Categories
SELANGOR

Belia seawal 25 tahun disaran mohon rumah mampu milik

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 17 MEI: Golongan belia khususnya bujang seawal 25 tahun digalakkan memohon Rumah Mampu Milik (RMM) Selangorku.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata hal itu kerana syarat memiliki dilonggarkan bagi golongan terbabit.

rumah mampu milik sutera damansara 01“Jika sebelum ini, permohonan disyaratkan pada yang berumur 40 tahun, tetapi kita bersetuju ia dibenarkan pada usia seawal 25 tahun.

“Kita memahami kehendak, golongan belia yang berkahwin dan belum berkahwin menghadapi masalah yang sama.

“Jadi pihak kerajaan prihatin dalam hal seperti itu, jadi kita mengalukan-alukan mereka memohon,” katanya.

Dalam pada itu, Iskandar memaklumkan jumlah pemohon yang mendaftar untuk memiliki RMM mencecah seramai 40,000 orang.

Ini menjadikan jumlah permintaan melebihi penawaran.

Sebelum ini, Selangor menganggarkan 15,251 unit rumah mampu milik membabitkan 38 projek ditawarkan kepada pembeli, menjelang 2021.

Ia membabitkan sembilan projek RMM di seluruh Selangor.

EZY

Sambutan luar dugaan, pemaju Rumah Selangorku tambah unit

Kira-kira 3,000 pengunjung membanjiri Majlis Pelancaran Rumah Selangorku yang dibangunkan Kumpulan LBS Bina di Bandar Saujana Putra Kuala Langat, sekaligus melebihi unit yang ditawarkan.

Ekoran sambutan menggalakkan, Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali meminta pengarah urusannya, Datuk Seri Lim Hock San untuk tidak menghampakan permintaan.

Categories
SELANGOR

Pemaju perlu mohon kebenaran merancang sebelum hujung tahun

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 MAC : Pemaju hartanah swasta yang sudah menerima kelulusan merancang bagi membina rumah mampu milik diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendapatkan kebenaran merancang daripada Kerajaan Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sekiranya pemaju gagal berbuat demikian, maka permohonan mereka untuk membina kediaman jenis berkenaan akan ditarik semula dan disenarai hitam.

RumahBagaimanapun katanya setakat ini belum ada pemaju yang disenarai hitam dan akan diberi tempoh masa untuk melaksanakan syarat yang ditetapkan.

“Setakat ini seramai 42 pemaju sudah menerima kelulusan merancang sejak 2009.

“Kita sudah bincang dengan pemaju dan ramai yang bersetuju hendak buat (rumah mampu milik) tetapi tangguh (atas sebab-sebab tertentu),” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, semalam.

Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan Rumah Selangorku sebanyak 15,000 unit dalam tempoh dua tahun.

Setakat ini, lebih 11,000 unit rumah mampu milik sudah dibina Kerajaan Negeri.

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS sedia RM3 bilion dana subsidi bina rumah mampu milik

Oleh: AFIX REDZUAN

AMPANG, 20 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan lebih RM3 bilion sebagai dana subsidi untuk membina rumah mampu milik seperti dilakukan Kerajaan Selangor sebagai usaha membantu rakyat memiliki rumah.

Usaha pembinaan rumah mampu milik melalui program Rumah Idaman Negeri Selangor atau Idaman PKNS ini merupakan inisiatif holistik dalam menyediakan kediaman mampu milik berkualiti untuk rakyat yang diusahakan sendiri oleh PKNS.

Rumah SelangorkuExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana tanpa membuat keuntungan PKNS tidak mampu menyediakan subsidi bagi pembinaan kediaman mampu milik yang dijual lebih rendah daripada harga pasaran iaitu tidak melebihi RM150,000.

Sebelum ini pelbagai pihak mempertikaikan tindakan PKNS yang didakwa ghairah mencari keuntungan di dalam sesetengah projek yang dibangunkan tanpa mengetahui keuntungan yang diperoleh sebenarnya dilaburkan semula untuk dana subsidi pembinaan rumah mampu milik.

“Kami merasakan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS dengan berkongsi keuntungan yang diperolehi daripada pembinaan projek kos tinggi kepada rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang.

Jelas Iskandar, Rumah Idaman PKNS turut mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas seperti pembinaan empat unit pangsapuri di Bandar Baru Bangi bagi memudahkan pergerakan mereka dengan rekabentuk yang mengambil kira ciri-ciri OKU selain menekankan konsep keharmonian komuniti.

Kerajaan Selangor melalui PKNS sebelum ini membina 1,422 kediaman berkembar di Bukit Botak yang telah siap sepenuhnya pada Disember 2012 dengan subsidi sebanyak RM80 juta dan tawaran harga RM99,000.

Projek seterusnya ialah Pangsapuri enam tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit yang telah dimulakan pada tahun 2011 dan telah siap sepenuhnya September tahun lalu.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada pembeli akan diadakan pada 13 September 2014.

Selain itu, PKNS sedang menyiapkan dua projek Rumah Idaman di Antara Gapi dan Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam.

Projek Antara Gapi adalah projek rumah teres 1 ½ tingkat yang menempatkan 129 unit dengan harga seunit antara RM100,000 – RM120,000.

“Kami menjangkakan projek yang mendapat subsidi berjumlah RM4.2 juta ini dijangka siap pada suku pertama 2015. Sekarang projek masih berjalan,” tambah Adun Chempaka lagi.

Manakala bagi projek di Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam pula, sebanyak 104 unit pangsapuri dengan keluasan lantai antara 750 hingga 850 kaki persegi telah ditawarkan.

Projek ini adalah usahasama PKNS dengan Debbin Sdn Bhd. Dengan rekabentuk yang menarik, projek ini juga menawarkan suasana kondusif dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Projek ini ditawarkan pada harga RM69,000 hingga RM120,000 sebuah. Keseluruhan subsidi yang akan ditanggung untuk projek ini adalah sebanyak RM9.5 juta.

EZY

JURNAL BERITA – Turunkan harga kereta: PKR ulangi desakan hapus cukai eksais

Sinopsis

1. MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman –

2. Isu PKNS: SUK minta semua pihak tidak sebar khabar angin –

3. Selangor sasar bina 35,000 rumah mampu milik dalam tempoh 4 tahun –

4. LZS kutip zakat RM517.4 juta, sasar RM530 juta pada 2014

5. Anwar dihalang masuki Jepun, Kerajaan Jepun patut mohon maaf, tidak ulangi kesilapan

6. AMK hantar memo bantahan ke Kedutaan Jepun

7. PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta

8. Chegubard buat laporan polis terhadap fitnah Amar Singh

9.Tuduhan DAP sabotaj BN, mentaliti menteri kekampungan

10.AKTIVITI YB: Ziarah, agih limau mandarin sekitar Bangi

MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air

Sinopsis

FOKUS Untuk 15112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada badan bebas sebagai perantara untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi air jika persetujuan itu masih menemui jalan buntu.

2. Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan 35,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri itu tercapaai.

3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merampas lesen sebuah kilang kitar semula tong yang dipercayai mengalirkan sisa bahan kimianya ke dalam Sungai Kundang, di Taman Perindustrian Puteri Permai, baru-baru ini.

4. Pelajar cemerlang Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat Selangor, Nur Nabiha Nasuha Muhammad Zamri menyifatkan restu ibu bapa sebelum ke sekolah adalah kunci kejayaannya.

5. Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan program pelancongan yang dinamakan ‘Mini Cruise Sungai Klang’ bagi menyahut usaha kerajaan negeri membangunkan sungai berkenaan.

6. Kerajaan Pusat seharusnya tidak membelanjakan dana yang besar bagi memperuntukkan sistem yang tidak efesien seperti sistem MySikap apabila kos bernilai hampir RM200 juta digunakan JPJ di seluruh negara.

7. Jika pagi semalam beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petangnya pula menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk ‘membalas dendam’.

Categories
SELANGOR

JK khas ditubuh bagi capai sasaran 35,000 rumah mampu milik

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM 15 NOV : Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan 35,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri itu tercapaai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir Iskandar Abdul Samad, berkata bidang tugas jawatankuasa itu merangkumi kerja memantau permohonan dan kelulusan, selain menyelaras serta merancang pembinaan RMM.

“Antara usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti RMM termasuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang diwajibkan ke atas pemaju untuk dibina,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

yb iskandar 3 editIskandar berkata, pihaknya mendapati bahawa terdapat rumah berkenaan yang wajib dibina pemaju tetapi masih belum dilaksanakan daripada hasil siasatan yang dilakukan.

“Contohnya, pada program Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam mendapati dua projek perumahan membabitkan lebih 1,800 unit masih belum lagi dibina walaupun diluluskan seawal tahun 1997,” katanya.

Iskandar berkata demikian dengan merujuk kepada rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90-an di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang masih belum dibina.

Katanya, kini kerajaan negeri mewujudkan satu sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih cekap serta tegas supaya pemaju tidak mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Beliau juga menegaskan, krajaan negeri juga mewajibkan RMM dan rumah kos rendah dibina serentak dengan rumah jenis lain.

“Beberapa pemaju terbabit juga dipanggil untuk memberi penjelasan kenapa masih gagal membina rumah kos rendah yang diwajibkan ke atas mereka,” katanya.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Mahu Bina Rumah Mampu Milik Lebih Murah, Berkualiti

rumah mampu milik sutera damansara 01

PETALING JAYA, 14 MAC: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.

Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Ini merupakan initiatif untuk menambah lebih RMM untuk rakyat selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancarkan projek RMM ke-6 di Sutera Damansara.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad pakar luar tersebut dipilih berdasarkan kejayaan mereka di negara masing-masing dalam membina perumahan pada harga yang rendah, berkualiti dan disiapkan dalam tempoh yang cepat.

“Sehubungan usaha kita untuk menerokai teknologi-teknologi baru ini, pada 21 Mac ini akan diadakan satu seminar yang dihadiri pakar-pakar perumahan dalam dan luar negeri, terutamanya daripada United Kingdom dan Jepun,” ujar Iskandar.

mb pecah tanah RMM sutera damansara 01Beliau berkata demikian di dalam Majlis Pecah Tanah projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara di sini yang turut dihadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain wakil pemaju dan kontraktor, seminar tersebut juga bakal dihadiri oleh pensyarah-pensyarah universiti bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama pula berkata dasar rumah kos rendah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini gagal menyediakan penempatan yang selesa kepada masyarakat Selangor.

Antara masalah yang kerap dihadapi penduduk rumah kos rendah termasuklah kerosakan struktur bangunan dan persekitaran yang tidak sihat.

“Di PJ lebih 100,000 unit (rumah kos rendah) telah dibina, selepas 10 tahun taraf hidup dan kediaman masyarakat di pangsapuri kos rendah dalam keadaan yang tidak memuaskan.

“Sekarang lebih 15 tahun selain keadaan yang buruk, harga rumah tersebut lebih rendah dari mereka beli sehingga ada di sesetengah tempat kurang dari RM20,000,” ujar Abdul Khalid.

TV Selangor juga difahamkan Kerajaan Negeri hari ini terpaksa membelanjakan sehingga RM 70 juta bagi menampung kos membaiki kerosakan pangsapuri kos rendah.

Ia adalah projek usahasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn Bhd dan Country Wheel Sdn Bhd.

Ia dibangunkan oleh OSK Property Holding Berhad yang bertindak sebagai pengurus projek.

Projek tersebut bakal menyediakan 236 unit kediaman mampu milik dan dijual pada harga RM89,000 seunit.

Categories
SELANGOR

136 Rumah Mampu Milik Sungai Long Siap Dua Bulan Lagi

Iskandar Samad Rumah Kajang 01

KAJANG, 17 JAN: Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad memaklumkan projek Rumah Mampu Milik (RMM) Jalan Sungai Long 12/2, Bandar Sungai Long dijangka siap dua bulan lagi.

Melibatkan 136 unit dibawah tanggungjawab pemaju Sin Heap Lee Development Sdn Bhd, ini merupakan projek RMM ketiga yang dibina Kerajaan Negeri Selangor.

“Asalnya kawasan ini merupakan kawasan rumah kos rendah. Oleh kerana jarak jauh dari bandar maka kita benarkan pertukaran status. Maka harga kita kawal sementara nama pembeli datang daripada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri mempunyai satu peraturan di mana boleh dimiliki mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM5000.

“Kita menetapkan mereka tidak boleh menjual dalam masa lima tahun bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

“Mereka juga mesti mempunyai satu rumah sahaja dan wajib menduduki rumah berkenaan serta tidak boleh disewakan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja sambil diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman.

Jelas Iskandar, rumah tingkat bawah diutamakan kepada pemohon Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dengan keluasan 820-880 kaki persegi, harga jualan dijangkakan sekitar RM100,00 kebawah dan akan diputuskan Kerajaan Negeri.

Dua projek RMM yang disiapkan Kerajaan Negeri sebelum ini terletak di Bukit Botak dan Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua projek berkenaan dijangka siap dan boleh mula diduduki tahun ini.

RMM Bandar Sungai Long ini dibina dengan reka bentuk tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Terdapat 150 tempat letak kereta disediakan dengan 10 peratus daripadanya diperuntukkan untuk orang awam selain pejabat pentadbiran, surau, taman permainan dan dewan kecil.

Selain itu, pemaju juga sedang merancang pembinaan 536 unit RMM di U10 Shah Alam dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun .

Ujar Iskandar lagi, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) juga dalam usaha membina 280 unit RMM di Sutera Damansara manakala 400 unit lagi di Sabak Bernam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Iskandar Perkenal Polisi Pastikan Hanya Yang Layak Miliki RMM

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 01

KAJANG, 17 JAN : Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan Rumah Mampu Milik(RMM) yang dibina dimiliki oleh golongan yang benar-benar layak sahaja dan mengelakkan individu memiliki lebih daripada sebuah rumah berulang.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 02Polisi baru ini dinyatakan Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad sekaligus membuka ruang keutamaan kepada golongan berpendapatan dibawah RM5,000 memiliki rumah pertama mereka.

“Semua nama pemohon rumah mampu milik akan datang daripada Kerajaan Negeri untuk kawalan.

“Kita nak beri kepada mereka yang betul-betul berkemampuan.

“Yang penting kita tidak mahu kejadian ketika kerajaan terdahulu di mana ada yang beli kemudian jual selain memiliki beberapa rumah,” katanya.

Menurutnya, antara kriteria pemilikan RMM ini diberikan kepada golongan berkeluarga dan mereka yang mempunyai tanggungan.

Jelas Iskandar, Kerajaan Negeri juga memperolehi banyak permohonan memiliki rumah terutama daripada pasangan muda yang baru membina keluarga dan mempunyai anak pertama.

Kerajaan Negeri turut memberikan kuota kepada mereka yang mendaftarkan bayi mereka di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membina RMM menggunakan konsep rumah pasang siap dengan peruntukkan berjumlah RM50 juta.

“Baru baru ini Menteri Besar(Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mengumumkan kerajaan Selangor memperuntukkan RM50 juta untuk membina rumah mampu milik menggunakan konsep pasang siap.

“Kita melihat rumah yang murah, berkualiti dan cepat dibina. Itu sebab dalam 50 juta sebagai modal pertama untuk dibina. Kita jangka 2,000 rumah mampu milik.

“RM50 juta ini daripada rizab simpanan negeri berjumlah RM2.5 billion,” ujar beliau lagi.

Iskandar sebelum itu mengadakan lawatan kerja bagi melihat perkembangan projek RMM Jalan Sungai Long 12/2, Bandar Sungai Long.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 03

Categories
NASIONAL SELANGOR

UITM Kaut Hadiah Pertandingan Rekabentuk Rumah Mampu Milik Selangor

SHAH ALAM 20 SEPT : Sekumpulan pelajar arkitek daripada UiTM Shah Alam memenangi tempat pertama dalam pertandingan rekabentuk unit rumah mampu milik (RMM) anjuran Kerajaan Selangor.

Kumpulan itu yang dinamakan ?Superblock? menerima wang tunai RM 12,000 beserta sijil.

Manakala tempat kedua dimenangi kumpulan ?Rekabentuk S&V Residents? juga daripada UiTM Shah Alam yang menerima RM 8,000.

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan ?Rekabentuk Urban Renewal Openness? daripada UiTM Seri Iskandar di Perak.

Tujuh perserta lain menerima saguhati RM 1,000. Kesemua hadiah tersebut disampaikan di dalam satu majlis di sini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ucapannya Abdul Khalid berkata, pertandingan yang dianjurkan ini diharap mampu merangka garis panduan baharu bagi pembangunan RMM.

“Kita harap agar idea yang diserlahkan oleh para pelajar IPTA pada reka bentuk ini dapat menghasilkan bangunan dengan kos yang berpatutan di pihak pemaju dan mampu dibayar pembeli rumah.

“Ia juga seharusnya berkonsepkan green building, mesra alam sekitar dan berfungsi sebagai pusat pembangunan komuniti berpusat,” jelasnya.

Pertandingan anjuran bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor itu disertai 65 peserta daripada empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mereka adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM).

Pertandingan tersebut bermula pada 10 September lalu dan diadili oleh tujuh juri professional yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.