Categories
SELANGOR

Pembangunan Rumah Mampu Milik untuk rakyat Selangor

Sinopsis:

Selangor membina 250,000 unit rumah mampu milik. Terdapat banyak lokasi pembinaan sesuai yang dikenal pasti adalah di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang dan Kajang.

Selangor Buktikan Ketelusan, Beri Rakyat Akses Kertas Putih Talam, Status Penyusunan Air – Detik Semasa


 

Sinopsis

DETIK SEMASA Untuk 21112012

Saksikan DETIK SEMASA sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri (DNS) Selangor.

Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 21 NOVEMBER 2012 :

1. Selangor Buktikan Ketelusan, Beri Rakyat Akses Kertas Putih Talam, Status Penyusunan Air
2. PKNS Rancang Bina 9,481 Rumah Mampu Milik Bagi 2014 ñ 2018
3. Suee Lim : Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta

Categories
SELANGOR

Iskandar : Komited Bina Rumah Mampu Milik

SHAH ALAM 27 MAC : Kerajaan Negeri komited melaksanakan projek perumahan Rumah Mampu Milik(RMM) kerana prihatin dengan keperluan dan kehendak golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri di negeri ini.

Dalam ucapan penggulungan ketika sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya prihatin dengan kemampuan rakyat untuk membayar ansuran rumah, maka keputusan dibuat  untuk memastikan harga RMM adalah tidak melebihi RM100,000.

“Jika lebih RM100,000, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 tidak akan dapat membeli kerana perlu membayar ansuran bagi tempoh 20 tahun.

“Tetapi jika RMM berharga sekitar RM89,000 maka bayaran ansuran bulanan hanya sekitar RM602 sebulan dan gaji minima untuk mendapat pinjaman pula adalah RM1,806,” jelas Iskandar.

Sementara itu, beliau turut memberitahu penyediaan rumah berkenaan adalah berdasarkan ‘cross-subsidised’ atau ‘saling-sumbang’.

“Ia selari dengan konsep Islam di mana harta orang kaya ada hak orang miskin iaitu konsep zakat.

“Jika kita lihat negara-negara lain juga, perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bukanlah tempat mendapat untung,” ujar Iskandar lagi.