Categories
AGENDA GLOBAL

Krisis Myanmar: Lebih 880 orang awam maut, 126 dihukum mati

NEW YORK, 30 JUN: Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

“Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

“Selain itu, 60 kanak-kanak turut menjadi korban sejak rampasan kuasa itu,”

“Seramai 5,202 ditahan kerana membantah rampasan kuasa tentera dan daripada jumlah itu 126 dihukum mati,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric

Beliau berkata, PBB di Myanmar mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan melampau tentera termasuk penggunaan peluru hidup, tambahnya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Majlis Hak Asasi Manusia PBB adakan sidang khas mengenai Myanmar

GENEVA, 10 FEB: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang khas pada Jumaat ini untuk membincangkan mengenai situasi di Myanmar.

“Saya menyeru tentera menghormati hak asasi manusia dan kebebasan termasuk hak untuk berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara.

“Kekerasan terhadap penunjuk perasaan satu tindakan yang tidak boleh diterima,” kata Penyelaras Residen dan Kemanusiaan PBB di Myanmar Ola Almgren dalam satu kenyataan lapor Agensi Anadolu.

Tentera melancarkan rampasan kuasa pada 1 Februari berikutan ketegangan antara tentera dan kerajaan yang memuncak selepas pilihan raya November 2020, dimenangi parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), dipimpin Aung San Suu Kyi.

Ahli politik, wartawan dan aktivis ditahan dengan sewenang-wenangnya, termasuk Suu Kyi.

“Sidang khas itu diadakan berikutan permintaan diajukan United Kingdom dan Kesatuan Eropah pada lewat semalam. Ia dijangka disertai ramai ahli panel.

“Kita juga mengharapkan dapat menerima draf resolusi sebelum sidang pada Jumaat itu,” kata jurucakap Majlis Hak Asasi Manusia Roland Gomez kepada wartawan pada satu taklimat di Geneva.

Gomez berkata sidang Majlis Hak Asasi Manusia akan datang dijadual dari 22 Februari hingga 23 Mac.

“Buat pertama kali Amerika Syarikat dijangka menyertai sidang pleno Majlis Hak Asasi Manusia itu sejak menarik diri pada Jun 2018,” kata Gomez.

– BERNAMA