Categories
SELANGOR

Sumbangan RM10,000 bantu pelarian Rohingya

Oleh: NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 24 FEB: Sejumlah RM10,000 diserahkan Yayasan Kebajikan Klang kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rohingya bagi membela nasib mereka.

Bantuan diserahkan Presiden KEADILAN dan juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini, hari ini.

Kak Wan lawat penempatan Rohingya di Serdang (ASRI) (2)Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pengerusi Jawatankuasa Etnik Rohingya Aracan (ERCA) Rafique Khairul Bashar.

Selain itu, 134 kanak-kanak Rohigya yang menetap di situ turut menerima sumbangan beg sekolah.

Sementara itu, kanak-kanak Rohingnya, Mohamad Farouq, 13, berharap masyarakat di negara ini dapat memberi peluang kepada etniknya meneruskan kehidupan seharian.

“Saya gembira tinggal di sini, kami dapat belajar pelbagai pelajaran antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Al – Quran.

“Saya sendiri bercita-cita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Kak Wan lawat penempatan Rohingya di Serdang (ASRI) (1)Bagaimanapun, Farouq yang sudah dua tahun tinggal di Malaysia mengakui dirinya sentiasa merindui keluarga tersayang.

“Saya datang sini naik kapal bersama lebih 700 orang dan terpaksa berpisah dengan keluarga serta hidup sebatang kara.

“Namun, kawan-kawan yang ada sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan terhadap ibu bapa,” katanya.

Difahamkan, pelajar etnik Rohingnya itu diambil setiap pagi di sekitar Klang, Bangi dan lain-lain kawasan sebelum dihantar ke Seri Kembangan untuk sesi persekolahan setiap hari.

-AA-