Categories
NASIONAL

AMK hormati hak Hadi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 APR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta semua pihak menghentikan sebarang bentuk prasangka dan tindakan melulu dalam mendepani isu Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin, berkata pihaknya turut menghormati hak Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan RUU355 seperti mana yang dijamin perlembagaan dan amalan demokrasi di negara ini

“Pencerahan diberikan YB Marang dan Kota Bharu sedikit sebanyak mampu meredakan keresahan yang timbul sebelum ini.

dr-afif“Diharap ia dapat menjurus kearah situasi membina dan bermakna untuk usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, AMK sekali lagi mendesak pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk segera mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan bagi menilai RUU ini.

Katanya, AMK turut menyarankan supaya satu wacana sihat dan terbuka diadakan bagi membincangkan soal pemerkasaan dan meningkatkan integriti Mahkamah Syariah di Malaysia.

-nR-