Categories
NASIONAL

PR bukan dalang himpunan TURUN

Oleh : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA 26 DIS: Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bukan didalangi oleh Pakatan Rakyat (PR) seperti yang didakwa sesetengah pihak yang akan diadakan, pada 31 Disember ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya himpunan itu tidak langsung dibincangkan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada mesyuarat terakhir minggu lalu.

Rafizi SAMKatanya, beliau juga tidak melihat perhimpunan itu adalah satu program politik yang disifatkan pihak tertentu.

“Saya tidak fikir ia menjadi masalah jika rakyat mahu sambut tahun baru dan pada masa sama tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

“Mereka wajar membantah kenaikan itu kerana isu terbabit ketika ini menjadi isu nombor satu di negara kita,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, sudah menjadi lumrah rakyat berhak menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan kerajaan yang terus memberi tekanan.

“Kalau rakyat mahu sertai sambutan tahun baru dan menggunakan kesemmpatan yang ada untuk bantah kenaikan, itu hak mereka.

“Kalau betul ketika itu nanti ada tindakan mereka yang melanggari undang-undang, ambil tindakan yang sebenar jangan tangkap sebab politik,” katanya.

Semalam, pemimpin TURUN, Azan Safar berkata, himpunan itu akan diteruskan sebagai tanda kempen ‘2014 tahun sengsara rakyat’ di Dataran Merdeka, pada 31 Disember ini.

Azfar dibebaskan polis selepas 20 jam ditahan ekoran tuduhan ‘serkap jarang’ kerana didakwa terbabit dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

-NFN-

Rafizi : Mana Pergi Pinjaman RM 163 juta Untuk Projek NFC?

NFC- Shahrizat & Salleh

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.

Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.

“Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.

“Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.

Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.

“Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.

“Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.

?Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,” katanya.

“Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya.