Categories
AGENDA NASIONAL

Remaja 13 tahun lemas jatuh kolam ketika memancing

SEREMBAN, 3 MAC: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Nazri Mohd Nor berkata mayat Danny Izzahagi Muhammad Azrul dari Taman Desa Pelangi, Mantin di sini ditemukan pasukan bomba pada 11.28 malam tadi.

Beliau berkata bomba menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 6.52 petang semalam mengenai kejadian tersebut.

“Bapa mangsa telah mencuba menyelam mencari mangsa di kolam tersebut namun tidak berhasil, kemudian telefon bomba untuk bantuan. Mangsa dijumpai di dasar kolam.

“Difahamkan pada 5.30 petang, mangsa bersama empat rakannya memancing di kawasan kolam tersebut dan rakan mangsa memaklumkan mangsa berlari di kawasan tersebut sebelum terjatuh ke dalam kolam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Dakwaan remaja mati 18 hari selepas divaksin, KKM tunggu laporan penuh

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi berhubung kematian remaja berumur 13 tahun yang didakwa meninggal dunia selepas 18 hari menerima vaksinasi COVID-19.

Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter berkata ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sedang bekerjasama rapat dengan pasukan klinisian dan forensik dalam siasatan itu.

“Saya masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta anggota keluarga remaja itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa remaja itu dan meminta Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sebelum ini media melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu telah meminta supaya satu siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian remaja berkenaan.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Remaja curi tabung masjid diperintah jalani khidmat sosial enam bulan

SHAH ALAM, 17 JAN: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada seorang remaja kerana cuba mencuri tabung masjid baru-baru ini yang dibuat Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini.

Hakim Datuk Abd Halim Aman berkata sebaliknya hukuman penjara dan denda ke atas Daniel Iskandar, 19, digantikan dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang akan dilaksana dalam tempoh enam bulan, ditumpukan dengan khidmat di masjid-masjid.

Hakim turut menyarankan agar pihak masjid, pihak yang merakam dan yang menularkan video Daniel untuk membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Daniel dan masyarakat umum demi menjernihkan keadaan.

Abd Halim juga menegur dan mengingatkan masyarakat untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri dan mengambil iktibar diatas kes ini demi masa depan Keluarga Malaysia.

“Mahkamah menyedari akan tempoh penjara yang telah dijalani oleh tertuduh selama 10 hari dan denda RM4,000 yang telah dijelaskan, namun demi masa depan tertuduh serta untuk mempunyai rekod kesalahan yang bersih, keputusan ini perlu disampaikan,” katanya ketika membacakan semakan berhubung hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Majistret sebelum ini hari ini.

Susulan itu, katanya Daniel perlu melapor diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari dari hari ini dan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan.

“Pesalah muda ini dikehendaki mematuhi setiap aktiviti atau program yang telah ditetapkan atau lain-lain arahan oleh JKM dan hendaklah dikhususkan khidmat masyarakat itu di masjid-masjid sahaja,” katanya.

Beliau berkata perintah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 293 (1)(e) Kanun Acara Jenayah (Akta 593) dan sekiranya Daniel tidak melakukan perintah itu, pesalah muda itu boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan boleh dihukum mengikut peruntukan asal.

Mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terdahulu, Abd Halim berkata berdasarkan hujah timbalan pendakwa raya, barisan peguam dan tertuduh serta nota catitan dan keterangan ketika prosiding di Mahkamah Majistret, pihaknya mendapati hukuman yang direkodkan adalah silap dan keterlaluan.

“Pada masa yang sama hukuman itu tidak menunjukkan bentuk pemulihan dengan fakta jelas menunjukkan tertuduh adalah pesalah pertama dan telah mengaku salah. Apa yang dilakukannya hanyalah cubaan mencuri dan tiada kerugian yang dialami pihak masjid,” katanya.

Terdahulu ketika prosiding semakan, Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Daniel memaklumkan anak guamnya semasa kejadian berusia 18 tahun empat bulan iaitu masih muda, mempunyai masa depan dan kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya.

“Jadi pihak kami memohon hukuman ditukarkan mengikut Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah (CPC),” katanya dan menambah walaupun anak guamnya akan dibebaskan hari ini, namun rekod penjara 10 hari berpotensi mencemarkan masa depan anak guamnnya yang masih muda.

“Saya mohon budi bicara yang Yang Arif untuk bagi bon di bawah Seksyen 173A dengan diberi teguran dan amaran. Saya juga mohon rekod penjara dipadamkan kerana boleh membawa risiko kepada masa depannya,” katanya.

Kata Mohamad Rafique, anak guam dan keluarganya merakamkan penghargaan kepada pihak mahkamah yang mengambil inisiatif memanggil sendiri untuk semakan itu.

Daniel turut diwakili Peguam Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khuszairy.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat menegaskan pihaknya membantah untuk membenarkan bon di bawah Seksyen 173A (CPC) dengan tiada kesilapan semasa tangkapan.

“Tidak perlu semak keputusan ini memandangkan hukuman telah dijalankan, denda telah dibayar dan pesalah juga akan dibebaskan hari ini,” katanya.

Selain itu, dua peguam pemerhati adalah Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie mewakili Masjid Al Islahiah.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

97.3 peratus dewasa, 2.7 juta remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Seramai 25,515,074 individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.6 peratus atau 23,102,672 golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 89.8 peratus populasi remaja atau 2,826,872 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 89.8 peratus atau 2,726,239 individu golongan itu telah lengkap divaksinasi.

Sejumlah 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama, 4,970 dos lengkap dan 120,390 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan sejumlah 55,039,657 dos vaksin termasuk 3,787,928 dos penggalak telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

86.9 peratus populasi remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Sebanyak 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,758,472 individu atau 97.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

97.2 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Sebanyak 97.2 peratus atau 22,746,838 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus atau 23,067,954 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 90.1 peratus atau 2,836,326 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 86.7 peratus atau 2,729,900 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,322 suntikan dos lengkap, 4,572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,470,578 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3,281,238.

— BERNAMA

 

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

86.6 peratus remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Seramai 2,724,238 individu atau 86.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,832,379 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,729,076 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,054,211 atau 98.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 93,743 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,722 dos pertama, 5,929 dos lengkap serta 87,074 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 54,197,452 dos.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

90 peratus remaja negara terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Malaysia mencatatkan pencapaian penting hari ini apabila 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kami telah mencapai kejayaan penting hari ini dengan 90 peratus daripada populasi berumur 12-17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Bagi warga emas, sila dapatkan segera dos penggalak anda kerana ia telah tersedia,”katanya dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Sebanyak 2,830,449 individu atau 90 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima satu dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, 86.5 peratus atau 2,721,784 daripada populasi remaja pula lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,722,055 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,049,440 atau 98.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian, sebanyak 54,517 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,713 dos pertama, 2,605 dos lengkap serta 50,199 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,091,375 dos.

Sementara itu, dalam catatan berasingan, Khairy memaklumkan nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia kini telah menghampiri 1.0 semula dan mengingatkan orang ramai untuk meningkatkan langkah pencegahan dan sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu ‘Test, Report, Inform, Isolate dan Seek’.

“Rt menghampiri 1 semula. Dua minggu lepas bila (Rt) melepasi 1, kita semua telah mainkan peranan untuk menurunkan balik angka Rt. Yakin kita boleh. (Pakai) pelitup, (jaga) jarak, elak (tempat) sesak, (ambil) dos penggalak, jaga ibu bapa dan (amalkan) #TRIIS,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 22.7 juta individu dewasa, 2.7 juta remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Seramai 2,720,504 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2,829,902 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,718,376 individu atau 97 peratus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,046,859 atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, 67,701 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,902 suntikan dos lengkap, 3,209 dos pertama dan 60,590 suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,031,000 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini 2,905,809.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

22.7 juta individu dewasa, 2.7 juta remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Sebanyak 97 peratus atau 22,707,144 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,039,780 individu dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.3 peratus atau 2,716,048 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,826,761 menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 150,357 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,649 suntikan dos lengkap, 5,408 dos pertama dan 136,300 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,828,128 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,728,294.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 2.7 juta remaja lengkap vaksin

SHAH ALAM, 29 NOV: Seramai 2,702,748 atau 85.9 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2,818,165 individu atau 89.6 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117 dos.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

2.59 juta remaja lengkap vaksin takat semalam

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Sebanyak 2,597,622 individu atau 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7 peratus atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9 peratus atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.

— BERNAMA