Categories
AGENDA NASIONAL

Projek solar: Perbicaraan rasuah Rosmah bersambung 2 November

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini berkenaan tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak akan bersambung semula pada 2 November ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata mahkamah melapangkan tarikh pendengaran yang sebelum ini ditetapkan pada 20 Oktober susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula 14 hingga 27 Oktober ini.

“Kami (pihak pendakwaan) menerima pemakluman (berhubung tarikh baharu perbicaraan) daripada mahkamah menerusi e-mel semalam,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang merupakan saksi kelima pendakwaan, dijadual dipanggil semula bagi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan apabila perbicaraan bersambung semula di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan di antara Rosmah dan suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai bahan bukti di mahkamah.

Pendakwaan sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah yang mereka menjangka dapat menutup kes mereka pada awal November dengan 23 saksi dipanggil memberi keterangan.

Rosmah, 69, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Mahdzir tidak ragu Rosmah terlibat projek solar hibrid

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mempunyai keraguan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor terlibat menolong Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin mendapatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan.

Mahdzir, 59, berkata bekas isteri perdana menteri itu ada menghubunginya berkenaan projek tersebut pada 22 Disember 2016.

“Saya ingat lagi apabila saya menjawab panggilan berkenaan, Datin Seri Rosmah terus memberitahu saya bahawa beliau tidak kenal siapa Rayyan (Rayyan Radzwill Abdullah iaitu rakan perniagaan Saidi). Beliau juga memberitahu saya bahawa beliau hanya menolong Cikgu Aazmey (Datuk Aazmey Abu Talib iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Pahang dan juga bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang).

“Datin Seri Rosmah juga memberitahu saya untuk menuruti sahaja arahan minit-minit Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas perdana menteri) dan beliau tidak mahu saya melengah-lengahkan urusan projek solar hibrid. Saya sekadar menjawab lebih kurang, ‘Ya, ya Datin Seri’ sahaja.

“Saya tidak mempunyai keraguan bahawa Datin Seri Rosmah terlibat menolong Saidi mendapatkan projek solar hibrid,” katanya pada hari ketiga perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Rosmah berhubung projek solar itu.

Membacakan penyataan saksinya, Mahdzir berkata beliau turut bersetuju untuk mengeluarkan satu klausa dalam Surat Setuju Terima (SST) berhubung projek solar hibrid berkenaan selepas menerima panggilan daripada bekas pembantu Rosmah Datuk Rizal Mansor bagi pihak Rosmah pada 10 November 2016.

Menurut saksi pendakwaan kelima itu, klausa tersebut adalah berkenaan hak Kementerian Pendidikan untuk menamatkan kontrak dan mengurangkan bilangan sekolah untuk pelaksanaan projek solar hibrid sekiranya ada sekolah yang telah disambung ke talian grid elektrik.

“Pada awalnya saya tidak mahu mengeluarkan klausa tersebut kerana ia merupakan keputusan Kementerian Pendidikan dan saya pasti ia mengikut keperluan projek tersebut. Rayyan tidak puas hati dan memberitahu saya lebih kurang ‘Takkan benda ini nak sampaikan kepada Datuk Seri Najib lagi’.

“Kemudian Rayyan telah menghubungi seseorang dan menyerahkan telefonnya kepada saya. Apabila saya menjawab panggilan telefon berkenaan, saya dapati orang tersebut adalah Datuk Rizal Mansor. Datuk Rizal Mansor telah memberitahu saya lebih kurang ‘kalau boleh keluarkan klausa itu’ dan ‘jangan buat susah perkara ini’.

“Datuk Rizal Mansor juga mengingatkan saya bahawa projek solar hibrid ini sudah dalam pengetahuan ‘Mem’ dan meminta saya mematuhi permintaan Jepak, saya tahu ‘Mem’ yang dimaksudkan oleh Datuk Rizal Mansor adalah Datin Seri Rosmah. Cara cakap Datuk Rizal Mansor tidaklah kasar cuma beliau menggunakan autoriti Datin Seri Rosmah,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO, berkata beliau amat yakin Jepak tidak akan mampu membangunkan sistem solar photovoltaic bermula 1 Jan 2017, malah katanya, sehingga bulan April 2018, Jepak masih belum membina sistem solar hibrid seperti yang dijanjikan.

Saksi itu berkata sekitar bulan Disember 2016, beliau telah mengarahkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad untuk membuat satu pelan cadangan iaitu membeli diesel untuk genset diesel melalui Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak berikutan beliau tidak yakin Jepak mampu membekalkan diesel dan menyelenggara genset diesel untuk 369 sekolah.

Menurutnya, Jepak langsung tidak mempunyai pengalaman untuk membekalkan perkhidmatan pada skala yang begitu besar dan tanpa pelan cadangan, 369 sekolah berkenaan mungkin akan bergelap menjelang 1 Januari 2017 apabila kontraktor sedia ada menamatkan perkhidmatan mereka.

Seterusnya, Mahdzir berkata pada bulan Mei 2017, beliau telah menerima arahan lanjut daripada Najib untuk menurunkan kuasa menandatangani kontrak rasmi kepada Alias dan arahan berkenaan disampaikan melalui minit pada surat Jepak bertarikh 24 Mei 2017 yang diiringi dengan satu surat pejabat Perdana Menteri bertarikh 25 Mei 2017.

“Berdasarkan pemahaman saya ke atas surat Jepak bertarikh 24 Mei 2017, Jepak telah memohon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi arahan kepada saya untuk menurunkan kuasa menandatangani kontrak rasmi bagi projek solar hibrid dengan Jepak kepada Datuk Seri Alias. Saya percaya Jepak membuat permohonan sedemikian kerana Jepak tidak mahu berurusan dengan saya.

“Selepas itu, saya telah menurunkan kuasa saya kepada Datuk Seri Alias untuk menandatangani kontrak rasmi dengan Jepak. Saya tidak terlibat dalam apa-apa urusan berkenaan penyediaan kontrak rasmi dan saya juga tidak tahu tarikh kontrak rasmi tersebut ditandatangani. Saidi sudah jarang menghubungi saya untuk proses memuktamadkan kontrak rasmi,” katanya.

Rosmah, 68, berdepan tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

SPRM soal siasat doktor beri cuti sakit kepada Rosmah

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal siasat doktor sebuah hospital swasta yang mengeluarkan sijil cuti sakit kepada isteri bekas perdana menteri itu.

Peguam Datuk Jagjit Singh memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pegawai SPRM telah menyoal siasat doktor tersebut semalam.

“Ini adalah satu intimidasi, Yang Arif! Mengapa SPRM bertindak sebegini. Siapa yang mengarahkan pegawai terbabit untuk pergi dan menyoal siasat doktor itu. Ini tidak seharusnya dibenarkan sama sekali,” katanya yang meminta mahkamah membuat keputusan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata persoalan di sini ialah sama ada tertuduh sihat atau sebaliknya untuk menghadiri perbicaraan, oleh itu, SPRM perlu menyiasat perkara tersebut dan mereka hanya menjalankan tugas.

“Jika doktor itu berasa terancam, beliau seharusnya membuat laporan polis,” katanya.

Mohamed Zaini berkata beliau tidak mempunyai kapasiti untuk membuat sebarang keputusan atau perintah berhubung perkara itu.

“Saya minta maaf, jika ini kesnya, individu terbabit seharusnya bebas untuk membuat laporan polis,” katanya yang kemudian mengarahkan agar perbicaraan kes itu dimulakan.

Perbicaraan kes rasuah Rosmah dijadualkan bermula pada Isnin lepas namun ditangguhkan sehingga hari ini selepas beliau gagal hadir ke mahkamah pada hari tersebut atas alasan tidak sihat dan diberikan cuti sakit sehingga 8 Februari.

Mohamed Zaini berkata mahkamah bersimpati dengan keadaan Rosmah dan membenarkan penangguhan selama dua hari namun menegaskan bahawa tiada penangguhan lanjut akan dibenarkan.

Beliau berkata Rosmah akan dibenarkan menggunakan kerusi roda di dalam mahkamah dan masa rehat yang kerap akan diberikan semasa perbicaraan jika beliau berasa tidak sihat.

Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di tiga tempat iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall di Jalan Putra, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan at Seri Perdana Residence, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

– BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Rosmah didakwa terima suapan RM5 juta kes solar

KUALA LUMPUR, 10 APR: Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan baharu menerima rasuah RM5 juta daripada Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd, sebagai upah mendapatkan projek sistem solar, tiga tahun lalu

Ia adalah pendakwaan kali ketiga terhadap Rosmah, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Rosmah, 68, yang memakai baju kurung dan selendang sedondon berwarna hijau, mengaku tidak bersalah dan berkata “minta bicara,” selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pertuduhan baharu itu menjadikan keseluruhan pertuduhan yang dihadapi Rosmah kini berjumlah 20 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, tiba pada 8.40 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ditemani anak lelakinya Mohd Ashman Mohd Najib serta penjamin dan pegawainya.

Beliau turut tersenyum ke arah pihak media yang merakam gambarnya.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Rosmah didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM5 juta, daripada seorang individu, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal Mansor, 45, sebagai upah kerana telah membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek yang dikenali sebagai “Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada 20 Disember 2016 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius serta pertuduhan memperuntukkan hukuman yang tinggi selain Rosmah ketika kejadian itu merupakan isteri kepada seorang perdana menteri.

Mohd Dusuki juga berhujah walaupun pertuduhan baharu itu berkaitan dengan dua pertuduhan terdahulu Rosmah berhubung projek solar dan akan memohon untuk dibicarakan bersama namun jaminan berasingan perlu diberikan bagi mengelakkan kesulitan sekiranya ketiga-ketiga kes itu tidak dapat dibicarakan bersama.

Beliau juga memaklumkan akan membuat permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk didengar dan dibicarakan bersama dengan dua kes Rosmah berhubung projek solar.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengetuai pasukan pembelaan memohon mahkamah mengguna pakai jaminan terdahulu iaitu RM1 juta yang dikenakan ke atas Rosmah dalam dua pertuduhan sebelum ini.

“Jumlah (tawaran jaminan) RM1 juta adalah tinggi, tertuduh telah dituduh sebelum ini, beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa, tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sebelum ini dan telah dituduh atas dua pertuduhan berkaitan, kes ini juga difahamkan akan dipohon untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan didengar bersama dua kes terdahulu,” kata Akberdin.

Azura membenarkan Rosmah diikat jamin mengguna pakai jaminan terdahulu dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, dia didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pada 15 November 2018, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

— BERNAMA

Categories
NASIONAL

Rosmah diperintah periksa kewujudan 44 unit barang kemas dalam tujuh hari

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 unit barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta di bawah milikannya yang didakwa dirampas oleh pihak polis, dalam masa tujuh hari.

Peguam Datuk David Gurupatham, yang bertindak bagi syarikat dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL ketika ditemui pemberita berkata, perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin (she) selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya, hari ini.

Gurupatham berkata, Rosmah perlu membuktikan di mana semua barang kemas berkenaan berada dan bukan anak guamnya yang perlu berbuat demikian.

“Mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan kami bahawa perbicaraan akan tetap diteruskan walaupun barangan kemas itu ada atau tidak (dalam simpanan polis) kerana beliau (Rosmah) telah mengesahkan menerima dan menandatangani konsaimen bagi barangan kemas berkenaan,” katanya, lapor BERNAMA.

Gurupatham berkata, Rosmah telah mengesahkan menerima dan menandatangani konsaimen barangan kemas itu atas permintaan beliau dan sekarang beliau menyatakan tidak perlu membuat pembayaran selepas mendakwa barangan kemas itu dirampas oleh polis.

“Mengikut peruntukan undang-undang, ia juga bukan tugas polis untuk membuktikan (kewujudan barangan kemas berkenaan),” katanya.

Peguam itu berkata, mahkamah turut mengarahkan supaya semua pihak melengkapkan semua dokumen yang akan digunakan bagi perbicaraan kes yang ditetapkan pada 4 dan 5 Mac ini.

Pada 26 Jun tahun lalu, Global Royalty selaku plaintif menyaman Rosmah selaku defendan menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau. Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.

Syarikat itu yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan ternama dari seluruh dunia, mendakwa bahawa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangkan dan dalam keadaan tertentu Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.

Global Royalty mendakwa pada 10 Februari tahun lalu, ia telah menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Syarikat itu berkata, semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma serta syarat yang terkandung dalam Memorandum No. 926 berkaitan barang kemas terbabit.

Syarikat itu mendakwa bahawa Rosmah, melalui surat bertarikh 22 Mei tahun lalu, juga mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas terbabit tetapi menyatakan semua barang kemas berkenaan tidak lagi berada dalam milikannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah simpanan pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas terbabit selain perintah pesanan yang menyatakan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang telah dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangkan atau, jika tidak, Rosmah akan bertanggungjawab membayar harga barangan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.83 juta ).

Rosmah, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai tahun lalu menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata, barang kemas terbabit dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membeli barang kemas berkenaan.

Categories
NASIONAL

Rosmah tiba di SPRM bantu siasatan penyelewengan projek solar

PUTRAJAYA, 14 NOV: Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan kes pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Beliau tiba pada 11.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja.

Menurut sumber SPRM, notis memerintahkan Rosmah hadir telah diserahkan semalam.

Pada awal Jun lalu, sebuah portal berita melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Lawatan Permata: Berapa Kerajaan belanja?

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MEI: Permata digesa mendedahkan keseluruhan kos ditanggung Kerajaan Persekutuan bagi menampung perbelanjaan lawatan agensi itu ke London, United Kingdom (UK) selama tujuh hari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin juga menuntut kewajaran lawatan itu diadakan dengan disertai dua menteri bagi mengiringi Penaung Permata ke sana.

Katanya, ia juga menimbulkan pelbagai persoalan lain memandangkan perbelanjaan sektor perkhidmatan awam dan subsidi dicatu kerajaan Umno-BN.

“Jika ia menggunakan wang pembayar cukai, adakah patut kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk lawatan ini sedangkan pelbagai bajet hampir semua sektor perkhidmatan awam dan subsidi dipotong.

KUALA LUMUR, 8 Nov -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kanan) setibanya pada majlis minum petang sempena Persidangan Kepimpinan Wanita Muda Asean 2015 hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Turut serta, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rosmah dijadual mmerasmikan Majlis Nobel Minda (Nobelist Mindset) iaitu program anjuran PERMATA Pintar dengan Royal Society of London.

Beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani dua Surat Hasrat (LOI) iaitu antara PERMATA Pintar dan Cambridge University serta PERMATA Insan dengan Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford.

Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor membangkitkan keperluan mengadakan Majlis Nobel Minda di luar negara sedangkan ia diadakan di Malaysia sebelum ini.

“Begitu juga dengan LOI itu. Adakah Permata perlu membayar untuk menjalinkan kerjasama penuh ‘glamour’ itu dan berapa kosnya,” katanya.

 

Rosmah diminta jawab tuduhan gelang USD55,000

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor perlu menjawab tuduhan yang mendakwa gelang dimilikinya bernilai USD55,000

Categories
NASIONAL

Najib jimat beli ayam RM1, Rosmah boros RM400,000 bercuti ke Qatar

SHAH ALAM, 12 MAC: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum berjumlah RM426,489.46, pada November lalu.

najibrosmah_400_289_100_270_195_100Memetik Malaysia Kini, Shahidan menjelaskan, kos itu terdiri daripada kos bahan api RM196,614.31, manakala kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat berjumlah RM229,875.15.

Loke berkata, jumlah itu adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

“Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri sendiri menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

Permata hakis wang rakyat

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB: Selangor kawal harga air dan pemberian air percuma terus berjalan

1- MB: Kerajaan Negeri kawal harga, pemberian air percuma diteruskan

2- MB: Pusat Giat MARA perlu baiki struktur bangunan dalam setahun

3- MB: Pengguguran Azmin dari PKNS diputus Pengurus Besar

4- Anwar: Inflasi naik 2.4 kali ganda, Kerajaan BN gagal urus ekonomi

5- 9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

6- Nazir patut nasihat Najib jangan boros berbelanja

7- PM, Menteri Kabinet patut laksana nilai dipegang Tun Razak
.
8-Jawatankuasa Siasatan Diraja perlu diwujud siasat kemewahan luar biasa Najib,Rosmah

9-Barang naik: SAMM seru pengguna FB hantar mesej ‘#Kangkung 1 Malaysia’ di FB Najib

10-AKTIVITI YB: Perarakan Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

11.Marathon Wanita 2014 pada 16 Mac ini promosi gaya hidup sihat, cergas

Categories
NASIONAL

Pembelian kondo RM110 juta babitkan rakan kongsi Riza Shahriz

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 30 DIS: Kemampuan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz membeli kondominium bernilai RM110 juta di New York seperti yang dilaporkan laman Sarawak Report menimbulkan kesangsian.

Sebaliknya, langkah membeli kondominium di West 63rd Street di Park Laurel, New York, pada 19 November 2012 itu dipercayai membabitkan rakan kongsi perniagaan penerbitan filem di Hollywood itu.

Justeru itu, pihak terbabit disaran mendedahkan bagaimana anak tiri kepada Perdana Menteri itu mendapatkan wang untuk membeli hartanah mewah berkenaan dan identiti rakan niaganya.

Rafizi1-179x300Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, pendedahan itu perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk terhadap keluarga Perdana Menteri itu.

“Tidak logik, dengan umur dia yang lebih kurang saya dan dalam jangka masa singkat tidak ada cara dia kumpul duit hingga mampu beli kondominium berharga RM110 juta itu.

“Kalau dia juga ikut amalan emaknya dengan menabung sejak kecil juga masih tidak logik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, merahsiakan indentiti rakan kongsi perniagaan Riza hanya menyebabkan timbulnya tanggapan kewujudan penggunaan pengaruh dan kuasa wanita yang paling ‘berpengaruh’ di Malaysia itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini melaporkan, anak lelaki Rosmah daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York itu, pada 19 November 2012.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, menyatakan hartanah membabitkan unit megapuri (penthouse) mewah itu dilengkapi dengan tujuh bilik.

-NFN-