Categories
NASIONAL SELANGOR

Khalid : “Saya Kedekut Kerana Saya Jaga Wang Rakyat”

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 01

PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang ‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.

“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya,? kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.

Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.

“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.

“Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?

?Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.

“Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan keluarga menjaganya,? kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.

“Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.

“Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik.?

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB Selangor : Rizab Simpanan Selangor Dibelanja Bangunkan Luar Bandar

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 04

PETALING JAYA 25 MEI : Simpanan Rizab Selangor yang berjumlah RM 2.6 bilion akan digunakan secara berhemah untuk membangunkan kawasan luar bandar di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah mengumbal rancangan tiga tahun untuk membangunkan kawasan desa di negeri terkaya itu supaya rakyat di pendalaman dapat menikmati kualiti hidup yang setaraf dengan mereka di bandar.

Beliau juga berkata pelan tiga tahun itu merangkumi usaha untuk mempertingkatkan pendapatan penghuni kawasan pendalaman.

Pada masa yang sama, wang rizab yang dibelanjakan akan ditambah dengan mencari sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri.

“Duit itu akan dijaga dengan baik dan dilihat ke mana wang itu dibelanjakan.

?Saya akan mencari mereka yang telah menyalahgunakan duit rakyat dan dikembalikan dalam dana simpanan negeri supaya dapat digunakan untuk rakyat.

“Dari masa ke semasa saya akan mengumumkan apa yang dilakukan dan hal yang akan dilakukan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Ucapan Penggulungan Kongres PKR Kali Ke-9 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata bahawa beliau akan menumpukan perhatian kepada pembangunan kawasan pendalaman Selangor di dalam penggal keduanya sebagai Menteri Besar.