekal

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 FEB: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mejar Zaidi Ahmad berkata, beliau menerima Perintah Sidang semalam dan akan berhadapan pertuduhan di Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada 7 Februari ini.

12364_630961973608383_385669783_nLima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

1537630_630959050275342_542796361_oKetika dihubungi Selangor Kini, Zaidi menjelaskan, beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat F-5E), namun sudah dilucutkan jawatan.

Katanya, selepas membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ku Nan terlepas peluang ‘dedah’ penipuan Parlimen Putrajaya – Maria

Tengku-Adnan-Tengku-Mansor- mariahSHAH ALAM 19 SEPT – Keengganan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memberi kenyataan pada Tribunal Rakyat menyebabkan Setiausaha Agung Umno itu terlepas peluang untuk ‘membuktikan penyelewengan’ Bersih 2.0

“Itu pilihan dia. Kami rasa dia terlepas peluang untuk menerangkan (perkara itu) kerana Tribunal Rakyat bukan untuk satu parti atau Bersih syok sendiri.

“Kita mahu tahu dalam PRU-13 adakah penipuan berlaku, mengapa ia berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak ambil tindakan,” kata Sekretariat Bersih, Maria Chin Abdullah.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan yang enggan hadir atas alasan badan itu tidak ‘bersih’ dengan mendakwa Bersih menghantar pendatang asing yang menyamar sebagai warganegara untuk mengundi di Parlimen Putrajaya.

Maria berkata, perbuatan Ahli Parlimen Putrajaya itu suatu yang merugikan kerana tribunal itu bukan untuk satu parti tetapi terbuka kepada semua pihak.

Katanya, Bersih sudah dua kali menghantar surat kepada Tengku Adnan untuk memberikannya ruang bagi ‘mendedahkan’ penipuan pilihan raya.

– FZL

Categories
NASIONAL

Utusan didakwa kelirukan pembaca

utusanSHAH ALAM 17 SEPTEMBER : Akhbar Utusan Malaysia didakwa sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik dalam PRU-13 lepas, tegas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming,

Dr Kian Ming berkata, beliau tidak bersetuju dengan isi tulisan di muka surat 4 akhbar itu bertajuk “Penipuan pembangkang didedah – pemimpin DAP, PAS akui tidak wujud pengundi hantu mahupun gangguan bekalan elektrik.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara,” kata Dr Ong dalam kenyataan medianya.

Menurut Dr Kian Ming, artikel di Utusan Malaysia itu memetik katanya daripada FreeMalaysiaToday yang diterbitkan 15 September bertajuk ?DAP man concurs Pemantau?s findings of no foreign voters, blackouts.?

Dalam artikel Utusan ini, dipetik bahawa beliau berkata ? ?Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau).?

Dr Kian Ming berkata, artikel itu gagal memberi ruang kepada penjelasan penting dalam artikel bahawa komennya tentang pengundi asing terhad kepada Parlimen Serdang dan gangguan bekalan elektrik hanya Parlimen Bentong.

“Saya sedang menunggu bukti ataupun maklumat selanjutnya mengenai pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik yang mungkin didedahkan semasa Tribunal Rakyat dianjurkan Bersih bermula pada minggu ini.

“Ini merupakan satu lagi contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab yang sentiasa diamalkan oleh pihak Utusan Malaysia,” kata Dr Kian Ming

RON 95: Najib gagal tepati janji, biar rakyat terbeban

ron95SHAH ALAM, 4 SEPTEMBER – Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menetapi janji sebelum pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kenaikan harga bahan bakar itu bakal memberi kesan jangka panjang kepada rakyat yang turut berdepan kenaikan harga barangan keperluan.

Menyatakan Perdana Menteri itu pernah berjanji tidak menaikkan harga minyak selepas PRU 13, beliau berkata, kenaikan itu tentu membawa kesan negatif berpanjangan kepada sosio-ekonomi rakyat.

‘Ia akan menyebabkan bebanan jangka panjang kepada rakyat.”Change effects” juga akan berlaku yang menyebabkan kos pengangkutan naik hingga air kopi juga akan naik seterusnya menyebabkan sosio-ekonomi rakyat berubah,’jelasnya.

Bercakap kepada TV Selangor, Sim berkata, polisi menaikkan harga minyak menunjukkan Najib terdesak melindungi kepentingan kroninya sedangkan bebanan itu ditanggung rakyat.

“Najib memihak kepada kroninya seperti Independent Power Producer (IPP) dan sebagainya menyebabkan rakyat sengsara tetapi sektor korporat mendapat keuntungan.

“Ini berbeza dengan Pakatan. Kita ada polisi lebih baik untuk menurunkan harga minyak. Jika kita diberi peluang untuk mentadbir pada PRU lalu, kita akan gunakan alternatif itu,”katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL

100 hari selepas PRU 13, PM tandus idea

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1Oleh Sim Tze Tzin

(RENCANA) Minggu ini, genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13. ?Benchmark? 100 hari dalam pentadbiran baru julung-julung kali dimulakan oleh Presiden Roosevelt dari Amerika.

Beliau melancarkan dasar dan insiatif yang dinamakan New Deal dalam 100 hari pertama menjadi Presiden. Presiden-presiden Amerika yang seterusnya dinilai mengikut 100 pertama dalam pentadbiran.

Dalam konteks Malaysia, Najib melancarkan 11 initiatif baru dalam 100 pertama selepas menjadi PM pada 2009. Walaupun kebanyakan 11 initiatif tersebut hanya berupa superficial, seperti memberi diskaun touch n go dan sebagainya – akan tetapi ia telah meningkatkan publisiti pada masa itu.

Apabila masuk penggal kedua, dengan pengalaman satu penggal, Perdana Menteri seharusnya penuh dengan pelbagai dasar dan idea baru. Malangnya beliau tidak banyak mengumumkan apa-apa dasar baru, atau perubahan dasar yang bermakna.

Pejabat saya membuat kajian terhadap kenyataan terbuka Perdana Menteri, facebook dan twitter beliau selama 100 hari. Kami mengkategorikan kepada 5 tajuk utama:

1. Dasar Baru dan perubahan dasar
2. Pentadbiran Seharian
3. Ucapan Selamat, Tahniah dan Takziah
4. Hadir program
5. Lain-lain

Sepanjang 100 hari pertama, Najib mengutus 308 tweets. Kami agak terkejut mendapati hanya empat tweet yang berupa dasar baru iaitu satu peratus. Ini agak membimbangkan kerana pentadbiran negara selama 100 hari, hanya ada empat dasar yang baru.

Tweet Pentadbiran seharian sebanyak 49 peratus, ucapan tahniah, takziah 27 peratus, hadir program 5 peratus dan lain-lain 18 peratus.

Pada masa yang sama, selepas PRU13, negara kita juga penuh dengan cabaran genting. Pejabat saya memilih 10 isu atau cabaran yang paling utama dalam 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri. Kami merujuk keratan media, FB dan twitter beliau untuk mencari maklum balas daripada Perdana Menteri.

Kami mengkategorikan 10 berita tersebut kepada 3 kategori: 1. Politik dan Dasar 2. Ekonomi 3. Sosio-Jenayah.

Kami berpendapat, semua cabaran tersebut memerlukan kepimpinan negara yang jelas, tegas dan berwawasan. Namun, mengikut kajian kami, Najib sekali lagi gagal dalam kajian kami.

Dalam 10 isu tersebut, Najib hanya menjawab atau komen dalam dua isu. Hanya satu dasar baru iaitu meletakkan SPR di bawah Parlimen dikemukakan. Itupun belum ada butiran lanjut selepas 77 hari diumumkan pada 1hb Jun 2013.

Kesimpulan yang kami dapati adalah, Najib hilang focus dalam memimpin negara. Beliau juga hilang idea baru. Negara sekarang dalam keadaan autopilot. Pihak konservatif UMNO telah ?hijack? isu-isu dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan. Kelemahan kepimpinan Najib menjadikan keadaan negara tidak terkawal. Keadaan ini amat membimbangkan.

Pada pendapat saya, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat harus lebih fokus dalam pengurusan pentadiran. Buat masa sekarang, BN atau PR kurang menonjolkan dasar dan idea baru. Rakyat mahu lihat perubahan yang ketara, maka dasar yang mesra rakyat harus dilaksanakan, harapan mereka tinggi.

Saya belum buat kajian terhadap pentadbiran yang lain, tapi saya ingin memberi pujian kepada Exco Kerajaan Pulau Pinang, YB Jagdeep Singh. Setahu saya, beliau telah berusaha melaksanakan perubahan kepada dasar pemilikan rumah kos rendah dan cuba membersihkan sebarang kecurangan. Inilah dasar dan fokus yang rakyat inginkan.

Maka, saya menyeru semua pentadbiran negara, baik menteri-menteri dari peringkat pusat mahupun exco-exco kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional supaya menumpu balik kepada pentadbiran dan melaksanakan dasar mesra rakyat. Tonjolkan kepimpinan dan pengurusan negara dengan lebih baik.

* Sim Tze Tzin adalah Ahli Parlimen Bayan Baru

Categories
NASIONAL SELANGOR

Permohonan RM 105 juta Tambahan Untuk Biayai Skim Air Percuma Mei hingga ke Disember

mb tambahan dun 5 jul 01

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor memohon peruntukan tambahan RM 105 juta bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma di Selangor bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri membuat pembayaran bagi kos air percuma kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya untuk tempoh Januari hingga ke Mei.

Keputusan untuk diambil di dalam belanjawan 2013 kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambilalih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.
“Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

“Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini,” katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan di sini hari ini.

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS.

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013.

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang Ramai – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 26062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bacaan Indeks Pencemaran Udara setakat jam 3 petang bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pada PRU-13 akan memberikan peluang kepada rakyat bagi mengemukakan aduan tentang salahlaku pilihanraya di Selangor.

3. Sidang pendengaran SELCAT yang berjaya membongkar kelemahan dan kepincangan dalam urustadbir kerajaan negeri akan diteruskan.

4. Keluarga mendiang A Kugan, hari ini memenangi kes saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

5. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa isu penutupan pasar Jonker Walk di Melaka mempunyai kaitan politik dan menunjukkan sikap ‘kecil hati’ Ketua Menterinya, Datuk Idris Haron terhadap kaum Cina di negeri itu.

6. Majlis Perbandaran Selayang bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar menyerbu dan menyita sebuah kilang di Rawang yang telah mencabar undang-undang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gandingan Speaker dan Timbalan Speaker, Bukti Selangor Komited Perkasa Anak Muda – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 13062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan gandingan muda, Hannah Yeoh – Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang baru merupakan bukti komitmen Pakatan Rakyat dalam memperkasakan sumbangan anak muda terhadap Negeri Selangor.

2. Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang dan Sarawak memfailkan petisyen mendakwa terdapat amalan rasuah yang berlaku di tiga kerusi sepanjang tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu.

3. Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS dengan kerjasama Badan Agama dan Kaunseling Anggota (BAKA) mengadakan Bengkel Khas Majikan kepada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor pagi tadi di Shah Alam Convention Centre (SACC).