Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenaikan mendadak harga sayuran dan makanan mendesak penghapusan permit import

OLEH RAFIZI RAMLI

Saya telah menghuraikan bagaimana kadar inflasi; iaitu kadar kenaikan harga barang bagi Februari 2017 (seperti yang diumumkan oleh Ketua Perangkawan Negara minggu lalu) yang telah mencecah 4.5% adalah kadar tertinggi di luar kegawatan ekonomi sejak tahun 1998.

Laporan Jabatan Perangkaan itu juga secara jelas menyatakan bahawa kenaikan mendadak itu didorong oleh 3 kumpulan perbelanjaan terbesar iaitu makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan dan perumahan (sewa, elektrik, air, gas). Sementara rakyat lebih maklum bahawa kaedah mengawal kenaikan kos pengangkutan ialah dengan mengembalikan subsidi mengikut penggunaan yang tepat dengan kumpulan sasaran mengikut kedudukan ekonomi, ramai yang masih tertanya-tanya punca dan penyelesaian kepada kenaikan harga barang makanan yang mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya sertakan petikan laporan dari pengumuman rasmi Jabatan Perangkaan mengenai kenaikan harga makanan:

Paling mengejutkan ialah masalah kekurangan sayur yang meruncing sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada hasil yang diimport. Oleh kerana proses untuk mengimport barang makanan memerlukan lesen mengimport (yang sering dirujuk sebagai “AP”) dan tertakluk kepada kuota tertentu kepada hanya segelintir peniaga yang dibenarkan mengimport, ini mendorong kepada pembekalan barang makanan tertentu yang dikawal oleh segelintir peniaga sahaja.

Oleh sebab itulah, harga kobis bulat melonjak sehingga 29.7% dalam Februari 2017 berbanding setahun lalu. Saya menyemak berita-berita mengenai kobis bulat dan mendapati perkara-perkara berikut:

1. Kobis bulat memang memerlukan lesen mengimport seperti yang dinyatakan di laman myTradelink iaitu laman rasmi Kerajaan untuk memudahcara perdagangan (rujuk http://www.mytradelink.gov.my/fama )

2. Pada 11 Januari 2017, Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan menaikkan kuota mengimport kobis bulat seperti yang dilaporkan oleh Bernama (rujuk http://www.pressreader.com/malaysia/the-sun-malaysia/20170111/281556585513067 )

3. The Star pada 13 Januari 2017 melaporkan satu berita bahawa harga kobis bulat memang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini (rujuk https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia/20170113/281681139569005 )

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa kenaikan harga mendadak barang makanan dan sayuran seperti kobis bulat (yang berlaku dalam bulan Februari 2017) sebenarnya adalah satu bukti kegagalan pentadbiran dan pengurusan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Adalah tidak masuk akal bagaimana Malaysia yang kaya dengan sumber alam, iklim yang baik dan kepelbagaian sumber lain tidak dapat menanam sayur-sayuran yang mencukupi bagi kegunaan penduduknya yang sedikit sehingga terpaksa mengimport dari luar negara. Menariknya, ada satu penerangan yang diberikan oleh pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan sendiri yang jelas mengaitkan kelemahan ini dengan dasar-dasar ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya rujuk satu laporan mengenai temuramah dengan Pengarah Kanan FAMA, Encik Mohd Anis Yasin yang disiarkan oleh TheMalayMailOnline dan Daily Express (rujuk http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/why-malaysia-imports-vegetables dan http://www.freshplaza.com/article/158859/Malaysia-forced-to-import-fruit,-veg ).

Beliau menyenaraikan beberapa sebab kenapa Malaysia terpaksa mengimport sayur-sayuran asas seperti kobis:

1. GST menyebabkan harga sayuran (dan kos pengeluaran sayur tempatan) meningkat, lalu perusahaan sayur dilihat tidak menguntungkan sehingga berlaku kekurangan bekalan sayur tempatan dan perlu ditambah dengan import sayur

2. Pada masa yang sama, nilai Ringgit yang lemah menyebabkan import sayur menjadi lebih mahal sehinggakan kobis yang pada satu ketika berharga 90 sen sekilo, kini berharga RM3

Sebab itu saya mengusulkan supaya keseluruhan sistem perdagangan yang melibatkan barang makanan dikaji semula dengan memulakan langkah menghapuskan lesen mengimport (AP) ke atas barang makanan keperluan utama seperti sayur-sayuran dan kobis.

Saya juga akan mengusulkan di dalam Pakatan Harapan supaya cadangan merombak kembali sistem perdagangan makanan dengan tujuan menghapuskan monopoli segelintir peniaga utama diangkat menjadi dasar rasmi Pakatan Harapan.

# Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden KEADILAN

Categories
KENYATAAN MEDIA

Menteri Umno politikkan projek RAPID, pelaburan SAUDI ARAMCO perlu jelaskan peranan sebenar

OLEH RAFIZI RAMLI

Saya jarang campur tangan di dalam pelaburan-pelaburan PETRONAS kerana saya sedia maklum mengenai proses membuat keputusan yang panjang dan berperingkat-peringkat di dalam PETRONAS yang telah digunapakai berpuluh tahun. Saya juga tahu bahawa PETRONAS sangat berhati-hati dalam pelaburan untuk memastikan tiada campur tangan politik dan sebarang pelaburan PETRONAS mengambil kira keuntungan dan pulangan jangka masa panjang untuk negara.

Satu-satunya pelaburan PETRONAS yang saya pernah timbulkan kebimbangan ialah pelaburan di lapangan minyak batuan (“oil shales”) di Canada yang saya khuatiri terlalu berisiko memandangkan ia pelaburan terbesar PETRONAS dalam satu projek. Kebimbangan saya itu ada asasnya kerana sehingga sekarang projek itu masih berhadapan dengan beberapa keputusan yang berisiko.

Malah, disiplin ekonomi dan pengurusan yang saya gunapakai sebagai seorang ahli parlimen untuk menilai setiap pelaburan kerajaan yang telah berjaya membongkar banyak skandal kewangan adalah hasil didikan dan latihan PETRONAS.

Pun begitu, saya semakin bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai penglibatan beliau dan Dato’ Seri Najib Tun Razak di dalam memuktamadkan perjanjian di antara PETRONAS dan Saudi Aramco yang ditandatangani akhir bulan lalu.

Saya merujuk kepada laporan berita Malaysiakini bertarikh 25 Mac 2017 bertajuk “Rahman reveals role in salvaging US$7b Aramco deal (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/377010). Berita ini melaporkan bagaimana Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi gambaran beliau telah campur tangan di dalam rundingan di antara PETRONAS dan Saudi Aramco sehingga berjaya mendapatkan persetujuan Saudi Aramco untuk menandatangani perjanjian itu.

Kenyataan itu memberi gambaran ada campur tangan dan menimbulkan beberapa persoalan penting:

1. Adakah Datuk Rahman Dahlan memaksa PETRONAS mengubah pendirian?

2. Kenapa Saudi Aramco mengubah pendirian untuk meneruskan usahasama yang sebelum itu (menurut Datuk Rahman Dahlan) telah menemui jalan buntu?

Saya akan mengupas beberapa perkara pokok yang timbul dari pendedahan campur tangan Datuk Abdul Rahman Dahlan di dalam rundingan di antara PETRONAS dan Saudi Aramco ini; tetapi saya ingin bermula dengan mendesak beliau menerangkan sendiri apa peranan beliau dan perkara-perkara rundingan yang telah beliau campuri agar rakyat boleh menilai setakat mana ada campur tangan politik di dalam projek ini.

Saya akan menimbulkan beberapa perkara pokok tersebut dalam siri sidang media dalam minggu ini sementara saya menunggu jawapan rasmi dari Datuk Rahman Dahlan.

# Rafizi Ramli adalah Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden Keadilan

Categories
NASIONAL

Rafizi dihalang masuk Sabah, guna teknologi sampai ceramah

SHAH ALAM 24 APR : Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak awal 2014, Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah.

“Baru sampai dari Kota Kinabalu. Sampai di lapangan terbang, pegawai imigresen sudah menunggu. Saya memang diharamkan masuk ke Sarawak sejak awal 2014, tetapi agak terkejut bila Sabah pun menghalang saya.

“Perintah menolak masuk ini kekal sampai bila-bila selagi ia tidak dibatalkan. In Sha Allah saya akan terus usaha untuk bersama sahabat di Sabah.

ChitChat“Saya akan sediakan video ceramah seolah-olah saya memang ada di Beaufort untuk berceramah,” tulis Rafizi dilaman Facebooknya.

Rafizi menulis akan menggunakan FaceTime untuk berdialog dengan anak muda di Penampang.

“Mereka sekat satu jalan, kita tebas semak dan hutan untuk buka seratus jalan baru,” tulis Rafizi.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.

“Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Dakwaan cuba ‘berlakon’, Rafizi pertimbang saman IGP

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 APR : Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bersedia mengambil tindakan saman terhadap Ketua Polis Negara sekiranya wujud dakwaan berterusan menuduh dirinya cuba berlakon digari ketika ditahan minggu lalu.

Beliau berkata isu tersebut sengaja dipolitikkan sedangkan tindakannya meletakkan tangan di belakang seolah-olah digari merupakan sebahagian standard operasi piawai (SOP) yang dikenakan terhadapnya.

12928213_1144953458872493_2224023511784704948_nBagaimanapun kata Rafizi, isu tersebut diperbesarkan-besarkan pihak tidak bertangunggjawab bagi tujuan mengalih perhatian isu yang lebih utama membabitkan penyelewengan 1MDB dan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat bersama-sama saya selagi pentadbiran Perdana Menteri berterusan menekan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini beberapa keping gambar tersebar di media sosial yang mendakwa Rafizi cuba berlakon seperti digari ketika diiringi polis selepas ditahan kerana mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Susulan itu, Tan Khalid Abu Bakar beranggapan tindakan itu sebagai ‘cerita dongeng’ dan menafikan prosuder tersebut sebagai sebahagian SOP pihak polis.

“Diharap IGP tidak mengulangi kenyataan memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari dipolitikkan sebelum ini.

“Jika beliau mengulanginya, maka saya rujuk perkara itu kepada peguam saya memulakan tindakan undang-undang,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Rafizi Ramli jawab isu gari

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya “berlakon” digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya.

Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

12928213_1144953458872493_2224023511784704948_nAkhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.

Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berterusan menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan (“damn if they do, damn if they don’t”).

Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.

Saya telah ditahan banyak kali dan telah berurusan dengan ramai pegawai polis dari pangkat konstabel hingga ke SACII (Senior Assistant Commissioner) sejak tahun 2012.

Saya menghormati mereka dan menghargai penghormatan dan layanan yang mereka berikan kepada saya selama ini setiap kali saya di dalam tahanan. Saya dilayan secara professional dan berhemah baik di lokap sehingga ke bilik soalsiasat sehingga ke lokap mahkamah.

Anggota polis adalah rakyat biasa seperti kita yang boleh menilai baik buruk seseorang pemimpin. Mereka juga tersepit seperti rakyat biasa tetapi tertakluk kepada arahan pihak atasan.

Oleh yang demikian, seperti mana negara kini bermasalah kerana kepimpinan tertingginya tempang, saya juga merasakan sebarang kritikan itu perlulah disasarkan kepada kepimpinan tertinggi polis seperti Ketua Polis Negara dan bukannya anggota biasa yang cuba sedaya upaya melaksanakan kerja mereka secara professional.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dipertanggungjawab menyiasat kes saya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini di atas sikap professional dan budi bicara mereka.

Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang professional dan berhemah semasa mengendalikan tahanan saya di sana. Saya yakin masa depan negara adalah cerah jika sikap professional sebegini diteruskan.

Saya juga berharap Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mengulangi apa-apa kenyataan yang memberi gambaran saya berbohong atau berlakon mengenai peristiwa gari yang dipolitikkan sebelum ini. Jika beliau mengulanginya, maka saya akan rujuk perkara itu kepada peguam-peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang.

* RAFIZI RAMLI adalah NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG dan AHLI PARLIMEN PANDAN

Ahli Parlimen Pembangkang berarak bantah penahanan Rafizi


Perarakan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Pembangkang sebagai bantahan kepada penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Categories
SELANGOR

MB: Bebaskan Rafizi segera tanpa syarat

SHAH ALAM 5 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di depan bangunan Parlimen pada hari ini.

Mohamed Azmin berkata  penahanan itu dibuat sewenang-wenangnya, salah guna kuasa polis dan penghinaan terhadap sistem demokrasi berparlimen.

Rafizi tangkap1Katanya tindakan drastik polis sebegini hanya mengukuhkan tanggapan bahawa kewibawaan undang-undang tersongsang terbalik dan institusi negara lebih berminat melindungi ‘tuan politik’ berbanding rakyat.

“Sebagai seorang ahli parlimen dipilih rakyat, adalah kewajiban Rafizi untuk mendedahkan kesalahan dan aktiviti rasuah tidak kira masa atau tempat.

“Polis sepatutnya menyiasat pesalah bukannya pemberi maklumat,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan oleh kira-kira 10 polis sejurus keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN kecam penangkapan Rafizi

OLEH : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Kita dikejutkan dengan penangkapan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN di hadapan pintu keluar Parlimen petang tadi.

Saya difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi berkaitan sebuah dokumen yang berada di bawah akta tersebut.

KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tangkapan YB Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi dengan cara ala Gestapo ini, YB Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah YB Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.

RafiziKEADILAN percaya tangkapan ini berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk YB Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.

Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap YB Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan.

Pendirian KEADILAN mengenai Akta Rahsia Rasmi adalah konsisten dan jelas: KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.

Tatkala negara dilanda pelbagai masalah integriti seperti urus tadbir 1MDB dan skandal “RM2.6 bilion”, ahli-ahli politik seperti YB Rafizi, yang cukup dikenali rakyat sebagai seorang yang berani melawan kebobrokan dan salah guna kuasa pemerintah untuk selamatkan Malaysia, sepatutnya bukan ditangkap tetapi dirai kerana bangkit mempertahan integriti demokrasi negara kita.

Oleh itu, KEADILAN menggesa agar YB Rafizi Ramli dibebaskan pada kadar segera.

* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN

Categories
NASIONAL

Angkat individu baru ganti PM pulihkan sistem pentadbiran

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 MAC: Individu baru dan sesuai perlu diangkat sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan sistem pentabiran negara menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasarannya kerana penyalahgunaan kuasa dan tabiat berbelanja mewah membabitkan wang rakyat.

Rafizi“Saya tak kan kacau kamu kalau kamu tak makan duit rakyat.

“Saya tak kacau Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi kacau Najib dan Rosmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, negara kini mempunyai barisan pemimpin ‘pak lawak’ yang sering menggunakan ungkapan ‘tak tahu’ bila terbongkar sesuatu kes.

Katanya antaranya adalah penyelewengan lebih RM100 juta membabitkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya kira kita boleh mengubah pepatah Melayu menjadi ‘Perdana Menteri borek, menteri rintik’.

“Dulu saya ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidur tetapi sekarang berjangkit pada menantunya (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin),” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

LTAT perlu dedah punca kelewatan bayaran gratuiti pesara tentera

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digesa mendedahkan risiko kewangan ekoran penglibatan projek memindah dan menaik taraf lapan pangkalan udara yang sepatutnya dilaksanakan syarikat 1MDB sehingga mengakibatkan kelewatan bayaran gratuiti pesara tentera.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata projek itu di bawah tanggungjawab anak syarikat LTAT selepas dianugerahkan 1MDB dengan kontrak bernilai RM2.1 billion seperti yang diumumkan pada 3 April 2013.

1MDBRMAFSungaiBesiairportb2Katanya, beliau menerima banyak aduan berhubung kelewatan itu memandangkan ada pesara terpaksa menunggu sehingga enam bulan sedangkan proses pengurusan pembayaran hanya mengambil masa sebulan.

“Kita tidak tahu sama ada 1MDB melangsaikan sepenuhnya bayaran sehingga terpaksa pula membayar sub-kontraktor yang menjalankan kerja pemindahan dan naik taraf itu.

“Jika 1MDB lewat membayar jumlah yang besar kepada PPHM, saya khuatir LTAT terpaksa mendahulukan dananya kepada sub-kontraktor,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Kata Rafizi, jika itu berlaku bagi jumlah kontrak besar yang bernilai RM2.1 bilion, ia memberi kesan kepada kedudukan kewangan LTAT dan boleh menjejeskan kemampuannya membayar ganti rugi kepada pesara tepat pada masanya.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melantik 1MDB bagi kerja itu sebagai syarat 1MDB mendapat tanah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi pembangunan projek Bandar Malaysia.

EZY

Categories
NASIONAL

BN guna dana rakyat biayai PRU-13?

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Barisan Nasional (BN) ternyata menggunakan dana rakyat bagi membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dana berjumlah RM2 juta didakwa dikeluarkan kementerian kerajaan sebagai geran kepada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) perniagaan India mesra BN.

rafizi-TI-01Katanya, NGO itu juga dalam minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan kempen membantu BN memenangi PRU13.

“Presiden persatuan berkenaan juga dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Beliau secara jelas dalam laporan minit mesyuarat mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya sehingga tidak menggunakan dana persatuan diluluskan berjumlah RM300,000 sebelum itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menjawab perbezaan RM500,000 antara surat dikeluarkan dan minit mesyuarat itu, Rafizi berkata persatuan itu mungkin mendapatnya daripada sumber lain.

Rafizi berkata, pendedahan itu membuktikan derma diterima Najib tidak digunakan untuk kempen pilihan raya sepertimana didakwanya sebelum ini.

“Saya ingin tanya Najib mengapa beliau tidak menggunakan RM2 juta daripada wang diterimanya untuk kempen.

“Mengapa perlu menggunakan dana rakyat sedangkan ia nyata bertentangan dengan undang-undang,” soalnya.

EZY

Categories
NASIONAL

TH diminta perjelas kerugian RM100 juta pelaburan 2007

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 23 FEB: Tindakan agresif Lembaga Tabung Haji membuat pelaburan besar dalam syarikat roti pada 2007 menyebabkannya kerugian hampir RM100 juta, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata pembelian saham Silverbird Group Berhad (kini dikenali sebagai Hi-5 Conglomerate Berhad) ketika itu menyebabkan nilai saham syarikat itu melonjak daripada 39 sen (awal September 2007) kepada RM1.08 (16 Oktober 2007).

tabung-hajiKatanya, Tabung Haji (TH) melabur kira-kira RM98 juta bagi 90.483 juta saham sekaligus muncul pemegang saham terbesar pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007.

“Bagaimanapun pada Julai 2014, saham Tabung Haji terpaksa dijual apabila syarikat itu terlalu banyak berhutang sehingga dianggap sebagai tidak patuh syariah.

“Dianggarkan ketika penjualan dibuat, nilai saham berkenaan jatuh sehingga RM0.07 atau RM0.08 sahaja iaitu bersamaan RM3 juta.

“Secara kasarnya, pelaburan RM98 juta pada 2007 itu hangus semua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi menggesa Tabung Haji memberi penjelasan berhubung tindakan yang menyebabkannya membayar premium sehingga 177 peratus.

“Menariknya, pada ketika Tabung Haji menjadi pemegang saham terbesar, Tan Sri Vincent Tan juga muncul pemegang saham kedua terbesar.

“Tindakan agresif Tabung Haji membeli saham sehingga melonjak nilai saham ketika itu semestinya menguntungkan Vincent Tan.

“Oleh itu, Tabung Haji mesti memberikan penjelasan bagi mengelak spekulasi,” katanya.

EZY